Chapter 22

40 4 0
                                    

Mereka semua menuju ke hospital milik Puan Zenia iaitu mama mereka. Terlihat banyak kereta memarkir kendaraan di dalam kawasan hospital tersebut. Mereka masuk memarkir di hadapan pintu masuk utama hospital tersebut yang di tanda khas VIP.

"My boy u stay here oke." Arahnya kepada Drach. Dia ingin saja membawa Drach masuk tetapi dia takut Drach mengganggu keamanan di hospital tersebut. Zoey tak nak kene bebel dengan mama dia.

"Alyss!" Jerit Feng tetapi masih perlahan. Feng pergi mendapatkan Alyss yang masih di ambil alih oleh Zoey. "Kau ok?" Soalnya. Zoey mengangguk.

"Kayla kau okay?" Soal Afiq.

Zoey memandang kearah Feng dia mengangkat sebelah keningnya. "Apa ni?" Soalan yang keluar dari mulutnya.
"Ray yang culik diorang, diorang dah tahu." Jelas Feng. Zoey hanya mengangguk malas nak fikir.

"Ouh, aku ok " jawab Zoey. Afiq mengangguk.

Seketika doktor Inadra keluar dari dalam hospital. "Eh! Alyss tangan awak tu kena peluru, tak nak buang ke. Ke nak simpan jadi pusaka. Dah masuk! boleh pula dia bersembang kat luar ni." marah doktor Inadra tetapi hanya perlahan yang hanya mampu didengari oleh mereka.

Zoey tertawa kecil. Dia lupa yang kedua belah bahunya terluka kerana dia tidak merasakan apa-apa. Dia bergegas masuk seketika kepalanya berdenyut kuat. Zoey memegang kepalanya. Selepas itu-

Buk!

Zoey jatuh terbaring. Feng yang melihat itu terus mendapatkan Zoey. Dia mengangkat Zoey masuk ke dalam bilik VVIP. Doktor Inadra yang melihat itu bergegas masuk untuk merawat luka Alyss.

"Weh jom pergi makan." Ajak Feng. Afiq dan Arif mengangguk. Mereka berjalan menuju ke cafetaria yang ada didalam kawasan hospital tersebut.

Ketika mereka menjamu selera di cafetaria, Feng mendapat panggilan dari Ray. 'eh dah ok ke?' soalnya di dalam hati. Tanpa membuang masa dia mengangkat panggilan itu.

"Hello Ray." Dia memulakan perbualan.

"Feng kau kat mana?" Soalnya dengan suara serak-serak basah.

"Aku dekat cafetaria ni makan, 15 minit aku sampai. Nanti aku bawa makanan kau sekali." Ujarnya. Sambil dia memandang kearah Arif menyuruh dia menempah Mee Kari di kaunter

"Baik, jangan lambat, aku pun lapar ni." Ujarnya lalu Ray meletakkan panggilannya.

Sesudah siap mereka menjamu selera. Feng bergegas ke bilik yang menempatkan Ray.

"Ray, nah." Feng meletakkan bekas yang berisi Mee Kari di atas meja. "Kau macam mana, ok tak?" Soalnya.

"Ouh thanks. Aku ok,sikit je." Jawabnya sambil mencapai bekas itu di atas meja. Arif dan Afiq diam menunggu di sofa yang berada di dalam bilik tersebut.

Ray ingin menyuap makanan itu tetapi terbantut apabila teringat akan adiknya.

"Eh Alyss macam mana? Siapa yang uruskan Vito dengan perempuan tu?" Soalnya. Mee Kari masih setia di sudu Ray.

"Alyss aku nampak dia ok, tapi dia pengsan time nak masuk. so dia tengah di rawat sekarang ni." Ujarnya Ray mengangguk dan menyuapkan Mee Kari kedalam mulut

"Pasal Vito apa semua tu, kau jangan risau. Zoey dah bagi makan dekat Drach." Ucapnya.

Mee Kari yang selamat sampai kedalam mulut Ray keluar kembali. "Serious la?" Ujarnya. Feng mengangguk.

"Baguslah, tak payah susah-susah aku nak bagi makan dia hari ni. Memilih betul." Ucap Ray. Afiq dan Arif mendengarkan itu terbatuk. Boleh pulak macam tu.

Keesokan harinya. Ray berjalan menuju ke bilik Yan. Dia melihat kearah Yan lama. Lalu dia duduk di kerusi di sebelah Yan.

"Bila kau nak bangun Yan? Adik dah lama tunggu kau. Bangun la Yan. Kau juga yang janji dengan dia akan selalu ada di sisi dia." Ray menatap wajah Yan yang menitiskan air mata, tetapi matanya masih terpejam rapat.

Ray menghembuskan nafas lalu dia bangun dan keluar dari bilik tersebut. Ray hanya melawat sebentar sahaja, dia tidak mampu menahan rasa sebak apaabila melihat keadaan Yan sebegitu rupa.

Bilik Alyss di tuju Ray. Ray duduk di sebelah Alyss. Dia menatap wajah bersih adiknya lama. 'tidur pun cantik.' bisik hatinya tersenyum sedikit.

Alyss sudah sedarkan diri, tetapi dia memerlukan rehat yang cukup pesan doktor Inadra. Alyss hanya menyambung tidur selepas diberi ubat tidur.

Seketika Feng dan dua orang teman sekelas Alyss datang ke hospital membawa makanan. Afiq dan Arif tidur di hospital juga bersama Feng.

"Ray" panggil Feng. Ray berpaling sambil meletakkan jarinya di mulut. "Shh.. Alyss tidur." Ucapnya. "Sorry" Ujar Feng berbisik.

"Ada apa?" Soal Ray. Feng mengangkat beg plastik yang berisi makanan. Feng masuk dan meletakkan makanan itu di atas meja.

Alyss bergerak sedikit. Dia membuka matanya perlahan-lahan kerana matanya menyapa sinar matahari yang terpancar dari tingkap. Afiq yang perasan hal itu dia bangun dan pergi menutup separuh langsir tersebut.

Selepas mata Alyss menyapa sinar matahari, matanya juga menyapa seorang jejaka iaitu Afiq. "Kenapa kau stay kat kini lagi?" Soal Alyss. Dia mengerutkan dahinya.

"Abang yang suruh dia stay kat sini kenapa? tak boleh?" Ray menyampuk sambil tersenyum sedikit.

Lekas Alyss berpaling kearah Ray. "Abang!" Jeritnya lalu leher Ray dipeluk erat. " Abang dah ok?" Soal Alyss. Ray mengangguk. "Alah sikit je." Ujarnya

"Alyss nah makan. Aku tahu kau makan sikit je sebab kena makan ubat semalamkan nah aku belikan Onigiri perisa Tuna Mayo dengan Salted Salmon pastu adalah Oden, Sandwic,Strawberry Sando dengan Banana Milk dua." Feng menghulurkan beg plastik itu kepada Alyss.

"Kongsi dengan Ray." Pesan Feng juga. Alyss mengangkat tangan 'Ok'.

Alyss makan dengan seleranya. Mereka yang melihat itu tersenyum. Apabila dilihat kali kedua Cute pula, dengan Oden penuh di pipi Alyss.

"Abang" panggil Alyss.

"Ye" balasnya. Sambil masih mengunyah makanan.

"Abang Yan macam mana?" Soalnya.

Ray yang sedang mengunyah makanan terhenti. Dia menayangkan senyuman kepada Alyss.

"Yan tak sedar lagi." Jawab Ray serba salah.

Alyss mengangguk lalu tersenyum sebentar. Alyss menyambung menyuap Oden kedalam mulutnya. Wajahnya terlihat sedih apabila mendengarkan jawapan dari Ray.

"Kau suka dia kan?" Soal Feng berbisik kepada Afiq. Afiq terdiam apabila mendengarkan soalan Feng itu.

'macam mana dia tahu?'

Alunan lagu dari telefon Feng memecahkan suasana sunyi didalam bilik itu.

Alyss yang ingin menyuap Oden kedalam mulutnya tidak kesampaian. Dia terkejut apabila gegendang telinga menyapa alunan lagu yang kuat.

Kalau boleh satu bangunan dengar.
Entah lagu apa yang di setting Feng.

"Sorry. Papa call." Ujarnya lalu berlalu keluar.

"Hello Pa." Feng memulakan perbualan selepas mengangkat panggilan dari Harissco.

"Baik Pa." Jawab Feng.

To Be Continued

MYSTERYWhere stories live. Discover now