Sudah 4 hari Alyss berada di hospital. Dia mula bosan berada di sana. Ray tidak benarkan Alyss keluar dari biliknya tanpa ada peneman. Baginya dia tidak suka di temani oleh anak buahnya kerana terasa terganggu.
Ray yang sudah sembuh dari lukanya telah pulang ke rumah seperti biasa. Dia juga turut sibuk dengan kerja yang di tinggalkan selama 3 hari di pejabat.
Alyss duduk dari baringnya, telefonnya diletakkan diatas meja di sebelah katilnya. Dia berniat untuk pergi ke bilik Yan. Dia mengambil langkah keluar dari biliknya.
Semasa dia ingin melangkah keluar, dia di tahan oleh anak buahnya.
"Puan nak pergi mana?" Soal lelaki tersebut.
"Aku nak pergi bilik Yan. Dah tepi." Ujarnya.
"Saya ikut, atas arahan Tuan Zachary (Ray) ." Ujarnya, tangan masih menahan Alyss.
"No. Tak payah, aku pergi sendiri." Alyss melangkah setapak, tetapi lelaki itu masih tidak memberi laluan kepadanya untuk keluar.
"Tak boleh Puan. Kalau puan nak pergi saya kena ikut." Ujarnya.
"I said tak-
"Takpe biar aku teman dia." Ujar Afiq yang tiba berada di sana. Niatnya ingin melawat Alyss.
Lelaki itu memberi laluan kepada Alyss untuk keluar. Alyss menatap mata anak buahnya tajam. Lelaki itu menunduk, tidak mahu menatap mata dengan Alyss.
Lelaki itu bisa apa. Kalau dia tidak menjalankan tugasnya untuk menjaga Alyss, dan jika terjadi sesuatu pada Alyss. Dia juga yang di marah oleh Ray.
Alyss mengambil langkah menuju ke bilik Yan, Afiq hanya mengikut Alyss dari belakang.
Alyss masuk lalu duduk di sebelah Yan. Afiq mengambil tempat duduk di sofa berjarak sedikit dari Alyss. Dia hanya memerhati Alyss yang sedang bercakap dengan Abangnya Yan, yang masih terbaring tidak sadarkan diri.
Alyss memegang tangan Yan. Lalu menggosok lembut tangan mulus Si abang, Alyss merenung Yan lama. Terlihat satu titisan air jatuh di pipi gebu Alyss.
"Abang jangan tinggalkan Alyss." Perlahan sahaja ucapnya, tetapi mampu didengari oleh Afiq.
Alyss mengelap air matanya. Dia ternampak beg dompet Yan yang berada di atas mej, terlihat masih ada sedikit kesan darah. Alyss membuka dompet tersebut.
Pipinya dibanjiri oleh air mata sekali lagi. Alyss melihat gambarnya bersama abangnya di dalam dompet tersebut, terlihat bahagia ketika mereka masih di New Zealand.
Dia menutup semula beg dompet itu dan meletakkan di tempat asalnya kembali. Kemudian Alyss bangun dari duduknya, dia mendekat kearah Yan lalu mencium dahi Yan yang terbalut lama.
"Alyss rindu abang." Ujarnya sembelum mengabil langkah keluar dari bilik tersebut.
"Alyss. Kau nak pergi mana?" Soalnya. Alyss mengambil jalan bertentangan dengan jalan menuju biliknya.
"Rooftop" Ujarnya.
Afiq hanya mengikuti Alyss. "Ada rooftop ke?" Soalnya. Alyss hanya mengangguk.
Apabila sampai, Afiq shock melihat kawasan di rooftop. "Wah cantiknya." Ujar Afiq sambil memandang sekeliling. Ini di luar jangkaan dia.
Dia ingat rooftop hospital macam rooftop kat sekolah dengan penuh meja lama yang dah rosak. Aduh Afiq ni.....
"Mesti kau ingat macam rooftop kat sekolahkan?" Teka Alyss. Afiq hanya tersengih.
Alyss menghirup udara petang sambil memandang kearah bangunan. Hospital yang didirikan oleh keluarganya 'sedikit' jauh dari bandar.
"Kalau macam ni, nak sakit hari-hari la boleh aku datang sini." Ujarnya. Afiq mengambil letefon ip11-nya untuk mengambil gambar pemandangan di situ.
Alyss memukul belakang kepala Afiq dengan selambanya. "Kau dah kenapa nak sakit hari-hari, semata-mata nak datang sini." Ujarnya.
Afiq terkejut dengan tindakan Alyss yang memukul kepalanya pertama kali. Tetapi tiada tanda-tanda dia ingin marah pada Alyss dengan tindakan gadis itu.
Afiq hanya tersengih menampakkan gigi putihnya sambil menggosok kepalanya.
"Boleh aku tanya?" Afiq memecahkan suasana yang sunyi.
"Apa?"
"Uncle Harissco tu Papa kandung kau ke?" Soalnya. Perkataan 'pa' yang pernah Alyss ucapkan hari tu masih fresh dalam otaknya.
"Ye. Papa kandung aku. Kenapa?" Alyss berpaling ke Afiq sekilas.
"Takde la. Kau kat sekolahkan semua anggap kau-
"Budak miskin?" Tembaknya.
Afiq hanya mengangguk perlahan. " Kau dengan Alyss nampak sama tapi cara kau berbual tu lain dengan riak wajah dingin, tak macam Kayla." Jelasnya
Alyss tertawa kecil. "Ouh. Menjadi la aku punya lakonan dekat sekolah?" Ujarnya.
Afiq berpaling. "Lakonan?" Dia bingung dengan setiap ayat yang Alyss sampaikan.
"Takde apa lah." Ujarnya sambil tersenyum tipis.
"Kau tak takut dengan aku?" Soal Alyss. Matanya focus melihat sunset di hadapannya.
"Kenapa perlu takut?" Soalnya juga.
"Pasal hari tu, kau dah tengok semuakan apa yang jadi dengan aku." Ujarnya.
Afiq mengangguk. "Feng dah cerita kenapa kau jadi macam tu. Aku rasa takda masalah untuk aku. Zoey kan cuma untuk lindungi kau dengan family kau." Ujarnya. Pemikirannya sangat dewasa.
Alyss tersenyum.
"Zoey boleh keluar bila-bila masa je ke? Walaupun takde orang menyakiti kau?" Soalnya ingin tahu.
Afiq juga penasaran dengan sosok Zoey yang berada di dalam diri Alyss.
"Boleh je kalau aku nak." Jawab Zoey dingin.
Afiq terus berpaling kearah Kay. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat mata Kayla bertukar merah secara tiba-tiba.
Niatnya ingin lari tetapi kakinya seperti di gam tidak boleh bergerak. Afiq membatu apabila sosok Zoey berada di sebelahnya. Jantungnya berdegup laju.
Zoey memetik jari didepan muka lelaki tersebut.
"Woi!" Kejutnya. Melihat lelaki itu membatu.
"Kenapa perlu takut konon. Puihh."
Ejek Zoey. "Aku bukan orang sakit mental, yang tiba-tiba nak bunuh orang." Ujarnya dingin.Afiq tersengih. "Macam mana kau boleh ada?" Soalnya. Afiq tidak memandang wajah Zoey takut melihat mata merah tersebut.
"Sebab trauma. Kalau aku tak ada. Aku rasa Si Alyss dah lama mati terbunuh." Ujarnya sedingin yang boleh.
'Dah la tu,kau keluar sekarang, suka suki je kau ambil alih badan aku.' Ujar Alyss. Hanya Zoey yang dapat mendengarnya.
"Kesah pula aku." Ujarnya.
Afiq memandang Zoey pelik. 'dia bercakap dengan siapa?'
'kau ni kan!'
"Ye lah."
Seketika Alyss memegang kepalanya yang terasa berdenyut kuat. Alyss jatuh di pangkuan Afiq.
To be continued.
YOU ARE READING
MYSTERY
Mystery / ThrillerZOEY? She Have Three Sides. 1. The Quiet Side 2. The Fun and Crazy Side 3. The Side You Never Want To See "Aku setia tunggu kau kat sini. Ingat!" - Afiq Seorang gadis cantik menjadi misteri di sosial dan public. Dia terpaksa merubah-ubahkan ident...