Selamat berpuasa semua 3.4
Sorry lama tak update. Busy u <3
Enjoy the story."Grandpa!" Laung Alyss di pintu utama istana tercintanya. Rindu Alyss kepada atoknya mula membuak-buak.
"Eh Alyss ke?" Fanuco mendekat ke pintu utama.
"Long time no see." Ujar Fanuco memeluk cucu kesayangannya erat. Rindu di hatinya mula menghilang. Dahi licin gadis itu di cium lama.
"Eleh grandpa. Alyss dekat Malaysia satu tahun je. Buka seribu tahun." Sampuk Yan yang di abaikan dari tadi di belakang.
"Yan yang kat sini tak nak peluk ke?". Ujar Yan mendepakan tangannya luas.
"Kamu buat apa. Dah, jom Alyss masuk mesti hungry kan?" Ujarnya. Alyss mengangguk. Fanuco memeluk bahu Alyss.
Fanuco faham bahasa Malaysia, walaupun dia lokal New Zealand. Di sebabkan dia ingin mengahwini seorang gadis melayu mix cina, dia gigih belajar bahasa Melayu untuk memikat gadis bernama Zera. Nenek Alyss la kaurang.
Sedikit saja lah, kalau nak cerita pasal Fanuco boleh terpikat dengan isterinya...lain pula jadi cerita ni.
Sempat Alyss mengangkat thumb up kepada Yan.
Yan mencebik.
"Ish apa buat grandchildren like that." Zera menepuk bahu suaminya.
Yan memuncungkan bibirnya. "Why muncung macam tu. Meh masuk." Laju sahaja telapak tangan Zera menepuk mulut Yan sekilas. Tak padan dengan umur, macam budak kecil.
"Grandma peluk la dulu." Yan mendepakan tangannya. Zera membalas pelukan itu. Mengada.
Selesai makan. Alyss naik ke biliknya untuk berehat dan bersihkan diri.
"Bestnya boleh stay sini lagi." Alyss menjatuhkan badannya di atas katil empuk bersaiz Queen. Dia bergolek-golek di atas katil. "Lembutnya kain ni."
Matanya menjelajah ke setiap sudut bilik tersebut. Tak ubah seperti dulu, terdapat beberapa barang antik beribu-ribu tahun umurnya yang terhias didalam bilik tersebut.
Alyss mengambil langkah mendekati almari pakaian. Dia membuka almari baju tersebut. Pelbagai jenis dress didalam almari tersebut.
Dia mencapai salah satu dress berwarna putih yang hanya labuh hingga ke betisnya dan mencampak ke atas katil. Lalu Alyss masuk ke dalam kamar mandi.
Selesai Alyss memakai dress yang dipilihnya dan bersiap. Dia berlalu keluar dari biliknya.
Tangannya menyentuh satu persatu frame gambar yang berada di atas almari coklat yang berada di ruang tamu rumah itu. Matanya tidak lepas memandang gambar² tersebut.
"Grandma, Grandpa dekat mana?" Soalnya. Melihat Zera sedang mengait di kerusi.
"Garden dia la kalau time macam ni. Macam tak tahu grandpa awak. " Jawab Zera.
"Ouh hehe. Thanks grandma." Alyss melangkah keluar, untuk mencari atoknya di taman.
Alyss berjalan-jalan di sekitar taman. Pelbagai jenis tanaman yang di tanam di kawasan berkeluasan kira-kira 4 ekar milik atoknya.
Sempat tangannya memetik buah blueberry lalu di humban kedalam mulut. "emmm. Manisnya!" Ujarnya. Buah itu dipetiknya sedikit, sambil mencari atoknya dia menyuap buah itu kedalam mulut.
Lama Alyss mencari atoknya,dia berniat untuk duduk di bawah pokok tua yang besar itu. Dia duduk sambil menghirup udara segar. Alyss sangat menyukai bau hutan selepas hujan, bau itu sangat tenang untuk nya dan dihiasi dengan bunyi kicauan burung. Tenang dan damai.
Yan yang sedang bersiar-siar di sekitar taman itu ternampak Alyss yang sedang duduk di bawah pokok tua, mulutnya tidak berhenti mengunyah buah blueberry.
"Eh Abang buat apa kat sini?" Soalnya terkejut tiba-tiba Yan muncul duduk di sebelahnya.
"Saja nak tenangkan fikiran sebelum abang hadap buku lagi nanti." Ujarnya. Tak lama lagi selepas kepala Yan sudah sembuh sedikit, dia perlu masuk universiti kembali.
Alyss hanya mengangguk.
"Abang ada suka someone?" Tanya Alyss tiba-tiba dengan muka selamba.
Yan yang sedang makan buah blueberry yang di ambil dari tangan Alyss tersedak. Apa punya soalan budak ni.
"Mana ade. Takde lah." Jawab Yan.
"Huh? Don't lie! there must be someone you like Obryan." Ujarnya serious. Alyss menatap wajah bersih abangnya yang penuh penipuan. Ni Alyss la boleh baca fikiran orang.
Yan mengeluh perlahan. "Ada. Dia kawan sekelas abang di Universiti." Ucapnya.
Alyss tersenyum kemenangan. "Tak nak kenalkan dekat Alyss ke?" Soalnya.
Laju Yan berpaling kearah Alyss. 'biar betik? Demam ke budak ni.'
Malaysia
Feng mengambil langkah mendekati meja makan di dalam restoran yang di janjikan oleh mereka.
"Dah order?" Soal Feng. Dia menarik kerusi lalu duduk dan menarik rapat ke meja semula.Tanpa banyak bicara Afiq mengangguk sekali. Mereka makan malam bersama. Diturut serta dengan Arif dan Ray.
Sambil menunggu makanan sampai, Ray memulakan perbualan. Mereka hanya berbual kosong.
"Lepas ni apa plan korang?" Soal Ray, meletakkan telefonnya di atas meja selepas membalas massage dari seseorang.
"Aku maybe kerja dengan papa aku kejap pastu aku akan pergi LA, sambung belajar kat sana." Jawab Arif
Ray mengangguk. Anak mata Ray mula menuju ke arah Afiq.
"Aku maybe sini je, UM." Ujarnya ringkas. Walaupun niatnya ingin pergi bersama Arif ke LA dia menyimpan niatnya dahulu, apabila teringat pada adik dan Mummy-nya.
Ray mengangguk tanda faham.
"Ray. Kau rasa Alyss balik sini bila?" Soal Feng. Tiba hati rasa rindu untuk melihat muka dingin Si adik.
"Mungkin 4 tahu depan." Ujarnya sambil menyedut air yang sampai sebentar tadi dengan muka selamba. Sebenarnya Ray juga tidak tahu bila Alyss akan pulang ke Malaysia lagi. Dia hanya buat pala tau.
"Eh biar betik, Alyss tak sambung belajar ke Ray?" Soalnya lagi. Takkan sepandai budak Alyss tu taknak sambung belajar.
Ray mengangkat kedua bahunya.
Alyss tu bukan tak tahu kepala dia tu kadang-kadang tu lembut kadang-kadang tu keras. Kalau dia kata A, A lah. Kalau dia boleh dengar cakap mama papa tu pun alhamdulillah.
Arif dan Afiq hanya diam mendengar perbualan dua jejaka tampan di hadapan mereka.
Sesudah perut di isi dengan pelbagai jenis makanan enak, semua meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Jam juga sudah menunjukkan pukul 11 malam.
"Take care bro." Ujar Feng kepada dua jejaka iaitu kawan sekelas Alyss.
Mereka mengangguk dan masuk kedalam kereta masing-masing.
POV Afiq.
Afiq berhenti di lampu isyarat merah. Sedang menunggu lampu bertukar hijau tiba-tiba dia teringat akan Alyss. Afiq tersenyum sedikit apabila teringat moment mereka di sekolah.
Dalam lamunan satu horn dari kereta belakang menyentaknya. Afiq tersedar, dia melihat lampu sudah bertukar hijau. Laju Afiq menekan pedal minyak.
Sesudah sampai di perkarangan rumahnya dia parking kereta di garaj. Afiq masuk kedalam rumah, mulutnya tidak lepas memberi salam.
Melihat keadaan rumah sudah gelap dan sunnyi Afiq terus melangkah mendapatkan bilik beradunya.
Baju Hoodie kelabu di tanggalkan dan hanya memakai t-shirt putih. Seluar panjang di tukar dengan seluar pendek.
Badannya di hempas di atas katil empuk. Sebelum terlena dia termenung memandang kearah syiling sambil mendengar lagu.
Beberapa minit kemudian Afiq lena di buai mimpi.
( ꈍᴗꈍ)
YOU ARE READING
MYSTERY
Mystery / ThrillerZOEY? She Have Three Sides. 1. The Quiet Side 2. The Fun and Crazy Side 3. The Side You Never Want To See "Aku setia tunggu kau kat sini. Ingat!" - Afiq Seorang gadis cantik menjadi misteri di sosial dan public. Dia terpaksa merubah-ubahkan ident...