Selesai makan malam bersama Keluarga serta suaminya. Alyss terus masuk ke bilik beradunya.
Dia duduk di birai katil. Titisan air mula membasahi pipi gebunya.
"Kay?" Tegur seseorang dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Encik suami.
Hatinya mula retak mendengarkan panggilan itu. Teringat akan kenangan di sekolah. Air matanya deras mengalir.
"Hey, kenapa kau nangis ni?" Jejaka itu berlutut di depan Alyss. Sakit hatinya melihat air mata isterinya menitis semakin deras.
Lekas dia bangun duduk di sebelah Alyss. Risau pula budak ni makin kuat menangis. Kang bengkak mata tu, habis laa aku kena marah.
"Hey pandang aku." Jejaka itu menarik dagu Alyss lembut. Lalu air mata Alyss diseka menggunakan ibu jarinya.
"Jangan la cry, aku risau lah kalau kau still tak berhenti menangis." Jejaka itu masih bingung untuk sesuaikan panggilan mereka berdua. Awak saya or kau aku or cinta? hmm letih.
Alyss membenamkan wajahnya ke dada bidang suaminya itu. Dengan sedikit sisa tangisan.
"Kenapa kau buat macam ni Fiq?" Alyss bersuara lembut sahaja.
"Kenapa? Awak tak sudi ke jadi isteri saya?" Soal Afiq. Apa yang tak sudi nya dah sah pun Fiq, Dah SAH.
Alyss menggelengkan kepalanya.
Jejaka tersebut tersenyum tipis, lalu tangan naik membelai rambut Alyss.
"Sorry Alyss, aku just ikut arahan papa.Aku pun taknak sebenarnya tutup identity aku, sebab kesian tengok muka kau macam kena kahwin paksa. Tapi itu semua papa yang suruh." Jelas Afiq panjang lebar.
"Alyss? Lah dah lena rupanya." Jejaka itu meletakan kepala Alyss ke bantal dan menyelimuti gadis itu. Tidak lupa dengan satu ciuman di dahi Alyss.
Kerana matanya masih tidak mengantuk, Afiq mengambil langkah keluar dari bilik ke ruang tamu. Abang's iparnya juga masih berada disana entah sedang berbual apa.
"Ales, come join us borak-borak" sapa Feng.
Afiq hanya menurut. Dia mengambil tempat di sebelah Yan. Afiq sedikit kekok bersama abang-abang Alyss. Lama tak jumpa kot.
"Kau kenapa kekok semacam relax kitorang tak makan manusia." Ujar Ray
Afiq tersenyum
"Nama kau Alessandro ke Afiq sebenarnya?" Soal Yan.
"Nama aku Alessandro tapi dekat sini orang panggil Afiq, guna nama ikut tempat."
"So nama panjang kau Afiq Alessandro la?" Soal Yan
"Hm" Afiq mengangguk.
"Okay al maklum kau ada nama lain so kitorang panggil kau Ales la ye?" Sampuk Feng.
Afiq hanya mengiyakan sahaja.
"Kay! lama tak jumpa, kau sihat. Tup tup jumpa dah kahwin. Omaiiii congrats." Dewan itu meriah apabila kedatangan kawan-kawan sekolah Alyss dahulu.
"Sihat je Elly. Korang ambil la tempat dulu. Makan puas-puas ye Elly Isya jangan malu-malu."
"Thanks invite us Alyss." Ucap Isya.
"Kitorang cabut dulu ye, kejap lagi kita jumpa balik. Congrats again Kay and Afiq." Mereka berdua cabut dari situ untuk mengambil makanan yang terhidang atas meja. Semua makanan terlihat lazat-lazat belaka.
"Hey sup bro." Sapa Adip.
"Takpayah nak ber-sup sup sangat, Melayu sudah." Pantang Arif.
"Waalaikumsalam" jawab Afiq.
"Perghh Fiq, deep sangat tu."
"Congrats Kay, dapat Si dingin ni. Kau pun congrats tho lama penantian kau tu berakhir tak sia sia, dapat juga pujaan hati kau ni. Aku bangga!" Seroloh Adip tak tahu malu.
"Dah la Samat. Malu muka aku kat sini.Arif patutnya ko tapayah ajak budak sengal ni, tinggal je kat rumah tu, biar dia makan maggi." Ujar Ameer saja mengusik Adip.
Afiq tergelak melihat telatah teman serumahnya itu tak berubah langsung.
"Korang still tinggal sama ke?" Soal Alyss. Bukan ke Si Arif sambung di LA.
"Ye Kay, setiap cuti sem kitorang balik rumah kitorang."
Alyss mengangguk faham.
"Dah masuk-masuk. Si Elly dengan Isya pun ada." Pelawa Alyss.
"Wahh lama juga tak jumpa diorang, takpe la Fiq aku gerak dulu nak jumpa jodoh." Ujar Adip selamba.
Alyss tergelak kecil
"Hati hati do takut awek orang." Pesan Afiq.
Senyuman Adip terus pudar. "Eleh. Awek orang awek kita juga." Selamba Adip.
"Dah la tu, aku nak makan ni lapar." Ujar Ameer sambil memegang perutnya yang sudah berbunyi.
"Eh Rif jom kit... Amboi tak sabar betul nak makan tu."Arif lebih dahulu beredar dari situ, kalau tunggu Si Sengal tu habis borak, sampai kesudah tak makan.
__
Tengah fikir nak habiskan story ni macam mana hmm happy or sad ending?
YOU ARE READING
MYSTERY
Mystery / ThrillerZOEY? She Have Three Sides. 1. The Quiet Side 2. The Fun and Crazy Side 3. The Side You Never Want To See "Aku setia tunggu kau kat sini. Ingat!" - Afiq Seorang gadis cantik menjadi misteri di sosial dan public. Dia terpaksa merubah-ubahkan ident...