Ain sedang menyapu lotion ditangan dan kakinya. Amran pula baru selesai mengambil wuduk. Amran duduk dikatil. Menunggu Ain yang masih dihadapan meja solek. Ralat dia melihat Ain. Dari menyapu lotion ke menyisir rambutnya. Dan paling dia suka bila Ain menyisir rambut. Gaya seperti rambutnya lebat walhal rambutnya nipis saja.
Amran senyum.
“Dah beberapa hari ni, Ain whatapp dengan Azlia. Ain macam pelik. Kenapa sampai nak bunuh diri hanya kerana ditinggalkan. Sebelum ni pun, dia pernah saja bercinta bagai nak rak dan ditinggalkan. Menangis dan meraung juga. Depress. Tapi tak adalah sampai tindakan senekad ini. Mulanya Ain ingat sebab Ain tekan dia. Masa dia call bagitau yang dia nak bunuh diri tu, Ain cakap yang dia tak akan berani buat. Tapi bila dekat hospital dia kata yang dia hanya nak lelaki tu jadi suami dia. Hanya lelaki tu boleh jadi suami dia dan layak untuk dia. Ain duk fikir. Kenapa?” Cerita Ain.
Dia bergerak ke katil. Menyelak comforter dan masuk ke dalamnya. Amran juga buat yang sama. Amran duduk dikepala katil. Ain duduk bersila menghadapnya. Kaki Amran ditarik dan dilumurkan dengan lotion panas dan diurutnya. Amran hanya biarkan.
“Ain rasa sebab dia pernah terlanjur dengan lelaki tu.” Kata Ain.
“Apa Ain fikir bukan-bukan.” Tegur Amran.
“Dengar sajalah dulu. Itu memang sangkaan awal Ain. Tapi setelah beberapa provokasi beberapa hari ni. Akhirnya betul. Dia mengaku. Memang dorang dah pernah terlanjur.” Cerita Ain.
“Azlia tu baik orangnya. Tak sangka dia boleh terlanjur. Walaupun dia tak alim. Biasa-biasa saja macam Ain ni tapi dia tu sangat pemalu orangnya. Bila dia sampai terlanjur, Ain macam tak boleh fikir. Macam mana boleh jadi macam tu.” Sambung Ain.
Amran menarik Ain untuk baring disebelahnya.
“Sebab tu dia kata macam tu. Dia rasa hanya lelaki itu yang kena bertanggungjawab. Dia rasa tak ada lelaki yang nak kahwin dengan perempuan yang tak ada dara. Dia rasa dia hina sangat kalau kahwin dengan lelaki lain. Dia tak boleh nak bear the humiliation being isteri tanpa dara.” Sambung Ain lagi.
Ain mengangkat wajahnya memandang Amran. Dia menarik wajah Amran untuk memandangnya.
“Kalau Am. Am terima tak isteri tanpa dara ni?” Tanya Ain.
“Lelaki ni lain sikit Ain. Ada sesetengah yang tak boleh terima. Tapi ada satu golongan yang Am sangat tahu hatinya. Bila dia sudah mencintai seorang wanita itu, dia terima seadanya perempuan itu tanpa syarat. Cuma si isteri jangan jadikan isu itu sebagai punca untuk memulakan perbalahan. Dan golongan itu adalah Am. Am terima Ain seadanya Ain. Dan Am tak suka ada perbalahan dalam rumahtangga kita. Sebab tu Am minta pada Ain. Jaga keharmonian rumahtangga kita. Kalau ada perkara yang tidak menyenangkan, cakap dengan Am. Kita sama-sama baiki.” Jawab Amran.
“Malam tu, ada makcik atau pakcik cakap apa-apa dengan Am?” Tanya Ain.
Amran geleng.
“Lepas Ain pergi, Along dengan Kakak asyik membebel saja pasal Azlia. Kenapa?” Jawab Amran.
Ain menyelesakan dirinya. Tangan Amran digengamnya. Cuba mencari kekuatan dari genggaman tangan itu. Lama matanya disitu. Amran pula dengan sabar menunggu.
“Ain rasa sudah sampai masa untuk Am tahu sesuatu. Janji dengan Ain. Am akan dengar dalam keadaan tenang dan sabar. Jangan marah dan jangan ada apa-apa fikiran negative dalam otak tu.” Pinta Ain.
Amran angguk.
“Bila Am rasa Am dah dalam keadaan tenang, baru Ain cerita. Sekarang, Am tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan dan sebut kalimah Allah. Buat sampai Am rasa sangat tenang.” Arah Ain.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ain Nadira
RandomKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...