AN 41

577 40 0
                                    

"Ini pengantin perempuannya?" Tanya kadi yang akan menikahkan Amran dan Azlia.

Mereka hanya bernikah di pejabat kadi. Tiada majlis dan tiada sambutan untuk meraikan hari pernikahan mereka. Itu syarat Amran untuk menikahi Azlia.

"Tak. Ini isteri saya." Jawab Amran.

Tok kadi tadi memeriksa borang yang telah diberikan padanya. Dia mengangguk kepalanya tanpa sepatah kata.

"Bolehlah pengantin perempuannya ke depan. Boleh kita mulakan." Kata kadi.

Ain bangun tetapi ditahan oleh Amran. Dia tetap menyuruh Ain untuk duduk disebelahnya.

"Tak ada masalah pun, kan? Perempuan tu kat belakang? Tak membatalkan akad pun, kan?" Kata Amran. Tegas. Tiada senyuman langsung dibibirnya.

"Tak jadi masalah. Cuma kalau pengantin perempuan didepan ni, mudah lepas akad nak sign sijil nikah." Kata tok kadi tadi.

"So, isteri saya tetap duduk disebelah saya. Itu nanti, nanti punya cerita." Kata Amran.

Tok kadi hanya geleng.

"Baiklah. Sudah sedia?" Tanya tok kadi.

Amran hanya diam. Menyambut tangan yang dihulurkan oleh kadi yang sekaligus menjadi wali hakim kepada Azlia. Dengan sekali lafaz, Azlia sudah bergelar isteri Amran.

"Kena baca taklik ke atau saya sign sudah memadai?" Tanya Amran sebaik saja kadi selesai membaca doa.

"Kena ada lafaz." Kata kadi.

Amran angguk dan terus meminta untuk membaca taklik. Dia kemudian menambah taklik dengan sendirinya.

"Sekiranya Azlia berbohong dalam apa jua keadaan, maka, akan jatuh talak satu kepadanya. Sebaik saja dia melahirkan anak yang dikandungnya, maka, jatuhlah talak satu kepadanya." Kata Amran.

Dia menulis lafaz takliknya dikertas tersebut dan terus menandatangi surat tersebut. Dia turut menurunkan tandatangan di sijil nikah yang diberikan oleh kadi.

"Ada apa-apa lagi?" Tanya Amran.

"Lepas pengantin perempuan sign, dah habis." Kata kadi.

Amran terus bangun dan menarik tangan Ain. Ain tak ada patah kata boleh menghalang atau melawan. Hanya mengikut. Ahli keluarga yang ada pun, tak mampu nak menghalang. Sudah faham dengan perangai Amran.

Sejak dia dipaksa menikahi Azlia, Amran jadi baran. Tapi bila Ain yang memaksa, siap mengugut, Amran terus berubah. Keras dan beku. Tiada lagi senyuman mahupun kata-kata manis.

Ain sendiri sebenarnya takut. Tapi, dia perlu berani. Dia perlu untuk selamatkan segalanya. Itu yang dia rasa. Walaupun hatinya tak merelakan.

Sungguh, dia pernah meminta Amran menikahi Azlia tetapi dia tahu ianya takkan terjadi kerana Amran takkan sesekali mengkhianati cinta mereka. Tetapi bila keadaan yang memaksa, dia jadi takut. Takut kehilangan Amran. Takut sekiranya cinta Amran beralih arah.

Tapi, hubungan Amran dan ibu bapanya perlu dipelihara. Amran berkeras tidak mahu bertanggungjawab dan Encik Amir pula berkeras memaksa. Yang menjadi murung, Puan Rozila. Sebelah anak. Sebelah suami.

Jadi, Ain yang terpaksa berkorban. Dia pujuk Amran. Dia ugut akan pergi dari hidup Amran selamanya jika Amran tidak mengahwini Azlia. Semuanya dilakukan demi menjaga hubungan Amran dan ibu bapanya.

Lagipun,

"Am dah buat apa yang Ain nak. Sekarang, Ain buat apa yang Am nak. No more begging for anything. Whatever happen pada hubungan Am dengan Azlia, jangan masuk campur. Apa je yang Am nak buat dengan dia. Is none of your business. Got it?" Kata Amran sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang