AN 38

619 42 1
                                    

“Kesian pada Am.” Kata Ain tiba-tiba sewaktu mereka sedang berehat selepas sarapan di pagi Ahad yang indah.

“Kenapa?” Tanya Amran yang memandang tepat ke wajah Ain.

“Yelah. Dah dekat setengah tahun kita cuba tapi Ain masih belum pulih. Masih belum boleh menjalankan tugas Ain sebagai isteri. Asyik kecewakan Am saja.” Kata Ain.

“Tak apalah. Yang penting, jangan pernah putus asa untuk mencuba.” Balas Amran.

“Memanglah. Tapi Ain susah hati setiap kali tengok muka Am yang kecewa tu. Walaupun Am cuba untuk sembunyikan dengan senyuman Am tapi Ain tetap boleh kesan rasa tu.” Kata Ain.

“Ain, kita akan terus mencuba dan mencuba. Ain tu kena kuat set dalam otak. Kita nak ada anak kandung kita sendiri tahun depan.” Balas Amran.

“Bukan Ain tak cuba tapi setiap kali pun Ain terbayang kejadian tu. Am, kejadian itu bukan sekali berlaku Am. Setiap hari. Melebihi 40 hari. Dan sehari bukan sekali Am. Berkali-kali. Sakitnya, hanya Allah yang tahu.” Kata Ain.

Air mata Ain sudah bergenang. Hatinya penuh dengan rasa bersalah terhadap Amran. Rasa rendah diri dan rasa sedih kerana tidak mampu membuatkan Amran gembira seperti suami lain.

Perasaan bersalah itu juga ditambah dengan pelbagai cerita tentang Amran dipejabat yang didengarinya. Yang paling dia tidak suka bila mendengar prestasi kerja Amran merosot sedikit. Dari situlah pelbagai cerita tak sedap yang didengarinya.

Itu belum lagi hubungan dia dengan keluarganya terutama dengan Razali dan Mariah. Dia langsung tidak kisah apa-apa berkenanaan mereka. Bila ada keluarga yang buat kenduri atau saja buat makan-makan, dia tak mahu hadir. Lain sangat dengan Amran yang dia kenal setahun lepas.

Amran juga sudah kurang senyum dan bergurau.

“Am minta maaf. Bukan macam tu maksud Am. Am cuma nak Ain betul-betul berusaha untuk melupakan hal itu. Hiduplah untuk masa sekarang dan masa depan Ain. Bukan masa silam Ain.” Pujuk Amran.

“Am, benda ni betul-betul kacau hidup Am, kan?” Tanya Ain.

“Kenapa cakap macam tu?” Tanya Amran semula.

“Dekat office, ada rumor. Dorang kata Am sekarang sudah tak focus. Kerja Am pun tak sebagus dulu.” Jawab Ain.

“Nama pun rumor. Khabar angin. Jangan percaya.” Balas Amran.

Amran sudah tidak senang duduk. Khabar angin itu betul. Dia tidak mampu hendak melawan emosinya bila setiap malam dikecewakan dengan penerimaan Ain. Perkara itu membuatkan dia tertekan dan tekanan itu membuatkan dia jadi serabut dan hilang tumpuan. Mujur tidak melibatkan perkara-perkara yang penting dan tidak juga perkara itu membesar dan menjadi barah.

“Sebab itu Ain tak mahu mencuba dulu. Dengan Am yang sekarang ini seperti seorang yang sedang memutuskan hubungan dengan keluarga Am. Ain fikir, Am sudah bersedia untuk tahu rahsia ini tapi ternyata Ain salah. Benda ni buat Am jadi orang lain yang Ain tak kenal.” Kata Ain.

Ain bukan tak nampak kegelisahan diwajah Amran. Dia nampak dan dia kenal muka bersalah menipu dirinya.

“Ain tak mahu Amran yang ini. Ini bukan Amran yang Ain sanjung dan Ain cintai. Tolong kembalikan Amran yang Ain cintai itu.” Pinta Ain.

“Ain nak Am jadi macam mana? Ain pernah tak nak faham apa yang Am rasa? Kalau Ain faham, Ain tak akan kecewakan Am setiap kali kita mencuba.” Tengking Amran.

Air mata Ain mengalir lebih laju. Amran tak pernah meninggikan suara kepadanya apatah lagi menengkingnya.

“Am minta maaf.” Kata Amran dan terus memeluk Ain.

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang