BAB 10

2.4K 70 0
                                    

                  

"Uncle perasan tak uncle ni too much defending your staf?" Soal Juli sewaktu bersarapan sebelum ke pejabat.

Tuan Hashim hanya memandang sekilas. Lalu dia meneruskan suapannya. Malas rasanya hendak bertikam lidah dengan Juli sewaktu makan. Pagi pula tu. Tidak mahu moodnya diganggu dengan perkara-perkara negative.

"Uncle kalau bab Amran, everything is perfect. Macam dia tu ahli sufi. Sempurna" Kata Juli bila soalannya tadi tidak diendahkan.

"Juli ada masalah ke? Hal peribadi?" Tanya Tuan Hashim.

Sebenarnya dia tidak suka hal pejabat dibawa masuk ke dalam rumah. Padanya rumah adalah tempat untuk dia berehat dari tugasan dan masalah pejabat. Andai dibawa masuk ke rumah, dimana ketenangan itu?

"Uncle, Juli tengah bincang pasal Amran. Staf kesayangan Uncle tulah" Suara Juli naik seoktaf.

"Hal pejabat lah ni? Ok. Jumpa uncle kat office nanti. Sekarang kat rumah, tak ada hal pejabat. Berapa kali dah uncle pesan kan?" Tegas suara tu bersuara. Dia perlu sedarkan Juli bahawa dia benar-benar memaksudkannya.

"Ok. First thing in the morning. Itsn't okey with you, my dear uncle?" Tanya Juli. Sarkas. Tuan Hashim mengangguk. Dia memang tidak punya appointment hari ini.

*************

Seperti yang dijanjikan. Setiba saja di pejabat, Juli terus ke bilik Tuan Hashim. Dia perlu menunggu Tuan Hashim memandangkan dia keluar rumah dulu. Maka tentu saja dia yang akan sampai dulu.

"Cik Juli, Tuan Hashim kata jumpa dia after lunch. Dia pergi Port Klang dulu baru masuk sini. Dia punya urusan dengan Amran" kata seorang pekerja yang bertugas mengambil alih tugas Fikriah di ibu pejabat memandangkan Tuan Hashim sudah mengarahkan Fikriah bertukar di cawangan Pelabuhan Klang.

"Okey" Kata Juli dengan lagaknya. Dia kemudian menuju ke biliknya.

Di dalam syarikat ini, dia punya bilik sendiri di kedua-dua pejabat. Sama seperti Tuan Hashim dan Encik Firdaus. Dia minta untuk diberi bilik di ibu pejabat memandangkan dia perlu berurusan disini selalu. Tidak betah rasanya untuk duduk bersama dengan pekerja yang lain. Menjatuhkan martabatnya sebagai waris syarikat.

"Helo, uncle. Mungkir janji" Kata Juli bila talian sudah bersambung. Dia terus menelefon Tuan Hashim setibanya dibiliknya. Kepantangannya bila orang tidak menunaikan janji.

"Uncle minta maaf. Amran call tadi katanya ada perkara penting. Itu yang uncle terus ke Port Klang. Kamu tunggu saja disana" Kata Tuan Hashim. Dia minta maaf. Tak salah minta maaf pada sesiapa pun andai kita memang bersalah.

"Juli ke sana" Putus Juli.

"Tak perlu. Kamu selesaikan masalah kereta tu dulu. Uncle ada discussion dengan Amran. Kalau kamu disini pun, still uncle tak boleh bincang dengan kamu" Kata Tuan Hashim. Kadang kala dia rasa rimas dengan Juli yang seakan mendesak.

"Tapi..."

"Tak payah tapi tapi. Uncle kata tak payah. Maknanya tak payah lah. Uncle nak report pasal kereta tu after lunch nanti" Tegas Tuan Hashim.

Juli yang benggang kerana dia diketepikan dan sekali lagi kerana Amran. Dia terus mematikan telefonnya. Tuan Hashim hanya menggelengkan kepalanya.

'Macam-macam perangai budak ni. Dia hanya tahu nak berungut. Ni aku ni nak cerita pasal business. Mana lagi penting? Tentu saja perkata yang boleh memajukan syarikat. Itu pun tak boleh nak berfikir cara matang. Macam manalah budak ni nanti'

*****************

Ketukan di pintu biliknya telah berjaya mengganggu ketenteramannya. Tuan Hashim yang sedang mencari maklumat tentang perkara yang dibincangkan dengan Amran sebentar tadi. Usul yang dicadangkan itu telah berjaya menarik minatnya. Sebagai seorang yang mempunyai fikiran untuk maju, peluang begini adalah cabaran untuk menguji kemampuan diri. Dengan yakin diri, dia percaya mampu menjadikan perniagaan itu membiak seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

"Yes, Juli. How the progress?" Soalan pertama yang dikemukakan bila melihat wajah anak saudaranya. Dia perlu lebih cepat dari Juli sebelum perihal pagi tadi muncul dan membuatkan perbincangan yang lebih penting diketepikan.

"Uncle baru bagi benda tu kat Juli petang semalam. Mana Juli sempat nak study lagi" Jawab Juli.

"Takkan tak faham lagi situasi? Rasanya semalam Amran dah bagi penerangan yang terperinci. Ke kamu tidur semalam? Uncle yang dah tua ni pun senang saja nak faham" bidas Tuan Hashim.

"Uncle lain. Pengalaman luas" Bela Juli.

"Kamu tak cukup pengalaman ke? 5 tahun dah rasanya kamu bekerja dengan uncle. Takkan masih tak cukup pengalaman?" Sengaja dia membakar jiwa Juli. Tangan disilangkan dan dia sandar dikerusinya. Matanya tepat memandang Juli yang jelas kelihatan muka tidak puas hatinya.

"Kalau nak compare dengan uncle pengalaman berpuluh tahun. Memanglah uncle boleh cepat faham" Balas Juli.

"Tapi uncle tak pernah kena situasi macam ni. Ini pertama kali. So, maknanya kita fair kan?" Kening diangkat-angkatnya. Sebuah senyuman sinis dihadiahkan kepada Juli.

"Amran pun first time hadapi masalah ni. Sedangkan dia dibahagian pemasaran dan ini kerja kamu setiap hari. Dia dah dapat penyelesaian tak sampai setengah hari. Kamu, uncle bagi masa seharian. Macam mana kamu kata kamu tak cukup masa?" Tegas sekali nada itu tapi masih lagi Tuan Hashim berlembut.

"Uncle memang kalau Amran semua terbaik. Kalau Juli serba serbi tak betul" Bentak Juli bila tidak boleh membalas kata-kata Tuan Hashim itu.

"Kamu pernah fikir tak kenapa?" Tuan Hashim harap Juli pernah sekurang-kurangnya sekali muhasabah diri kena bukan dia yang terima pujian tetapi Amran.

"Sebab uncle memang tak sayang pada Juli. Uncle lebihkan orang luar" Jawab Juli. Air matanya sudah mahu keluar. Sedih mengenangkan pakciknya itu sudah tidak sayang padanya.

"Juli, kamu uncle dan auntie bela sejak umur kamu 3 hari. Kamu dah seperti anak kandung kami. Lagipun, kami memang tidak dikurniakan anak. Macam mana kasih seorang bapa boleh hilang pada anaknya?" Cuba dilembutkan suaranya.

"Kamu tak pernah nak bersyukur. Pada kamu semua orang salah. Kamu lupa pekerja-pekerja kita tu yang bantu kita sampai ke tahap ini. Terima kekurangan diri Juli. Pergunakan kelebihan pekerja yang lain sebagai asset untuk kamu maju kedepan tanpa perlu menindas mereka. Ubah perangai kamu" kata Tuan Hashim selembut mungkin. Tidak mampu untuknya melihat wajah murung anak saudaranya itu.

"Sudahlah. Duduk. Uncle ada perkara nak bincang dengan kamu" Pelawa Tuan Hashim. Dia mengambil keputusan untuk berbincang dengan Juli dulu. Mungkin Juli punya pandangan sendiri. Dia tidak menyatakan nama Amran sebagai pencetus idea. Tak mahu Juli berat menyumbang pendapat kerana Amran.

� KA.�<�O

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang