Ain tiba dihadapan bangunan pejabat Amran. Amran kata, dia akan lambat hari ni. Jadinya, Ain ambil keputusan untuk datang ke pejabat Amran. Diletakkan keretanya disebelah kereta Amran. Kebetulan tempat letak kereta itu kosong.
Tok tok
Cermin kereta Ain diketuk. Ain memandang keluar.
"Kenapa datang sini?" Tanya Amran bila Ain menurunkan tingkap keretanya.
"Ain tak nak balik rumah." Kata Ain sambil mengucup hormat tangan Amran.
Dia jadi tidak selesa di rumah tanpa Amran selepas apa yang Azlia katakan kepadanya beberapa hari lepas. Dia rasa rimas tanpa Amran. Dia rasa serabut jika tinggal berdua dengan Azlia. Walaupun Azlia dan dia duduk di bilik berasingan.
"Am nak pergi mana?" Tanya Ain.
"Tu." Amran menjuih kearah Tuan Firdaus dan Tuan Hashim yang sedang berdiri dibontot kereta Ain.
Ain keluar. Berdiri dan menunduk sedikit kepalanya tanpa hormat kepada ketuanya itu.
"Jom ikut kami, Ain. Kami nak jumpa client. Dinner dengan dorang. Alang-alang Ain ada ni, bagus juga. Boleh dengar sekali kalau ada apa-apa perbincangan nanti." Ajak Tuan Hashim.
"Eh. Tak apalah, tuan. Ain ingat Am kata ada kerja, dia duduk kat office saja. Saja nak teman Am. Rupanya, dia nak keluar. Ain balik dululah." Tolak Ain.
"Jom je lah Ain. Dah alang-alang ni. Orang kata, langkah kanan. Nanti dah tak payah susah-susah nak masak dekat rumah. Kenyang. Balik. Tidur." Balas Tuan Firdaus pula.
Ain pandang Amran. Amran menanti jawapan Ain.
"Baiklah." Putus Ain.
"Jom. Naik satu kereta saja. Tunggu driver saya sampai." Kata Tuan Firdaus.
Ain angguk.
Dia masuk semula ke dalam keretanya. Dimatikan enjin dan dia mengambil beg tangannya. Disorokkan beg laptop dibawah tempat duduk. Pemacu pena yang ada didalam beg laptopnya diambil dan diletakkan didalam beg tangannya. Sekadar berhati-hati.
Sebaik saja Ain mengunci pintu keretanya, kereta Velfire kepunyaan Tuan Firdaus tiba. Amran dan Ain masuk dahulu dan duduk dibahagian paling belakang. Kemudian, baru diikuti Tuan Firdaus dan Tuan Hashim.
"Ain jangan nervous sangat. Buat macam biasa saja. Kami pun bukan nak bincang hal business pun kalau ikutkan. Saja nak belanja client ni makan. Kebetulan dia datang ke sini." Kata Tuan Hashim.
Ain angguk.
Lagipun, dia bukan tak biasa temankan Amran menghadiri majlis-majlis rasmi syarikat. Apatah lagi teman makan begini. Cuma, selalu dia dalam keadaan bersedia. Saat ini, sudah lah tidak bersedia, jiwanya juga tak tenteram.
Mereka tiba disalah satu restoran makanan laut di Pelabuhan Klang. Mereka masuk dan kebetulan, pelanggan yang mahu disajikan dengan makanan pun tiba. Dia juga membawa isteri dan anak-anaknya.
Ain hanya jadi pemerhati. Hanya senyum. Sesekali menyahut apabila ditanya. Begitu juga dia selalu. Dia bukan macam Amran yang pandai berborak.
"Auntie, nanti boleh tak bila Aiman dah besar, Aiman kahwin dengan auntie." Tanya Aiman. Anak kepada Encik Amirul, pelanggan syarikat tempatnya bekerja.
Amran dan yang lain yang turut mendengar soalan itu hanya ketawa. Dirasakan Aiman sangat comel. Budak berusia 6 tahun itu begitu keletah bercakap.
"Tak boleh sayang. Auntie ni uncle punya isteri." Balas Amran.
"Okey. Nanti Aiman dah besar, uncle dah tua. Kalau uncle dah mati, boleh tak Aiman kahwin dengan auntie?" Tanya Aiman sekali lagi.
"Ish, Aiman ni." Marah ibunya.
YOU ARE READING
Ain Nadira
AléatoireKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...