AN 52

726 50 15
                                    

"Eh. Lama dah kan korang kahwin, tak ada anak lagi?" Tanya Zaril, salah seorang dari kawan Amran dan Ain.

Mereka menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah mereka. Soalan-soalan lazim yang akan ditanya bila berjumpa.

"Chill je. Bagi la aku dengan Ain honeymoon. Bercinta sepuas hati. Nanti dah ada anak, nak ke sana ke sini. Dah susah. Kau tengok kau lah. Aku belum bersedia lagi nak jadi macam kau." Kata Amran.

"Jangan-jangan Ain ada masalah kesuburan. Dah pergi check ke? Makan lah ubat-ubat herb. Akar kayu ni elok. Majung pun elok juga untuk kesuburan." Kata Zira, isteri Zaril.

"Ain okey je. Aku ni ha." Kata Amran.

"Belum apa-apa, aku dah pancut dulu." Bisik Amran ke telinga Zaril. Tapi masih boleh didengari orang berdekatan.

"Tak pe. Benda macam ni, kau boleh control. Ain kena tolong Am control himself. Jangan main nak bagi je. Bila Am dh macam nak pancut, stop kejap. Bagi dia relax. Then, baru sambung." Zaril berkongsi tips.

Beberapa tip turut diberikan Zaril. Amran hanya tekun mendengar dan bertanya. Ain hanya memandang dan tersenyum. Tak mampu nak kata apa.

Suara bayi menangis menghentikan perbualan mereka. Zaril dan Zira meminta diri. Mahu balik kerana bayi mereka mahu menyusu. Amran dan Ain turut berjumpa pasangan pengantin dan mengucapkan tahniah sebelum mereka turut beransur balik.

"Apalah Am ni. Pergi cakap macam tu." Kata Ain sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta.

"Tak pe lah. Am tak suka orang kata Ain bukan-bukan." Balas Amran.

"Tapi memang betul pun, kan?" Kata Ain.

"Tak. Ain tak ada masalah pun. Anytime bila rezeki Allah nak bagi, dah boleh mengandung." Kata Amran. Tersenyum nakal.

Ain ketawa malu. Dia memukul lengan Amran. Tak sangka Amran akan mengungkit hal dalam kelambu mereka. Perkara yang terjadi pertama kalinya selepas 2 tahun perkahwinan mereka.

Pertama kali untuk Amran. Tapi pertama kali juga untuk Ain merasai kenikmatan hubungan kelamin yang direlakan.

"Rasa tak sabar nak balik rumah." Usik Amran.

Ain sudah memerah wajahnya.

Kring!

Amran memandang wajah Ain. Baru saja dia mahu masuk gear, telefon bimbitnya berbunyi. Dilepaskan gear, dia menjawab panggilan telefon dari Encik Amir.

"Datang rumah daddy sekarang!" Kata Encik Amir dan terus mematikan talian.

Ain dan Amran berpandangan sesama mereka. Angkat bahu dan terus pandang ke depan. Amran fokus pada pemanduan. Ain fokus pada jalan.

Sampai saja di rumah Encik Amir, Amran dan Ain beriringan masuk ke dalam rumah. Semua mata tertumpu pada pasangan itu. Mereka bergerak menyalami tangan semua yang ada disitu.

"Daddy nak Am ceraikan Ain!" Kata Encik Amir. Tegas.

"Dah kenapa pula?" Tanya Amran. Tenang.

"Jangan banyak tanya. Daddy buat ni untuk kebaikan Am." Kata Encik Amir.

"Apa kebaikannya? Daddy tak tau ke kalau tak ada Ain, hidup Am tak ada makna lagi?" Kata Amran. Tegas tapi masih berlembut.

Encik Amir memikirkan alasan yang terbaik. Agar Amran tak terluka. Dia tak nak Amran tahu status Ain seorang janda. Janda pada bekas adik iparnya pula tu.

"Jangan degil, Am. Ceraikan Ain. Sekarang!" Tegas Encik Amir.

"Ain, daddy bukan tak sayang Ain. Tapi, daddy minta maaf. Am anak daddy. Daddy nak yang terbaik untuk dia." Kata Encik Amir kepada Ain pula. Nadanya berbeza. Penuh dengan rasa bersalah.

"Assalamualaikum." Dua suara serentak memberi salam.

"Waalaikumussalam." Jawab semua yang ada disitu.

"Masuk Hakimi. Hakimah." Jemput Puan Rozila.

Mereka bersalaman. Hakimi dan Hakimah duduk dikerusi yang masih kosong.

"Macam ni, Hakimi." Kata Encik Amir.

"Tak apa, pakcik. Saya dah dengar tadi." Potong Hakimi bila dilihat wajah serba salah Encik Amir.

"Macam ni lah. Saya pun tak tahu kenapa pakcik nak Am ceraikan Ain. Tapi, saya minta izin Am bawa Ain balik." Kata Hakimi.

"Tak, along. Tak. Ain kena ada disisi Am. Ain tak boleh jauh dari Am." Tegas Amran. Tangan Ain digenggam erat.

"Selesaikan dulu hal ni. Nanti dah ada keputusan, baru datang jumpa Ain." Kata Hakimi. Nada memujuk.

"Nope. Tak ada apa nak diselesaikan. Keputusan Am muktamad. Am takkan ceraikan Ain. Jom, Ain." Kata Amran dan terus bangun.

Hakimi diam. Dia tahu ketegasan Amran. Kerana itu, dia langsung tak risaukan Ain. Dia yakin, Amran akan menjaga Ain dengan baik.

"Duduk, Am. Cuba jangan nak melawan cakap daddy!" Tinggi sedikit suara Encik Amir.

"Apa lagi, daddy? Am dah kata. Am takkan ceraikan Ain." Kata Amran. Malas mahu berbalah.

"Am. Dengar cakap daddy. Daddy buat ni untuk kebaikan Am." Pujuk Encik Amir.

"Kebaikan dan kebahagiaan Am, dengan Ain. Kalau daddy nak terus dengar hasutan dan cakap orang, silakan. Am takkan berganjak walau seinci pun dengan keputusan Am." Kata Amran. Matanya merenung tajam Mariah yang dari tadi hanya duduk memerhati.

"Kau pandang aku, kenapa? Daddy kau yang buat keputusan ni." Marah Mariah.

"Am. Dengar cakap daddy. Ain..." Encik Amir diam. Tak mampu mahu melukakan hati anaknya itu.

"Bagitahu je lah abang. Ain ni janda. Janda Razali." Lancang saja mulut Mariah bercakap.

Puan Rozila yang tadi hanya memerhati turut terkejut. Tak disangka. Ain janda. Yang paling terkejut. Janda pada birasnya sendiri. Kalau tadi dia tak setuju dengan permintaan suaminya itu, kini, dia turut sama setuju.

Malu seandainya orang tahu anak bujangnya berkahwin dengan seorang janda. Dan paling malu, janda birasnya. Mana mahu diletakkan wajahnya nanti?

"Am dah tahu dah tentang tu. Dan Am langsung tak kisah." Kata Amran.

"Am dah tahu dari mula. Kenapa tak bagutahu mummy?" Tanya Puan Rozila. Mula bersuara.

"Tak. Am baru tahu, mummy." Balas Ain.

"Kenapa Ain tak bagitahu tentang ni sebelum kamu bernikah? Kenapa sekarang baru semuanya terbongkar?" Tanya Puan Rozila.

"Ain tak tahu pun, Am tunang Ain." Jawab Ain.

"Tak tahu. Huh!" Ejek Mariah.

"Kalau tak tahu cerita, diam. Jangan sibuk nak menyampuk." Kata Amran.

"Sampai hati kata dekat mummy macam tu." Rajuk Puan Rozila.

Amran keraskan hatinya. Kata-katanya tadi bukan ditujukan kepada Puan Rozila. Tapi sudah disalah ertikan. Dan dia tak mahu juga memujuk. Dia takut, mummy nya akan menggunakan kuasa veto itu untuk memaksanya menceraikan Ain.

"Sudah-sudahlah drama ni. Macam ni lah. Bincanglah anak beranak. Saya dan Hakimah balik dulu. Tapi sebelum tu saya nak kata. Ain memang janda kerana adik kesayangan pakcik ni dan bekas suami dia. Bukti pun, saya masih simpan. Kalau nak tengok, telefon saya. Saya boleh hantar bila-bila masa." Kata Hakimi. Dia mengisyaratkan kepada Hakimah untuk beredar.

"Am ikut along. Am pun nak balik. Tak kuasa nak duduk sini. Drama sangat." Kata Amran dan menarik tangan Ain.

Hakimi hanya angguk. Dan terus saja mereka berempat keluar dari rumah tersebut.

"Apa cerita ni, Mariah?" Tanya Encik Amir.

"Cerita apa? Tak ada apa pun." Mariah mengelak.

"Sudahlah, bang. Aku nak balik. Letih." Kata Mariah dan terus keluar.

Dia cuba menghalang tetapi isterinya sudah menarik tangannya.

"Apa semua ni, bang?" Tanya Puan Rozila.

Encik Amir hanya mampu angkat bahu. Dia sendiri keliru.

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang