AN 49

648 42 11
                                    

Azlia memandang sekeliling rumahnya. Rasa selesa. Rasa damai bila berada dirumah sendiri. Rasa lega paling utama.

Akhirnya, dia dapat keluar dari rumah Amran dan Ain. Jika bukan kerana janjinya kepada Ain untuk duduk dirumah itu selagi masih isteri Amran, dia sudah lama keluar.

Rasa bersalah pada kawan baiknya itu kerana berkahwin dengan Amran. Tetapi, dia perlu merahsiakan satu hal dari semua. Dan rahsia itu yang diketahui oleh Mariah. Walaupun tidak sepenuhnya malahan tidak secara terperinci, tetapi apa yang Mariah tahu boleh menimbulkan keraguan. Sekaligus menyebabkan banyak masalah.

Dia tak kisahkan malu. Tapi dia hargai satu perhubungan. Namun, dia juga tak mahu jadi alat permainan Mariah. Dia tak sanggup. Yang akhirnya yang akan terluka, dirinya sendiri.

Sama ada dia ikut kata Mariah, dan melukakan hatinya. Atau dia undur diri dan tentunya akan juga melukakan hatinya. Bukan saja hati, maruahnya juga akan tercemar.

Dan dia pilih untuk melukakan hati Ain agar dia dapat keluar dari permainan Mariah. Entah apa yang Mariah marahkan Ain dan Amran. Tapi yang pasti, dia tak mahu lagi terlibat.

Salahkah dia?

Tak. Dia tahu Ain. Kepercayaannya kepada Amran sangat tebal. Tak mungkin untuk Ain meragui Amran. Kerana itu, dia tegar menipu. Dia harapkan penipuannya itu akan mengembalikan Amran sepenuhnya kepada Ain. Amran yang langsung dia tak pernah miliki.

Bukan dia tak pernah goda Amran. Pernah beberapa kali bila Ain lambat balik, dia datang mendekati Amran. Dan setiap kali itu juga, Amran akan mengherdiknya. Menyuruhnya menjauh.

Jadi, apa guna dia terus bertahan kalau suaminya itu langsung tidak mahu menjauhi. Langsung tak membuka peluang untuknya mendekati. Lagipun, cepat atau lambat, pasti talak akan jatuh kepadanya.

Sewaktu taklik dilafazkan, dia masih lagi menyimpul harapan untuk bersama Amran. Namun, tiba-tiba dia disahkan mengandung. Hasil perbuatan zinanya dengan lelaki itu. Tapi, benarkan dia berzina? Dia sendiri tidak separa sedar ketika itu. Antara mimpi dan fantasi. Bila dia bangun, dia berada dalam keadaan bogel disebelah lelaki itu. Didalam dakapan lelaki itu.

Dan yang paling peliknya, bagaimana dia boleh mengandung sedangkan dia pernah buat ujian kesuburan. Mengikut kata doktor, kemungkinan untuk dia mengandung sangat rendah kerana penghasilan telur nya tak banyak dan hampir tiada.

Namun, rasa syukur tu tetap ada. Kerana anak ini juga, dia mahu larikan diri dari semua kekusutan dalam hidupnya. Dan kewujudan anak ini buatkan dia hilang rasa keperluan untuk ada lelaki disisinya.

Dia bukanlah hidup menyundal seperti yang didakwa oleh Mariah. Tetapi, dia kebosanan dan kesunyian. Hidup sebatang kara. Tiada kawan. Tiada teman. Jadi, dia keluar untuk mencari teman. Tidak sampai ke hotel apatah lagi ke rumah. Hanya sekadar makan dan minum. Mariah yang sengaja mengada-adakan cerita dan mengugutnya.

Kalau ikut rasa marahnya selepas dia diugut semasa kali pertama, dia mahu menggoda Razali. Dia tahu, walaupun Mariah sangat garang dengan Razali, tetapi, Razali adalah kelemahan Mariah. Tanpa Razali, Mariah akan tumbang. Rebah. Jatuh terduduk.

Tapi, rancangan Mariah lebih cepat dan pantas. Dia perangkap anak saudaranya sendiri dengannya. Entah bila dia buat kerja. Tahu-tahu, Amran menyerbu masuk ke dalam rumahnya tanpa sempat dia menjawab soalan Amran. Tiba-tiba, mereka ditangkap kerana berdua-duaan. Semuanya dalam sekelip mata.

Setelah balik dijamin. Dihantar Ain. Mariah terus menyerbu rumahnya. Mengugutnya dengan satu cerita yang dia sendiri tak tahu bagaimana dia tahu. Dari ugutannya itu, dia pasti Mariah sudah salah faham. Tapi sekiranya cerita itu dikhabarkan pada semua...

Azlia mengeluh.

Kalau ikut hati, dia mahu biarkan saja. Ianya hanya salah faham. Tetapi, dia tegar mengikut kerana dia perlukan seseorang disisinya. Untuk menutup rasa sunyinya itu.

Amran adalah pilihan yang baik. Sememangnya, dia jatuh cinta pada suaminya itu dari mula mereka mahu dijodohkan. Ketegasan Amran menolak dihadapannya buat dia makin kagum dengan Amran. Tetapi, dia bukan jenis menagih cinta orang yang tak sudi waktu itu. Jadi, dia biarkan saja. Hanya pada Ain dia luahkan perasaan yang kecewa.

Dan dia memilih untuk mendekati lelaki lain untuk menutup perasaan kecewanya. Hingga dia tegar berzina agar lelaki itu terus ada untuk tutup rasa kecewa itu. Untuk hilangkan rasa sunyinya juga.

Tetapi apa yang jadi?

Lelaki itu tetap pergi meninggalkan dirinya. Buatkan dia separuh gila mengenangkan dosa zinanya. Dan takkan ada lelaki yang mahu menjadikan dia isteri sekiranya mereka tahu dia sudah ditebuk orang.

Saat dia hampir lumpuh. Hilang keinginan untuk terus hidup, dia nampak Amran. Membuatkan dia kembali mahu hidup. Tetapi bila diperkenalkan sebagai suami Ain. Dia kembali kecewa.

Malah, rasa cinta itu dikuburkan bila dia tahu, Ain adalah cinta Amran. Kawan baiknya sendiri. Satu-satunya sahabat yang ada walaupun dia lama tidak menghubungi Ain. Sahabat yang sanggup lakukan apa saja untuknya.

Dan kerana itu dia memilih untuk mengikut rancangan Mariah. Dia fikir, dia ada Ain untuk membantunya mendekati Amran dan sekaligus buatkan Amran jatuh cinta kepadanya. Kerana dia tahu Ain. Ain sangat pentingkan agama. Jadi, Ain akan menjaga haknya sebagai isteri kedua Amran. Namun, dia lupa. Ini adalah dunia realiti. Bukan cerita yang ditulis oleh seorang penulis.

Kehadiran Mariah tempoh hari, benar-benar membuka matanya. Dihina kerana sebatang kara. Buat dia sedar. Dia perlu jaga hatinya dulu.

Azlia mengusap perutnya.

"Lagi 2 bulan, kita akan bertemu. Kalau sayang mama nak keluar cepat pun, bagus juga." Kata Azlia.

Dia perlu merancang hidupnya dengan betul. Dia bakal ada anak. Dia mahu menjaga anaknya dengan baik. Dia tak mahu anaknya rasa kesunyian. Dia tak mahu anaknya rasa keseorangan.

"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam diluar.

Azlia bangun dan melihat kelibat lelaki yang memberi salam tadi. Dia kemudian keluar.

"Betul ke Amran halau Azlia dari rumah?" Tanya Afham.

"Tak. Lia yang nak keluar." Jawab Azlia.

"Kenapa?"

"Sebab Lia bukan isteri dia lagi."

"Am ceraikan Azlia?"

"Tak. Jatuh taklik."

"Taklik?"

"Am akad taklik sewaktu pernikahan kami. Kalau Lia menipu/berbohong kepada Am, jatuh talak." Beritahu Azlia.

Maklumlah, sewaktu akad nikah berlangsung, hanya ada Am, Azlia dan Ain didalam bilik kadi. Yang lain hanya menunggu diluar.

"Azlia tipu apa?"

"Lia mengandung anak Am."

"Anak Am ke tu?"

Azlia memandang Afhan tiris. Dia kemudian masuk tanpa menghiraukan Afham yang memanggilnya. Dibantingnya pintu rumahnya sekuat hatinya.

Puas rasa.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now