Amran memandang Ain seketika dan menumpukan tumpuannya pada pemanduan. Dia senyum. Tak boleh nak digambarkan betapa gembira hatinya mendengar perkhabaran tersebut.
"Am ni..." Ain menolak sedikit muka Amran lembut. Mukanya dah makin memerah.
"Jangan panggil Am dah. Kena panggil Bie. Stand for hubby." Kata Amran.
"Ngada."
"Kenalah. Nanti anak-anak panggil Am pula. So, biar dia dengar Ain panggil Bi. Untuk Ain stand for hubby and for them stand for abi." Kata Amran.
Perasaan teruja mendapat khabar Ain mengandung buatkan dia rasa mahu Ain lebih mesra dengannya. Lebih romantik dengannya. Dan dia mahu berikan semua kebahagiaan kepada Ain dan anak mereka.
"Am ni."
"Bi sayang. Bi."
Ain ketawa.
"Bi. Ain baru lagi. Baru 4 weeks. Ada lebih kurang 36 weeks lagi. Sabar. Jangan terlalu teruja. Kita doa yang baik-baik. Tapi andai berlaku apa-apa yang tak diingini, tidaklah kita terlalu kecewa." Nasihat Ain.
"Bi cuma over excited. We are waiting for this moment years. And it happened today. Tak salahkan Am nak excited. Salah satu cara Am nak tunjukkan rasa syukur." Balas Amran.
Ain angguk.
Mereka diam setelah itu. Amran membayangkan segala kebahagiaan yang akan diberikan kepada Ain dan anak mereka.
Ain pula membayangkan kepayahan yang bakal dialami. Terus saja doa dipanjatkan agar Yang Maha Berkuasa memberinya kekuatan untuk menghadapi segala detik menjadi seorang ibu. Ain takut tapi turut sama merasa teruja.
Sesampai saja dirumah mereka, beberapa buah kereta sudah terparkir dihadapan rumah mereka. Sebaik saja Ain turun, pelukan dan kucupan dari ibu dan ibu mertuanya diterima bergilir. Turut disertakan dengan ucapan tahniah.
Ain memandang Amran. Dia geleng.
Entah bila Amran mengkhabarkan berita ini pada keluarga mereka sedangkan Amran sentiasa dengannya. Namun, dia akui. Amran memang cekap dalam bab begini. Lalu dipandang Hakimi. Penyampai berita sensasi. Pasti, Amran menghantar mesej kepada Hakimi. Dan alongnya itulah yang mengkhabarkan pada yang lain.
"Jemputlah masuk." Ajak Amran.
Mereka semua masuk ke dalam rumah Ain. Hakimah bertindak sebagai pembuat air dan menghidangkan makanan yang dibawa oleh kedua belah keluarga. Ain diminta untuk duduk dan dilayan seperti seorang puteri.
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam.
"Waalaikumussalam. Abang Ham, Lia. Masuklah. Mak long pun ada. Masuk. Masuk." Jemput Amran.
Dia menjemput pasangan pengantin baru itu untuk masuk. Kak Long turut sama dialu-alukan tetapi tidak Mariah yang turut serta dalam rombongan itu.
"Makcik kau ni?" Tanya Mariah.
Amran buat tak dengar. Dia masuk ke dalam setelah Afham masuk ke dalam. Tidak diendah Mariah yang turut juga masuk walaupun tidak dijemput.
Mereka berborak. Berketawa mesra. Semua gembira mendengar perkhabaran Ain mengandung. Kecuali Mariah. Dia rasa layanan yang diterima Ain adalah melampau. Dan dia juga rasa iri hati kerana tidak mampu mengandung.
"Jemput makan semua." Panggil Hakimah.
Mereka semua bangun menuju ke meja makan. Ain yang terakhir kerana mahu memberi laluan kepada tetamu yang hadir. Saat dia berjalan menuju ke meja makan, Mariah menolak bahunya membuatkan dia hampir terjatuh. Namun, dia sempat berpaut pada Azlia yang berjalan dihadapannya.
"Kenapa?"
Ain geleng.
Dia tak mahu mengeruhkan hubungan Amran dan Mariah. Dia rasa bersalah bila teringatkan Amran dan makciknya bermasam muka kerananya. Walaupun dia tak suka dengan kekejaman Mariah yang selalu mengganggu ketenteraman diri dan keluarganya, tapi tidaklah dia sampai mahu hubungan Amran dan Mariah berantakan.
Tapi, Amran ada sebab yang paling kukuh. Dia tak marahkan Amran mahupun menyalahkan. Cuma, dia rasa bersalah.
"Ain, duduk sini." Arah Amran sambil menunjukkan kerusi disebelahnya. Diantara Hakimi dengan dirinya.
Dia nampak Mariah menolak Ain. Walaupun nampak seperti tidak disengajakan. Tetapi dia tetap risau. Dia tahu makciknya itu mampu lakukan apa saja untuk puaskan hati sendiri.
Mereka sekeluarga menikmati makanan yang disediakan. Pot luck semuanya. Tiada yang disediakan oleh tuan rumah. Kecuali air. Itu pun, Hakimah yang sediakan. Sirap dan teh.
Makan, bersembang. Pelbagai cerita. Dari satu topik ke topik yang lain. Semuanya yang membahagiakan.
Ain bangun setelah selesai makan. Dia ingin ke dapur membawa pinggan yang digunakannya. Tapi, dia tak sedar, langkahnya terpijak tumpahan air. Mujur Amran berjalan dibelakangnya dan sempat menyambut tubuh Ain dari terjatuh. Pinggan ditangan Amran jatuh dan pecah dibiarkan. Ain perlu diselamatkan dulu.
"Hati-hati." Kata Amran.
Dia mengambil pinggan ditangan Ain. Diberikan kepada Hakimah. Dan meminta kakak iparnya itu memimpin Ain duduk diruang tamu.
Bila dia masuk ke dalam dapur, dilihatnya Mariah ada didapur. Dipandang muka kecewa Mariah yang sedang minum air. Warna air yang sama dengan tumpahan air yang dipijak Ain tadi.
Amran cuba mengawal syaknya. Tidak mahu merosakkan suasana ceria mereka sekeluarga. Namun, dia mula berwaspada. Menjauhkan Ain dari Mariah.
Hakimi masuk ke dalam dapur. Mendekati Mariah. Berbisik sesuatu ditelinga Mariah.
Mariah menjeling Hakimi tajam. Dia lantas meninggalkan dapur dan terus berjalan keluar dari rumah Amran.
Disaat dia mahu masuk semula untuk memanggil Kak Long, dia nampak Ain sedang bangun. Dia mengambil telefon bimbitnya. Dia merakam pergerakan menuju ke arah Ain. Kononnya dia sedang melihat telefon sambil memanggil Kak Long yang masih bersembang dimeja makan. Dan bila hampir saja dengan Ain, dia menjatuhkan dirinya sehingga tertolak tubuh Ain jatuh.
"Allahuakbar!" Hampir semua yang berada disitu menjerit menyebut kalimah suci itu bila mendengar Ain menjerit dan tertumus dilantai.
"Aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tersadung. Terjatuh. Terkena pada Ain." Kata Mariah. Berpura risau. Sambil cuba untuk menolong Ain untuk bangun.
"Darah!" Ain terus menangis bila melihat ada tompokan darah diseluarnya.
Amran segera meluru ke arah Ain. Dia terus menggendong Ain masuk ke dalam kereta. Terus saja dia memandu ke hospital berdekatan.
Di rumah, Hakimi sudah menampar Mariah. Rasa geram dengan Mariah tak mampu dia tahan lagi.
"Aku minta maaf Kak Yong. Adik kau dah melampau." Kata Hakimi dan terus saja dia mengheret Mariah masuk ke dalam keretanya.
"Lepaslah. Kau nak bawa aku pergi mana? Aku tak bersalahlah. Aku bukan sengaja." Ronta Mariah.
Tapi langsung tidak dihiraukan Hakimi. Dia menolak Mariah masuk ke ruang belakang keretanya. Dan kemudian dia menutup kasar pintu keretanya.
Hakimah turut serta. Dia duduk disebelah Mariah sambil tangan perempuan itu dipegang kejap. Dia sangat marah. Dia nampak semuanya. Walaupun nampak seperti kemalangan yang tak disengajakan, tetapi dia nampak riak wajah Mariah saat dia jatuh. Senyuman sinis Mariah.
Hakimi memandu ke ibu pejabat polis Klang. Dia menyerahkan Mariah kepada Polis berserta bukti kesalahan Mariah untuk dibuat siasatan. Dalam masa yang sama, dia turut menelefon peguamnya untuk tindakan undang-undang. Dia mahu mendakwa Mariah dengan kadar segera. Dia mahu Mariah melingkup didalan penjara. Supaya tiada lagi manusia yang akan mengancam nyawa adik bongsunya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ain Nadira
De TodoKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...