Amran hanya melihat Ain yang sedang mengemas pakaian mereka dan dimasukkan kedalam beg. Sedikit pun Ain tak hiraukan dia yang sedang serabut. Amran kalau boleh nak selesaikan masalah ini hari ini juga kerana esok mereka akan bertolak ke Mabul untuk bulan madu mereka.
"Ain tak runsing ke?" Tanya Amran.
"Happy. Dapat pergi holiday." Jawab Ain.
"Am serabut ni. Masalah kita tak selesai lagi. Tak ada guna pergi holiday ke honeymoon ke kalau masalah yang ini tak selesai." Amran menyatakan isi hatinya.
Nampak benar yang dia memang tertekan. Ain tahu itu tapi dia tak tahu bagaimana ingin diterangkan kepada Amran. Dia sendiri tertekan tapi dia cuba untuk buatkan suasana rumahtangganya aman dan damai seperti sebelum ini. Dia tidak mahu masalah ini menjadi punca pergaduhan antaranya dan Amran.
Dia terlalu sayangkan Amran. Dia sudah terlanjur mencintai Amran sebelum menyatakan keadaan sebenarnya. Dia yang tidak sihat.
Tapi dia sudah tidak boleh kehilanga Amran. Tidak boleh. Tanpa Amran, dia akan menderita. Tanpa Amran dia akan sensara. Tanpa Amran, hidupnya seperti tiada makna.
'Ain, kau terimanya dulu kerana Allah. Kau kena lepaskan dia juga kerana Allah. Kalau dia tak boleh terima, lepaskan dia kerana Allah. Pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.' Hati Ain mula menasihatinya.
"Am cuma nak tahu kenapa?" Desak Amran menggoncangkan tubuh Ain yang digenggam erat dikedua-dua tangannya. Goncangan itu telah membawa Ain ke dalam bilik mereka semula.
"Ain tak boleh nak cerita." Kata Ain sambil menolak genggaman tangan Amran yang menyakitkan otot tangannya.
Amran melepaskan. Tak sanggup melihat wajah kesakitan diwajah isterinya. Dia juga terasa sakitnya saat itu. Namun, diam Ain itu benar-benar buat dia marah sehingga sanggup memperlakukan Ain sebegitu rupa.
"Am minta maaf." Pohon Amran.
Ain mendekati Amran. Dia peluk pinggang Amran. Amran membalas pelukan itu. Ain melepaskan pelukan dan melentikkan badannya ke belakang. Dia senyum memandang Amran. Diletakkannya tangannya dikedua-dua pipi Amran.
"Percayalah yang Ain tak nak bagitau Am sebab Ain belum sedia untuk kehilangan Am. Ain pinta, berikan Ain tempoh untuk Ain kuat untuk bagitau Am." Kata Ain.
Air matanya sudah bertakung dimatanya. Dia tahan dan cuba tersenyum pada Amran. Amran diam. Hatinya tersenyuh bila melihat air mata Ain. Dia tahu pasti sesuatu itu amat berat dan sakit untuk dikenang.
"Ain mohon, jangan fikir apa-apa. Ain tak nak Am ada syak wasangka pada Ain. Ain tak nak hubungan kita retak sebelum masanya. Ain mohon sangat-sangat. Bahagiakan Ain selagi kita masih bersama." Pinta Ain.
Ain buang malunya untuk meminta sesuatu yang dia mahukan. Sungguh dia tak boleh kehilangan Amran. Dia tahu dia tak mampu untuk buang Amran dari dirinya. Tapi dia juga sedar yang dia bakal kehilangan Amran bila rahsia ini diketahui oleh Amran.
"Macam mana Am nak buat macam tak ada apa yang berlaku? Macam mana Am nak berhenti berfikir. Am cuma nak tahu kenapa. Itu pun Ain susah nak bagitau." Kata Amran. Suaranya sedikit kendur. Merajuk.
"Am, kalau benda ni senang. Dah lama Ain bagitau Am. Benda ni terlalu berat, Am. Terlalu berat." Kata Ain.
Ain menolak pelukan Amran. Dia kembali ke beg. Mengemas pakaiannya dan Amran yang tertangguh tadi. Amran ikut dan memeluknya kembali dari belakang. Ain terhenti. Amran melekapkan pipinya ke belakang Ain.
"Am rasa tak tenteram. Am tak suka tengok Ain takut. Seolah-olah Am ni menakutkan Ain. Am terlalu sayangkan Ain sampai tak sanggup melihat semua kesakitan dan ketakutan Ain. Am nak Ain sentiasa ceria, gembira dan bahagia." Kata Amran.
"Am, Ain pun sama. Sebab tu benda ni terlalu berat untuk Ain luahkan. Ain tak sanggup nak lihat Am kecewa. Biarkan dulu perkara tu. Setahun Am boleh tunggu Ain terima Am. Takkan Am tak boleh tunggu Ain lagi. Ain tak nak fikir yang Am cuma nakkan tubuh Ain semata-mata." Kata Ain.
"Syyyhhh... Am bukan macam tu. Kalau Am macam tu, dari hari pertama kita nikah, Am dah tuntut hak Am." Balas Amran.
"Ain tahu." Balas Ain.
Mereka diam.
Ain memalingkan badannya menghadap Amran. Tangannya melingkari leher Amran. Dia tenung mata Amran. Lama.
"Jadi kekasih Ain." Lamar Ain.
Amran angguk.
"Kita lupakan sekejap hubungan suami isteri kita. Just being my boyfriend." Sambung Ain.
Amran angguk.
Ain senyum. Dia kemudian mencium kedua-dua belah pipi Amran.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ain Nadira
AcakKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...