Bab 4

3.2K 87 7
                                    

Ain membuka matanya. Dah pukul berapa ni? Sakit betul kepala. Tak terdaya rasanya nak angkat. Dilihat Amran tiada. Mana pula perginya laki aku ni. Dah lah sakit urat saraf, dia pula tak ada.

Agak-agak pukul berapa ye? Rasanya tadi aku bangun jam pukul 5 petang. Agaknya sekarang ni pukul 6 kot. Tapi takkan pukul 6 gelap macam ni. Ini macam gelap hujan pun ada ni. Tapi mustahil pulak. Handphone pun tah kat mana tah. Bilik ni memang tak ada jam. Menyesal rasanya tak letak jam.

Pulasan tombol pintu buatkan Ain menoleh untuk melihat gerangan orang yang masuk. Amran lah tu. Namun sangkaannya meleset. Along!!!

"Kata hari Khamis baru sampai. Ini baru hari Isnin dah sampai. Alang-alang baik kejar sampai semalam. Boleh tengok adik sanding kat rumah Amran" Kata Ain apabila melihat abangnya berdiri dimuka pintu. Rajuknya tak habis lagi. Geram benar rasa hati bila hari bersejarahnya tidak dihadiri oleh seorang pun adik beradiknya.

"Alah...Marah pula adik along ni" Hakimi tersengih melihat amarah adiknya. Tak sempat bagi salam. Main terjah je. Tu lah parah kalau ada keinginan nak jadi macam Nas Ahmad. Hakimi berjalan mendekati Ain. Ain duduk dikepala katil. Memberi ruang untuk abangnya duduk menghadapnya.

"Mana ada adik marah. Terasa saja. Rasa macam diri ni anak tunggal tak ada adik beradik. Along dengan angah sama saja. Pentingkan benda lain dari adik sendiri" Luah Ain.

"Dia yang teruk. Dah tahu kan. Along kalau berlayar paling sekejap pun sebulan, paling lama berbulan-bulan. Tah bila masa bercinta. Tunang sebulan terus nikah. Adik bertunang masa tu along baru 4 hari berlayar. Then you expect what? Along terjun kapal berenang balik ke Malaysia, ke adik nak Along suruh kapten kapal tu patah balik? Langgar kontrak. Adik nak tolong bayarkan ganti rugi?" Pertahan Hakimi. Memang dia agak bengang dengan Ain. Kahwin macam tak menyempat nak tunggu dia dan Hakimah balik.

"At least balik lah sekejap. Bukannya kapal tu 24/7 berlayarkan. Mesti dia ada singgah kat mana-mana port kan?" Ain tak mahu mengalah.

"Adik lupa? Along kali ni naik kapal direct ke India? Mana ada kapal yang ke India ada singgah-singgah. Singgah di port Nhava Sheva sajalah. Hari adik nikah Along dah on the way balik ke sini. Ingat sempat sampai untuk majlis rumah Amran. Rupanya tak sempat" terang Hakimi. Dengan Ain, mana boleh mengalah. Kena bagi fakta.

"Erm... Apa-apa saja lah. Nak buat macam mana. Adik memang ada mak dan abah je. Tak ada abang, tak ada kakak. Yang ada Cuma abah dan mak saja" Ain mula buat suara merajuk.

Hakimi tersenyum mendengar nada itu. Dah kalah lah tu. Tak ada idea nak menjawab. Haha... Ketawanya dalam hati. Tak mahu ketawa lepas. Nanti payah nak pujuk. Nasib kau lah Amran dapat adik aku yang kuat merajuk ni.

"Meh sini nak peluk adik along ni. Lama tak jumpa. Jumpa je terus kena fire. Tak bagi salam, tak sempat salam along, dia dah fire dulu" Kata Hakimi lantas mendekati Ain dan memeluk kepalanya.

"Ee... Busuk lah Along. Tak mandi ke? Duduk dekat atas air pun tak ada air ke?" Kata Ain seraya menolak kasar tubuh Hakimi. Kemudian Ain mengambil tangan Hakimi lantas disalam dan diciumnya tangan itu. Tangan Hakimi tidak segera dilepaskan. Direnungnya tangan itu.

"Tangan Along dah makin berkedut. Tau tak tu tandanya apa?" Tanya Ain.

"Along kuat buat kerja" Jawab Hakimi. Ain mengeleng.

"Tanda Along dah makin kurus?" Ain masih mengeleng dengan jawapan Hakimi.

"Salah. Ini tanda Along dah kena kahwin" kata Ain sambil ketawa kuat. Hakimi hanya mengeleng.

"Apa punya perangai ketawa kuat-kuat. Tak sedar ke adik tu dah nikah? Malulah kalau suami adik tengok. Tak sopan" Tegur Hakimi.

"Alah... Amran dah tahu lama dah perangai adik. Dia kawan adik masa kat sekolah dulu" Jawab Ain sambil mencebikkan mukanya.

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang