AN 53

801 47 7
                                    

"Apa kena dengan anak-anak mummy ni. Semua nak kahwin dengan janda?" Tanya Puan Rozila bila Afham menyuarakan hasrat memperisterikan Azlia.

"Ain janda?" Tanya Afham.

"Ya. Kamu nak ambil janda adik kamu. Adik kamu ambil janda pakcik kamu. Bagus. Mummy ni ada 2 je anak lelaki. Dua-dua pun, nak janda. Apa ni? Tak fahamlah mummy." Kata Puan Rozila.

Ternganga mulut Afham seketika. Dia sendiri terkejut dengan apa yang dikhabarkan ini. Tapi, dia tak faham. Apa yang menjadi isu besar? Salah ke berkahwin dengan janda?

"Mummy tak izinkan kamu kahwin dengan Azlia. Kalau dah kemaruk sangat nak nikah, cari lain. Mummy pun boleh carikan. Yang lebih elok dari tu." Kata Puan Rozila.

"Tapi mummy..."

Puan Rozila memalingkan mukanya.

"Daddy..."

Afham beralih kepada Encik Amir.

"Salah ke kahwin dengan janda?" Tanya Afham.

"Salah tu tak tapi tu janda adik kamu." Jawab Encik Amir.

"Tapi, anak Azlia tu, anak Afham." Kata Afham.

Terberhenti langkah Puan Rozila. Masa Azlia mengatakan hal tersebut, dia fikir, Azlia mahu memerangkap Afham saja. Terutama bila mengenangkan betapa Afham sangat prihatin dengan Azlia sejak disahkan Azlia mengandung. Tindakbalas Afham yang tidak tahu menahu pucuk pangkal cerita buatkan tanggapannya dirasakannya betul. Tapi tadi...

"Kamu kata apa?" Tanya Puan Rozila. Dia berjalan mendekati Afham.

"Sejak bila pula kamu buat dia mengandung? Ha?" Terus saja tangan Puan Rozila naik memukul anaknya itu.

Perasaan geramnya tak dapat dibendung lagi. Dengan Amran. Dengan Afham. Keduanya. Amran tu, memang dia tak boleh nak kata apa. Dari kecil memang suka buat ikut suka hatinya. Afham?

"Hari tu masa dia mengaku anak tu anak kamu, kamu diam saja. Tak ada pun kamu mengaku. Ni dah tiba-tiba kata anak tu anak kamu?" Bebel Puan Rozila.

Sekali lagi lengan Afham dipukul.

"Tapi Ham tak kata pun tak. Ham cuma blur je. Terkejut. Sebab masa Ham tanya dia, dia tak mengaku pun. Tiba-tiba dia kata tu anak Ham. Takkan Ham nak terus mengaku." Afham membela dirinya.

"Bila masa kamu buat dia mengandung? Ha? Kenapa kamu diam je masa Am kena nikah dengan dia?" Marah Puan Rozila.

Perasaan kesian dengan anaknya yang seorang tu, menebal. Bahagia dengan Ain. Tiba-tiba, datang khabar ditangkap basah. Kemudian, dipaksa kahwin. Bercerai. Sekarang, dapat tahu pula. Isteri yang dicintai janda pakciknya.

"Kesian dekat Am. Kena tanggung semua salah Ham." Sekali lagi lengan Afham menjadi sasaran tangan Puan Rozila.

"Bilanya kamu dengan Azlia bercinta?" Tanya Encik Amir.

"Tak pernah pun." Jawab Afham.

"Lepas tu? Macam mana kamu kata tu anak kamu? Jangan main-main, Ham." Tinggi sedikit nada Encik Amir.

"Ham tak tahu. Pagi tu bila Ham bangun, Azlia dah ada sebelah Ham. Tidur atas bahu Ham. Sama-sama bogel." Cerita Afham.

"Macam mana boleh tak sedar? Kamu ambil barang terlarang ke?" Tanya Encik Amir.

"Makcik lah..." Kata Afham.

"Kenapa dengan makcik kamu?" Tanya Encik Amir.

"Ham syak je. Ham tak ada bukti. Tapi, nak siasat pun, benda dah lama. Dah setahun dah. Tak boleh nak siasat." Balas Afham.

"Kenapa kamu tak siasat masa mula-mula kena tu? Kenapa baru sekarang?" Sergah Puan Rozila.

Afham diam.

"Kenapa?" Jerit Puan Rozila.

Terkejut Afham dan Encik Amir. Tak pernah suara Puan Rozila tinggi begitu walaupun disaat dia sedang marah. Tapi lain pula hari ini.

"Ham ingat, tak ada apalah. Mana tau sampai mengandung. Sampai Azlia kena paksa kahwin dengan Am." Jawab Afham.

"Astaghfirullah al-azim. Kenapa benda gini boleh buat lewa, Ham? Kalau pun bukan sebab mengandung, tapi sebab nak tahu kerja khianat siapa. Kalau kena ugut ke. Apa ke. At least, tahu siapa punya angkara. Bukan main agak-agak saja. Kena ada bukti." Panjang lebar Puan Rozila meluahkan rasa kesalnya.

"Tak terfikir pun masa tu, mummy." Balas Afham.

"Allahuakbar. Macam mana boleh tak terfikir? Dah tu. Kenapa kamu tak halang masa Am kena paksa kahwin dengan Azlia? Kenapa kamu diam? Kenapa kamu tak nak bertanggungjawab? Kenapa baru sekarang rasa nak bertanggungjawab?" Tanya Puan Rozila bertubi.

Afham diam. Dia tak ada jawapan untuk itu. Bila dikhabarkan Amran kahwin dengan Azlia, dia ada sedikit rasa terkilan namun, langsung tiada niat untuk menghalang. Padanya, lebih baik dia beralah.

Logiknya, takkan Amran diperangkap sewaktu ditangkap basah di rumah Azlia. Pastinya, ada sesuatu hubungan antara Amran dan Azlia. Lagipun, keputusan dah dibuat sewaktu dia dapat tahu. Jadi, tak ada sebab untuk dia menghalang.

"Kenapa yang kamu tuduh makcik kamu?" Tanya Encik Amir.

"Itu yang abang sibukkan?" Tanya Puan Rozila. Kecewa.

"Makcik yang bawa Ham makan kat hotel tu. Lepas makan, Ham dah tak ingat apa. Antara sedar dengan tak. Ham dan Azlia berzina." Kata Afham.

"Sebab tu je kamu kata makcik kamu punya angkara?" Tanya Encik Amir.

"Daddy. Kalau makcik boleh rancang Am dengan Azlia kena tangkap basah, apa la sangat setakat nak kenakan Ham dengan Azlia." Balas Afham.

"Macam mana kamu yakin tu anak kamu?" Tanya Puan Rozila. .

"Ham dah buat DNA test. Tapi kalau pun tu bukan anak Ham. Ham tetap nak kahwin dengan Azlia. Ham dah jatuh cinta pada dia." Kata Afham.

"Suka hati kamu. Mummy dah malas bak masuk campur urusan kamu adik beradik. Menyakitkan hati." Kata Puan Rozila.

"Daddy?"

Encik Amir hanya diam. Dia sendiri tak ada jawapan. Otaknya ligat berfikir tentang adiknya yang seorang itu. Satu persatu rancangan jahat adiknya itu terbongkar.

"Daddy keluar kejap. Nak jumpa makcik kamu." Kata Encik Amir.

Afham hanya angguk.

Tak tahu apa keputusan yang dah dicapai. Mummy kata ikut kehendak hatinya tetapi mummy tak nampak seperti merestui. Daddy nya pula, langsung tidak menunjukkan sebarang minat dengan berita yang disampaikannya itu.

Afham mengeluh.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now