“Kenapa Am tak pernah pun cerita tentang hubungan Am dengan Azlia?” Tanya Ain sewaktu mereka sedang duduk santai selepas penat bekerja seharian.
“Ain tak pernah tanya.” Senang saja jawapan Amran.
“Macam mana Ain nak tanya kalau Ain tak pernah tahu. Takkan Ain kena tanya Am sentiasa. Am suka kalau Ain banyak bertanya? Dengan siapa Am keluar. Apa hubungan Am dengan setiap orang yang Am jumpa. Suka?” Tanya Ain. Separuh geram.
“Sebab macam inilah yang buatkan Am tak suka. Ain akan tanya dan tanya dan tanya. Lagipun, tak ada apa-apa yang berkembang antara Am dan Azlia. Am tak pernah setuju dengan cadangan itu. Dan Azlia pun tak ada pula kata apa-apa.” Jawab Amran.
Ain diam dan angguk.
“Perlu ke untuk Am ceritakan sesuatu kisah yang akan menimbulkan rasa ragu dihati Ain? Kita masih dalam frasa untuk mempercayai satu sama lain. Am tak nak ambil risiko kehilangan kepercayaan Ain dan sekaligus kehilangan Ain. Am tak sanggup.” Sambung Amran.
“Ain cuma bertanya. Janganlah marah Ain.” Rajuk Ain bila dia rasakan nada suara Amran seperti memarahinya.
“Jangan tanya soalan yang tak berkenaan dengan kita. Soalan yang akan menimbulkan 1001 persoalan dan keraguan dalam hati Ain. Andai ada benda-benda macam tu, buang. Percaya saja pada Am. Bila Am kata hanya Ain. Maknanya Ain. Bukan sesiapa.” Tegas Amran.
“Kalau tak tanya, lagi lah macam-macam anggapan buruk terbit.” Balas Ain.
“Am suruh buang bila timbul persoalan itu semua. Cuba dengar cakap Am. Kalau Ain layan persoalan itu, ia akan jadi duri dalam daging. Tak nampak tapi makin membengkak dan akhirnya membusuk.” Tegas Amran lagi.
“Tapi kalau ada benda yang buat Ain tertanya-tanya? Mestilah Ain nak jawapan.” Balas Ain. Dia masih tak puas hati.
“Ain harap jawapan apa dari Am? Bila timbul persoalan, bermakna Ain meragui Am. Bila Ain makin bersoal jawab, apa pun jawapan yang Am bagi Ain tak mahu dengar. Ain hanya mahu dengar apa yang Ain sudah percaya. Kalau Am beri jawapan yang betul pun, Ain akan kata Am menipu. Jadi, baik buang semua persoalan dan letakkan semua kepercayaan. Yakin dengan Allah. Allah akan uruskan semuanya dengan baik. Percaya pada Am kerana Am percaya dan yakin, Allah tetapkan hati Am hanya untuk Ain seorang. Itu juga doa Am untuk Ain. Supaya hati Ain hanya ada Am seorang.” Kata Amran penuh emosi.
“Macam sekarang ni. Ain tanya pasal Azlia. Kenapa? Ain tak percaya pada Am, kan?” Tanya Amran.
Ain menggeleng kepalanya menafikan tuduhan Amran itu.
“Bila Am jawab kami tiada apa-apa. Ain percaya ke?” Tanya Amran lagi.
Ain geleng.
“Then, Ain faham kenapa Am suruh Ain buang semua persoalan yang terbit itu? Sebab macam nilah. Ain dah tak percaya pada Am. Ain sudah letak pelbagai syak tentang hubungan kami berdua. Mula-mula bertanya. Lepas tu seluruh hati Ain menafikan apa saja jawapan Am sebab Am tak bagi jawapan yang Ain nak dengar. Lama-lama dia akan terus bercambah dan keraguan itu mula menunjukkan tindakbalas bila setiap apa yang Am buat, Ain akan mula ragu. Mula letak syak wasangka pada Am. Ain nak rumahtangga kita jadi kucar-kacir?” Terang Amran lagi tentang apa yang cuba dia sampaikan kepada Ain. Dia mahu Ain benar-benar faham.
“Langsung tak boleh tanya?” Tanya Ain.
“Langsung. Buang saja terus.” Jawab Amran.
“Habis tu macam mana kalau nak tanya soalan, Am lapar tak?” Gurau Ain.
“Nak kena ni.” Dan Ain terus berlari ke bilik mereka bila Amran sudah mahu menggeleteknya.
Amran tidak mengalah. Dia kejar Ain sehingga ke dalam bilik. Bila saja dia dapat Ain, dihumban Ain ke atas katil dan mengeletek Ain. Mendengar rayuan Ain supaya dia hentikan perbuatannya itu membuatkan dia makin suka mahu mengeletek Ain.
YOU ARE READING
Ain Nadira
RandomKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...