BAB 15

2.3K 75 0
                                    

Masa tiga hari yang berlalu terasa sekejap. Amran merenung Ain yang sedang bergaul mesra dengan ibu bapa mereka. Ain memang mesra dengan ibu bapanya. Itu Amran tahu sejak dulu. Mungkin kerana title anak bongsu. Yang paling Amran kagum, setelah berkahwin Ain juga rapat dan manja dengan Mummy dan Daddy. Ain layan Mummy dan Daddy sama macam Ain layan Mak dan Abah. Itu yang menyenangkan hatinya. Malah dirasakannya keputusan untuk menikahi Ain adalah satu tindakan yang tepat.

Sepanjang tiga hari ini mereka tidak banyak melawat tempat-tempat peranginan yang menjadi tumpuan pelancong. Sebenarnya tiada. Sebaik saja mencecah bumi New Zealand, Ain telah diserang selesema yang teruk. Maka dia dikenakan perintah kuarantin oleh Puan Rozila dan Puan Azlin.

"Biarlah Ain rehat. Mungkin kena tukaran angin tu. Kita pun boleh rehat. Lama sangat dalam flight" Usul Encik Amir. Yang lain bersetuju. Dan sememangnya mereka berehat saja hari itu. Semua tidur keletihan kecuali Amran yang setia menjaga Ain walaupun Ain hanya selesema.

"Am pun rehatlah. Am penatkan. Dari kita sampai hingga sekarang ni Am jaga Ain. Macam Ain demam. Padahal cuma selsema saja" Kata Ain yang dah agak reda selesemanya malam itu.

"Tak apalah, Ain. Ain sakit. Am kenalah jaga. Nak juga rasa jadi macam Rasulullah. Kan Rasulullah masanya banyak dihabiskan bersama isterinya bila isterinya sakit" Balas Amran. Dia melirik matanya kearah Ain yang duduk berhadapan dengannya. Ain tertunduk. Malu.

Hari kedua di bumi New Zealand, Mummy kena sakit perut. Katanya masuk angin sebab tak makan nasi. Terpaksalah Encik Amir, Encik Radzi dan Amran keluar mencari kedai yang menjual masakan berunsurkan nasi. Amran ada terfikir untuk bertanyakan pada Jasmine, namun niat itu dikuburkan. Biarkanlah. Cari sendiri macam ni boleh eratkan hubungannya dengan bapa mertuanya. Saling bekerjasama. Setelah lama mencari-cari ditempat asing, mereka kemudian terserempak dengan kedai yang menjual bahan masakan dari Negara timur.

"Mummy ni, duduk sini pun nak makan nasi. Macam mana Amran nak ajak tinggal sini nanti?" Kata Amran. Sengaja mengusik Puan Rozila.

"Nasib baik Mummy sakit perut nak nasi. Kalau tak kamu mesti tak jumpa punya kedai yang jual barang-barang ni semua. Nanti telefon Mummy rindu nak makan masakan Malaysia" Jawab Puan Rozila. Yang lain hanya ketawa mendengar jawapan balas Puan Rozila itu. Tak nak mengalah.

Hari ketiga pula, semua sibuk membeli cenderahati untuk sanak saudara tapi hanya dikawasan berhampiran dengan rumah Amran memandangkan mereka akan bertolak pulang ke Malaysia pada awal pagi berikutnya.

"Bertuah kamu Amran. Walaupun kena pindah sini dan berjauhan dengan family, tapi kat sini mereka dah sediakan semua untuk kamu. Rumah dah tak payah sibuk nak hias ke apa ke. Semua dah siap. Tinggal masuk je. Kereta pun diorang bagi. Serba serbi lengkap. Ini betul-betul cuci kaki ni" Kata Puan Azlin sewaktu mereka sedang menanti untuk panggilan masuk ke pesawat.

"Apa guna semua tu, Mak, kalau family tak ada. Isteri pun jauh. Kalau ikut hati hari tu, memang tak nak pergi. Tapi dah isteri suruh pergi. Ikutkan saja" Kata Amran sambil melirik kearah Ain yang duduk disebelahnya. Ain diam tidak menyahut. Gengaman tangan mereka diperkemaskan.

"Tak apalah Amran. Patut Amran bersyukur ada isteri yang menyokong kerjaya Amran. Yang percaya pada Amran. Tak lama pun, nak. Lagipun, kamu boleh balik tiap-tiap minggu kan?" Sahut Encik Amir menenangkan suasana. Dia tak nak Ain dipersalahkan kerana tidak mahu mengikut Amran berpindah ke sini.

Amran mengangguk. Menginsafi diri yang tidak bersyukur atas kurniaan Allah. Walaupun Ain tak nak ikut pindah atas alasan yang dia sendiri tak tahu dapat terima ke tak, namun dia patut bersyukur. Ain masih memberi sokongan. Atas sokongan itu dia tidak punya masalah dengan pihak pengurusan. Andai Ain minta dia untuk menolak tawaran ini pasti dia akan berhadapan dengan pengurusan dan perlu bersoal jawab dengan segala macam kemungkinan.

"Yelah, Daddy. Alhamdulillah... Terima kasih Ain sebab sokong Am. Tapi kalau Ain sentiasa ada dengan Am kan lebih baik" Amran masih lagi mempelawa. Pelawa dengan berhemah.

"Tak apalah Am. Kira pasni kita jadi macam couple yang belum kahwin. Always update buat apa. Kitakan tak pernah melalui proses cinta geli-geli" Pujuk Ain. Dia tahu Amran masih mengharapkan dia mengikutinya tinggal disini tapi dia ada misi. Mencari sesuatu. Sesuatu yang mungkin akan hadir bila mereka berjauhan. Sesuatu yang bernama cinta, kepercayaan, keikhlasan dan kejujuran.

"Cinta geli-geli pula dia kata" Ajuk Amran sambil mencubit pipi Ain. Yang lain hanya tergelak. Suka melihat kemesraan mereka.

Pengumuman memanggil penumpang menaiki pesawat sudah kedengaran. Mereka semua berjalan menuju kearah pintu pelepasan. Ain sudah menitipkan beberapa pesanan untuk Amran. Maklumlah, lepas ni mereka bakal berjauhan. Amran hanya senyum. Ternyata Ain masih tidak tahu yang dia akan ikut balik ke Malaysia.

Setiba di pintu pelepasan, Ain bersalam dengan Amran. Diciumnya tangan Amran lama. Yang lain memandang pelik.

"Kenapa Ain salam Amran?" Tanya Puan Azlin.

"Kenapa pula?" Ain hairan.

"Ain, Am ikut balik lah. Am kan cuti 2 minggu. Untuk apa berada disini tanpa Ain disisi?" Kata Amran berbisik. Ain sudah berubah muka. Malu. Digenggamnya kuat tangan Amran dan sebelah lagi tangannya mencari lemak Amran di bahagian perut untuk dicubit.

"Kenapa baru sekarang nak bagitahu? Kenapa tak nanti saja masa masuk dalam kapalterbang. Boleh buat drama swasta" Kata Ain sambil terus melepaskan geram.

Amran menahan kesakitan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sesungguhnya, cubitan Ain memang terkenal sejak dibangku sekolah yang bakal menimbulkan lebam dan luka. Amran tahu dia mesti cari idea dengan cepat untuk menutup malu Ain supaya lebih cepat Ain melepaskan cubitannya.

"Ain ni kan manja mama. Dia bukan salam. Dia nak haba. Dari tadi dia kata sejuk" Jawab Amran. Terus Ain melepaskan cubitan dan genggaman tangannya. Pandai pun.

Selepas itu, diperiksa, mereka masuk ke dalam balai pelepasan dan mencari ruang untuk mereka naik ke pesawat.


Ain NadiraWhere stories live. Discover now