AN 40

637 40 16
                                    

“Ain percayakan, Am. Am tak buat semua tu.” Amran merayu pada Ain.

Ain memandang Amran yang sedang merayu dihadapannya. Rasa kecewa didalam hati bila diberitahu tentang penangkapan Amran dan Azlia yang didapati berdua-duaan didalam rumah Azlia masih terasa. Dia pandang gengaman tangannya dan Amran.

Dari waktu mereka sampai dirumah sehinggalah kini. Mereka masih diruang tamu. Duduk dalam keadaan menghadap begini diatas sofa. Tangannya tak pernah terlepas dari gengaman Amran.

“Macam mana Ain nak percaya bila bukti depan mata? Ain pernah nampak Am keluar berdua dengan Azlia tanpa pengetahuan Ain. Kemudian ada gambar dihantar ke rumah kita tanpa alamat gambar Am dan Azlia berpelukan. Sekarang ni, Am dan Azlia kena tangkap basah. Kalau Am jadi Ain. Apa yang Am nak fikirkan?” Kata Ain sambil menahan rasa marah dan sedih yang sedang melanda dirinya.

“Ya. Memang Am pernah keluar dengan Azlia. Tapi itu sebab Ain. Tentang gambar tu. Am tak tahu. Am pun tak pernah tengok gambar apa yang Ain maksudkan. Tapi Am pergi rumah Azlia sebab ada orang call. Katanya Azlia tengah panic sebab Ain pengsan dan minta call Am. Ain tahu yang Am sangat sayangkan Ain. Am tak boleh kalau Ain susah.” Terang Amran.

“Kan Ain kata, Ain tak jadi ke rumah dia. Ain banyak kerja yang tak siap.” Balas Ain.

“Am fikir mungkin Ain ubah fikiran. Ain kan boleh buat apa saja untuk Azlia. Untuk Azlia, nyawa pun Ain sanggup korbankan. Lagipun, mana sempat nak fikir apa-apa bila dengar saja Ain pengsan. Tapi sungguh. Am baru saja masuk rumahnya. Baru sangat melangkah masuk. Orang pejabat agama dah bagi salam.” Bersungguh Amran cuba menyakinkan Ain.

Ain tarik nafas panjang.

Dalam hatinya sedang berkira mahu percaya atau tidak. Sebenarnya, hatinya percayakan Amran. Padanya, kalau sekadar gambar tidak memberikan apa-apa bukti. Pasti ada penjelasan disebalik gambar itu.

Dia juga tahu yang Azlia dan Amran keluar berdua hanya kerana Amran mahu meminta tolong Azlia untuk tidak menerima apa-apa cadangan darinya. Azlia sudah menceritakan tentang itu.

Tapi dia sengaja tidak mahu menyatakan rasa percayanya walaupun dia tahu ini adalah sebuah perangkap. Dia mahu menggunakan kesempatan ini untuk memaksa Amran mengahwini Azlia.

“Am tahu yang Ain akan buat apa saja untuk Azlia. Am tahu keputusan Ain apa sekarang ni, kan? Apa pun sebabnya. Nama baik Azlia tetap kena diselamatkan.” Itu keputusan yang Ain sudah buat.

Ini saja peluang untuk mengahwinkan Amran dan Azlia. Secara tak langsung, Ain berterima kasih kepada mereka yang merancang rancangan kotor ini.

“Am tak boleh, Ain. Am tak boleh. Am cuma mahukan Ain sebagai isteri Am dan bukan yang lain.” Kata Amran.

“Habis tu? Nak biarkan Azlia menanggung malu? Sudahlah dia hidup tanpa keluarga. Siapa nak bagi sokongan pada dia bila ditohmah oleh masyarakat. Dan Am tak nak bertanggungjawab. Selfish nya Am.” Tuduh Ain.

“Atau ini semua perancangan Ain. Ain perangkap Am supaya boleh paksa Am kahwin dengan Azlia?” Tuduh Amran pula. Hilang rasa mahu merayu lagi.

Amran tak tahu kenapa dari mula dia ditangkap, otaknya tidak habis-habis menuduh Ain. Mungkin sebab Ain pernah membuat permintaan agar dia menikahi Azlia. Jadi bila dia menolak mentah-mentah permintaan Ain itu, Ain merancang semua ini.

“Sanggup Am tuduh Ain macam tu?” Kecewa rasa hati Ain bila dituduh begitu.

“Sebab Ain pernah berkeras untuk Am menikahi Azlia.” Keras suara Amran.

Gengaman tangan dilepaskan. Amran berdiri dan memeluk tubuhnya. Rasa marah mencengkam dirinya bila dia rasakan yang Ain benar-benar terlibat dalam rancangan penangkapannya itu.

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang