AN 46

572 38 3
                                    

"Seronok ya kau duduk rumah ni. Tak payah kerja. Setiap bulan laki kau bagi duit. Duduk rumah mengangkang je." Kata Mariah.

Dia memandang sekeliling rumah itu. Sangat ringkas dan lapang. Kali pertama datang, terlalu ramai yang hadir. Yang kedua, dia ada misi lain. Tak sempat mahu menghayati deko rumah ini. Dan dari pemerhatiannya, dia pasti, ini adalah hasil kerja Amran. Dia kenal anak saudaranya itu.

"Makcik datang nak apa?" Tanya Azlia.

"Eh. Tak boleh datang?" Tanya Mariah. Sinis.

"Amran tak ada. Kerja." Balas Azlia.

"Aku datang nak jumpa kau. Kau kan dah mengandung sekarang. Jadi, aku nak lah habuan aku." Kata Mariah.

"Habuan apa?" Tanya Azlia.

"Lepas aku dah buat kau senang. Kahwin dengan Amran. Kau lupa ya?" Balas Mariah.

"Makcik paksa saya. Bukan saya nak kahwin dengan Am." Balas Azlia.

"Paksa konon. Kau ingat, aku tak tahu ke kau suka Am tu? Sebab Am tolak kau, kau cari boyfriend. Hidup bergelumang dengan maksiat. Pakai tudung tapi berzina siang malam. Ingat aku tak tahu? Muka baik. Suci. Tapi..." Kata Mariah.

"Tak habis lagi ke nak hina saya?" Tanya Azlia.

"Tak. Kau ingat ya. Kalau aku buka mulut aku ni, Am mesti ceraikan kau sekarang juga." Kata Mariah.

"Cepat atau lambat, talak dah comfirm pun. Kalau makcik nak ugut saya, silakan. Saya dah tak kisah." Balas Azlia.

Mariah ketawa.

"Kau tahu apa yang aku kena korbankan untuk buat kau dan Am kahwin? Semuanya. Sebab kau, Am tarik balik hak pengurus dari aku. Sebab kau, aku hidup susah semula. Semua sebab kau!" Jerkah Mariah.

Dia menarik muka Azlia. Dicengkam pipi mulus itu. Menghadap wajahnya yang berang. Dengan mata dijegilkan.

"Sekarang ni. Kau dengar cakap aku. Aku nak, kau pujuk Am. Suruh dia serahkan 20% share Taaffeite furniture. Dan jadikan aku pemilik sah Taaffeite furniture." Arah Mariah.

"Mana saya boleh buat semua tu." Tolak Azlia.

"Eh bodoh! Gunakan anak yang kau kandung tu. Itu pun tak boleh nak fikir ke? Bodoh!" Marah Mariah lantas membanting wajah Azlia.

Azlia tersandar ke sofa. Rasa sakit dan gerun melihat keadaan Mariah ketika ini. Ditambah dengan rasa pelik. Tak faham.

"Taaffeite bukan memang makcik punya ke?" Tanya Azlia. Pelik kerana Mariah sangat banggakan Taaffeite furniture selama ini.

"Kalau aku punya, tak payahlah aku nak datang sini. Suruh kau buat semua ni. Ingat ya. Aku bagi kau tempoh seminggu. Pujuk Am bagi Taaffeite kat aku." Kata Mariah.

"Kenapa makcik tak suruh Ain je minta kat Am. Takkan makcik tak tahu yang Am sayangkan Ain. Apa saja yang Ain nak, mesti Am bagi." Kata Azlia.

"Eh. Kalau aku boleh gunakan Ain, takkan aku rancang semua ni. Ain tu bukan macam kau. Kau tu bodoh. Yatim piatu. Tak ada keluarga." Balas Mariah.

"Sebab saya sebatang kara, makcik menggunakan saya?" Tanya Azlia. Hatinya dipagut sedih.

"Sebab kau bodoh! Senang dipergunakan." Balas Mariah sambil menunjal kepala Azlia.

Azlia menepis. Dia pandang Mariah tajam.

"Makcik tu yang bodoh. Makcik ingat lepas apa yang jadi, Am nak bagi ke apa yang saya minta? Makcik ingat, saya ni Ain ke? Boleh buat apa saja. Minta apa saja dari Am?" Balas Azlia. Dia ketawa terbahak-bahak yang jelas dibuat-buat.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now