Bab 31

2.4K 74 2
                                    

"Kenapa adik tak bagitau kakak apa yang dah jadi? Tengok sekarang ni. Dah jadi teruk macam ni. Baru kami tahu. Mujur Amran tu sangat sayangkan adik dan sanggup tunggu adik." Tanya Hakimah.

Mereka duduk santai di gazebo yang terdapat didalam taman mini rumah ibu bapa mereka. Ain duduk memeluk lututnya. Pandangannya hanyalah pada bunga yang sedang mekar didepannya itu. Hakimah duduk rapat dengannya dan memeluknya. Mesra.

"Adik ingatkan, adik boleh handle lagi keadaan. Selama ini, Am tak pernah menuntut haknya yang itu. Dia bagi ruang pada adik untuk menyiapkan diri untuk terima dia. Dia buat adik jatuh cinta padanya dengan caranya yang tersendiri itu. Adik benar-benar cintakan Am. Makin hari, perasaan itu makin besar. Kakak sendiri tahu yang adik memang sudah lama sukakan Amran. Dia yang adik cintai sejak sekolah dulu. Tapi bila teringatkan diri sendiri, adik tepis perasaan itu. Bila dia nikahi adik. Adik seronok. Adik happy sangat. Tapi bila teringatkan hal itu, adik cuba untuk tepis rasa cinta itu dari kembali mekar. Amran, kak. Amran sangat pandai buatkan adik tak boleh tahan diri adik dari terus mencintainya dan perasaan itu makin mekar tanpa adik sedar. Adik mula lupa diri dan akhirnya bila kami ingin menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. Adik tak boleh. Kisah itu kembali menghantui adik. Beberapa kali kami cuba. Akhirnya sangat mengecewakan Amran. Adik cuba kak. Adik cuba melawan perasaaan itu dari muncul. Tapi makin adik melawan, makin adik takut." Ain sudah menangis.

Hakimah mengeratkan pelukannya. Cuba menyalurkan kekuatan pada Ain. Sesekali, pipi adiknya itu diciumnya. Ain pula, pandangan dia masih focus pada bunga tadi. Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangannya itu.

"Akhirnya, adik decide. Adik minta Amran untuk lupakan semua itu sementara. Adik minta dia cuma jadi kekasih adik. Dan Amran setuju. Adik cuba dan cuba kak bina keyakinan diri adik. Tapi tiba-tiba dia datang. Adik nampak dia. Kekuatan dan keyakinan adik goyang. Segalanya bagaikan satu mimpi yang tiada penghujung, kak." Kuat tangisan Ain kala itu.

Tanpa mereka sedar, Amran sedang mendengar perbualan mereka disebalik pintu gelongsor berhampiran dengan mereka. Hati Amran dipagut rasa kasihan. Walaupun dia tak tahu apa yang terjadi sebenarnya tapi melihat Ain menangis begitu, dia jadi sedih. Seolah-olah penderitaan yang Ain tanggung itu terlalu besar.

Selama ini bukan dia tak sedar kepayahan Ain untuk mencuba menjadikan dia suami dalam erti kata sebenar. Tapi selama ini dia hanya anggap ianya kesakitan yang biasa. Langsung tidak terfikir ianya terlalu berat dan pedih untuk Ain.

"Bila adik rancang nak bagitau Amran?" Soalan Hakimah itu menarik Amran untuk terus menguping.

Ain geleng.

"Ain tak tahu. Ain belum bersedia, kakak. Ain betul-betul tak nak kehilangan Amran. Macam apa yang Along fikir. Itu juga sebenarnya apa yang sedang Ain fikirkan. Ain memang takut seandainya Amran tahu, dia akan tinggalkan adik. Dia akan tinggalkan adik." Ain sudah menggonggoi sambil menyebut 'dia akan tinggalkan adik' berkali-kali.

"Kakak tengok Amran sayangkan adik. Sangat sayangkan adik. Kakak yakin dia tak akan tinggalkan adik. Yakin pada Amran, dik." Pujuk Hakimah.

"Macam mana adik nak percaya pada Amran kalau diri adik sendiri adik tak percaya. Adik malu kakak dengan apa yang terjadi. Kalau pun Amran boleh terima tapi adik tak, kakak. Adik terlampau malu untuk semua ni." Ain yang tadi hanya memandang ke depan sudah mengalih pandangannya kearah Hakimah.

Hakimah kembali memeluknya. Dia menarik Ain ke dalam pelukannya dan dipeluknya erat. Ain membalas pelukan itu sambil air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Adik memang tak pernah cuba untuk ceritakan pada Amran sebab adik terlalu takut untuk menghadapi saat itu. Saat ditinggalkan Amran." Kata Ain. Dia meleraikan pelukan itu. Air matanya dilap dengan tangannya saja.

"Adik tau kalau Amran tahu dari mulut orang lain, pasti ceritanya jadi lain. Tapi adik cuma tak mampu untuk beritahunya. Kadang-kadang adik ada juga terfikir. Biarlah orang lain yang bagitahu dia. Asalkan bukan adik. Sebab adik malu dan adik takut kehilangannya terlalu cepat. Lagipun yang tahu bukan ramai pun." Sambung Ain.

"Memang tak ramai tapi yang tahu itu bukan orang lain dengan Amran. Dia..." Kata-kata Hakimah terhenti disitu bila Hakimi bercakap dengan kuat sambil menyebut nama Amran.

Hakimi dan Amran keluar dari dalam rumah dan menuju kearah mereka. Nampak seperti Amran kecewa kerana Ain hampir saja menceritakan apa yang terjadi kepada Hakimah. Dia yang asalnya cuma ingin memanggil Ain terdengar perbualan dua beradik itu. Tapi bila Hakimi nampak Amran yang sedang memasang telinga, maka dia menepuk bahu Amran dan terus menolak Amran kearah Ain dan Hakimah.

Hakimah menjarakkan sikit dirinya daripada Ain. Bila Amran dan Hakimi sudah dihadapannya, dia bangun untuk memberi Amran ruang duduk disebelah Ain. Dan dia duduk disebelah Hakimi.

Amran mengambil tempat duduk Hakimah. Hakimah dan Hakimi duduk bersila menghadap pasangan tu.

"Kak Long mana, Along?" Tanya Hakimah sambil mengintai-intai ke dalam.

"Tolong mama dekat dapur tu. Nak harap anak dara mama, alamatnya tak berasaplah dapur tu. Nak harapkan seorang lagi? Hurm... adik berkepit saja dengan suaminya." Perli Hakimi bila melihat Ain sudah melentokkan kepalanya dibahu Amran dan Amran memeluk bahu Ain.

"Along tu, jealous lah tu. Tolonglah Along nak jealous ni. Along pun boleh saja buat macam tu. Along saja tak nak. Malu konon. Tak nak menunjuk-nunjuk kononnya." Sakat Hakimah.

"Along kalau nak buat, boleh saja. Tapi tu lah. Takut kakak pula rasa menyesal tak kahwin lagi. Tapi nak buat macam mana. Kakak tu yang memilih sangat. Entah apa yang tak kena dengan Firdaus tu. Entahlah. Nak yang macam mana pun, Along tak tau." Balas Hakimi.

"Eleh, kakak langsung tak kisah." Tegas Hakimah.

Dia sememangnya langsung tak kisah andai tidak berkahwin. Dia belum jumpa sebab yang kuat untuk dia memilih mana-mana lelaki untuk dijadikan suami. Dia ada macam-macam perancangan dalam hidupnya dan dia tak nak perkahwinan akan buatkan apa yang dicita-citakan selama ini terbantut seperti rakan-rakannya. Terutama apa yang ingin dicapainya itu menuntut masanya yang tidak sikit. Tentu saja andai dia kahwin, dia kena lepaskan cita-citanya demi untuk menjaga hati suaminya.

"Along tinggal sini ke duduk rumah sendiri nanti?" Tanya Hakimah. Percubaan untuk melarikan topic perbualan.

"Duduk sini sekejap. Nanti Along berlayar, Nadia balik ke rumah orang tuanya. Lepas ni adalah pelayaran Along yang terakhir. Lepas ni, kena cari kerja lain. Kerja didarat. Along nak bina keluarga Along dengan baik." Jawab Hakimi.

"Baguslah, Along. Sampai bila pun nak belayar. Memanglah duit tu masyuk tapi duit banyak pun tak guna andai keluarga kita terumbang-ambing. Rumahtangga ni macam rumah. Kalau tak berdiri tiangnya dengan kukuh, macam mana rumah nak jadi." Nasihat Hakimah.

"Eyh, pandai pula dia nasihatkan kita. Macam dia dah kahwin." Usik Hakimi.

"Logiklah, Along. Ikut logic." Balas Hakimah.

"Yalah. Saya faham Dr. Hakimah Nurrin Mohd Radzi." Balas Hakimi.

Mereka ketawa.


Ain NadiraWhere stories live. Discover now