Sudah sehari Ain terperuk didalam rumah ini. Kesibukan Amran membuatkan dia hanya ada peluang untuk duduk dirumah dan membuat kerja-kerja dirumah. Sesekali timbul juga rasa bosan namun Amran yang selalu pulang awal membantutkan rasa bosan itu dari terus bercambah. Nasib baik semalam dia ikut Amran ke pejabat. Walaupun tiada apa yang dilakukan disana, namun, dia sempat membuat sedikit pemantauan untuk bekalan kenangan nanti.
Berpuasa di negara orang tak sama macam di negara kita sendiri. Walaupun sekarang adalah musim panas, namun, panas mereka bukan seperti panas Negara kita. Disini suhu paling panas pun 18̊ C. Kalau kita kat sana, sejuk pun dah 23-24̊ C. Kuasa Allah, walaupun sini musim panas tapi masih terasa sejuk dan waktu siangnya lebih panjang sedikit dari kita. Masa ni aku benar-benar bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Musim tak berubah, tempoh berpuasa tak berubah-ubah dan paling utama, Malaysia tanah tumpah darahku.
Lupa, aku datang sini bukan cuti pun. Aku ditugaskan untuk mewakili Puan Ruli dalam mensyuarat dengan pengurusan disini yang akan membentangkan kewangan pada esok hari dan kerana itu juga aku ikut Amran ke pejabat semalam. Untung betul bila duduk dibawah satu payung yang sama. Tengok, tak perlu aku bazirkan cutiku. Kerja sehari tapi cuti seminggu. Untung-untung.
*************************
Mesyuarat pada hari ini tidak melibatkan Amran secara langsung tapi Amran tetap perlu hadir bagi mendengar laporan kewangan yang telah disediakan. Walaupun sebenarnya Amran sudah tahu tentang laporan yang akan dibentangkan, namun, dia perlu hadir memandangkan wakil dari syarikat induk ada. Tanda menghargai kedatangan. Lagipun, nanti dia yang akan menerangkan tentang pengurusan dan sekaligus membawa pewakilan untuk membuat lawatan ditapak operasi.
Pada sessi lawatan ke ladang ternakan lembu pada tengahari itu tidak diikuti Ain. Dia sudah buat lawatan pada hari kelmarin. Dia kini sedang mengadakan sessi penyemakan akaun syarikat secara lebih terperinci. Dia juga mengambil peluang untuk mempelajari teknologi baru perakaunan yang digunakan oleh syarikat baru mereka ini. Semua yang dilakukannya mengikut arahan Puan Ruli.
Dia faham dan sedar kenapa arahan itu yang diberikan. Sebuah perniagaan yang baru ingin dibangunkan semula, kedudukan kewangan adalah sangat penting dan kawalan kewangan yang baik juga dapat membantu sesebuah organisasi untuk bangun dengan kadar lebih cepat.
Pada sebelah petang pula, Ain pulang ke rumah bersama Amran. Dia sudah menitip pesan pada rakan sejawat bahawa esok dia akan datang lagi untuk meneliti lebih lanjut akaun dan kewangan. Pewakilan yang lain akan terbang balik ke Malaysia pada malam hari ini. Dia dan Amran akan menghantar mereka ke lapangan terbang.
Sebelum dua orang wakil syarikat induk dihantar ke lapangan terbang, mereka telah meminta Amran untuk menunjukkan mereka kawasan sekitar Aukland dan membeli cenderahati. Kata mereka, mereka tidak sempat membeli cenderahati setiba mereka di sini dua hari lepas. Sibuk menikmati keindahan negara luar.
Sebenarnya dua orang wakil dari syarikat induk itu adalah rakan pejabat Ain namun disebabkan Ain tidak banyak masa bergaul dengan rakan pejabatnya membuatkan mereka tidak rapat dan kerana itu juga menjadikan mereka sedikit kekok dengan Ain.
Manakala, dengan Amran mereka agak selesa walaupun baru beberapa hari berkenalan. Walaupun mereka dibawah satu syarikat yang sama, mereka tidak pernah berjumpa kerana mereka di pejabat induk manakala Amran di pejabat cawangan. Sungguhpun Amran selalu ke pejabat induk namun mereka tidak pernah berkenalan. Mungkin pernah terserempak namun tidak berpeluang untuk kenal. Amran Syauqi, pekerja kesayangan Tuan Hashim.
Kalau sebelum ini mereka hanya mendengar cerita tentang Amran, kini mereka faham kenapa Tuan Hashim sangat berpuas hati dengan kerja Amran sehingga diberi tanggungjawab besar untuk mentadbir anak syarikat disini. Pada pengamatan mereka, Amran benar-benar komited dengan kerjanya dan sangat cekap. Oleh itu, tiada keraguan kenapa Amran yang menjadi pilihan Tuan Hashim malah mereka yakin dengan pilihan Tuan Hashim.
"Jumpa lagi, Amran. Saya yakin awak boleh Berjaya dalam menjalankan operasi disini" Ucap salah seorang dari mereka yang dikenali dengan nama Bob.
"Insya Allah" balas Amran sambil bersalaman dengan mereka berdua.
"Ain, jumpa dekat office nanti. Jangan lama-lama sangat kat sini" kata Bob pada Ain pula. Ain hanya senyum dan mengangguk.
"Kau ni, Bob. Sibuk betul. Biarlah dia nak berlama disini. Orang masih dalam mood honeymoon lagi. Kan, Ain?" giat si Adli. Seorang lagi wakil yang hadir.
"Aku tau. Kak Ruli bagi dia cuti seminggu. Cuma kau jangan nak sambung cuti, Ain. Nanti claim aku lambat pula dapat. Kesian kat anak bini aku. Nak raya ni. Lagipun kalau kau balik awal, boleh minta kau bodek bos keluarkan duit raya" Balas Bob sambil tergelak. Yang lain ikut sama gelak. Macam-macam perangai diorang ni.
"Banyak kau punya bodek. Ingat aku kaki bodek ke?" kata Ain sambil menunjukkan penumpuknya. Bob buat gaya mengelak. Gelagatnya telah menimbulkan ketawa mereka lagi.
"Bukan ya? Tahun lepas bukan kau yang cadang bagi duit raya ke? Aku dengar kau yang bagi cadangan" Bob mengusik lagi.
"Cadangan bukan bodek" balas Ain lagi.
"Sudah-sudahlah tu. Kau orang berdua ni selalu nak gaduh. Tahun lepas tu sebenarnya ada lebihan pendapatan. Encik Firdaus terima cadangan Ain sebab nak kurangkan pembayaran cukai. Katanya bagi pada pekerja sebagai ganjaran lebih manfaat selain dapat mengembirakan hati pekerja ia juga dapat membantu mengurangkan turnover sebab dah beli hati pekerja" Cerita Adli panjang lebar. Yang lain mengangguk tanda setuju. Mungkin juga faham.
Panggilan akhir untuk penumpang pesawat MAS ke Kuala Lumpur sudah diumumkan. Sekali lagi mereka bersalaman dan berpamitan. Setelah kedua pewakilan syarikat induk masuk ke balai pelepasan, Amran dan Ain beredar pulang ke rumah.
Sesampai dirumah, Ain tidak terus tidur. Dia meminjam computer bimbit Amran untuk menyiapkan laporan yang diminta oleh Puan Ruli. Dia ingin menyiapkan sedikit demi sedikit agar bila balik ke Malaysia, kerjanya tidak bertambah.
"Jangan berjaga lama sangat. Bila dah mengantuk, terus masuk tidur" Pesan Amran dan kemudian menghadiahkan kucupan diumbun Ain. Ain angguk dan senyum pada Amran.
=Z/T

ANDA SEDANG MEMBACA
Ain Nadira
LosoweKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...