AN 50

795 50 15
                                    

"Kenapa sampai bercerai bagai ni? Am? Azlia?" Tanya Encik Amir.

Dia memanggil Amran, Ain dan Azlia ke rumahnya. Mahu berbincang. Dia tak mahu cucunya yang dikandung oleh Azlia hidup tanpa bapa. Dia nak hidup cucunya sempurna. Ada ibu dan bapa yang menyayanginya. Bukan begini.

"Daddy yang paksa Am kahwin dengan Lia. Bukan kehendak Am. Am dah ada Ain. Nak buat apa tambah isteri lagi?" Jawab Amran.

"Kalau dah tau dah ada isteri, kenapa buat perangai. Sampai kena tangkap basah? Kenapa tak setia?" Balas Encik Amir.

"Berapa kali Am kata. Am tak bersalah. Ada orang call Am. Dia kata, Ain pengsan dekat rumah Azlia." Tegas Amran.

"Am ingat daddy ni budak kecil ke nak ditipu? Kalau Ain pengsan dekat rumah Azlia, kenapa bukan Azlia yang call kamu? Sudahlah kamu buat Azlia sampai mengandung." Balas Encik Amir.

"Daddy tak pernah percaya kan Am." Kata Amran. Mendatar.

"Buktikan yang Am tak bersalah!" Tinggi suara Encik Amir.

"Kalau Am buktikan, daddy boleh terima ke? Tak... Daddy tak akan terima." Balas Amran.

"Kalau bukti depan mata, takkan daddy tak terima." Balas Encik Amir.

"Daddy lebih percayakan adik daddy dari anak sendiri." Kata Amran.

"Kamu cakap apa ni? Cuba terangkan hal yang sebenar pada daddy. Biar daddy faham. Biar daddy sendiri pertimbangkan." Pinta Encik Amir.

"Makcik yang rancang semua ni. Dia yang call pejabat agama. Along Hakimi ada bukti dia yang call. Tapi along tak boleh dedahkan sebab ianya melanggar etika dan undang-undang perlindungan pemberi maklumat." Cerita Amran.

"Kenapa dia nak buat semua tu? Tak ada sebab dia nak buat semua tu." Balas Encik Amir.

Amran memandang Ain.

Ain geleng.

"Kamu jangan nak buat cerita Am. Jangan sedap rasa nak tuduh makcik kamu sebab nak selamatkan diri kamu." Kata Encik Amir.

"Dah agak dah. Daddy takkan percaya. Daddy tak pernah nak percaya." Mendatar suara Amran. Merajuk pun ada.

"Kalau pun tak boleh tunjuk bukti tu. Tapi biar kena dengan sebab. Ini tak ada sebab yang munasabah. Tiba-tiba kamu nak tuduh makcik kamu." Balas Encik Amir.

Ain mengusap belakang Amran. Memintanya bersabar. Tangan Amran digenggam. Memberi sedikit kekuatan untuk Amran terus bertahan.

'Thank you.' Ucap Amran tanpa suara.

Azlia hanya memandang tingkah Ain dan Amran. Dia hanya tayang muka tanpa perasaan. Tetapi jujur dalam hatinya, dia suka kebahagiaan itu. Berharap agar suatu ketika nanti, dia juga akan merasai kebahagiaan itu.

"Daddy sebenarnya..." Azlia ingin memberitahu kisah sebenarnya tetapi dipotong dengan satu suara yang menangis dari luar pagar rumah.

"Abanggggg..." Mariah berlari masuk ke dalam rumah abangnya itu dan terus memeluk Encik Amir.

"Kenapa kau ni?" Tanya Encik Amir. Mengusap belakang adiknya itu.

Mariah terusan menangis.

"Razali ceraikan Yah." Kata Mariah dan menyambung tangisannya.

"Kenapa pula?" Tanya Encik Amir. Pelik.

Dia tak nampak sebab Razali ingin menceraikan Mariah. Razali sangat patuh pada adiknya itu. Sangat menyayangi dan bergantung kepada Mariah. Jadi, tak ada sebab Razali nak ceraikan Mariah.

"Ni kenapa semua dekat sini ni?" Tanya Mariah bila saja tangisannya reda. Dia melepaskan pelukan dan memandang seorang-seorang manusia didalam rumah itu.

"Si Am ni. Ceraikan Lia. Dah lah mengandungkan Lia. Lepas tu, nak lepaskan tanggungjawab. Sekarang ni, kau pula kena cerai. Korang ni ingat cerai ni hal main-main ke?" Balas Encik Amir. Tanpa menceritakan tuduhan Amran itu. Dia tak mahu menambah kesedihan Mariah.

"Daddy sebenarnya,..." Azlia cuba menceritakan tentang apa yang terjadi tetapi dipotong oleh Mariah.

"Tu bukan anak Am tapi anak Razali."

"Ha? Apa kau cakap ni?" Terkejut bukan kepalang Encik Amir.

Puan Rozila yang dari tadi hanya memerhati, turut terkejut. Malahan semua yang ada disitu turut terkejut.

"Saya tahu tentang ni. Lia goda Razali sampai Razali abaikan kerja. Abaikan saya. Abang tahu kan, saya dan Razaki tak ada anak. Jadi, dia gunakan keinginan Razali tu, untuk goda Razali dan mengandung." Cerita Mariah.

Mengucap panjang Encik Amir. Rasa tak percaya. Rasa menyesal. Rasa terkilan. Kenapa dia tak siasat hal sebenar dan menuduh anaknya bukan-bukan.

Dia memandang Ain. Rasa syukur kerana menantunya itu tidak melenting dan tidak merobohkan ikatan perkahwinan mereka. Jika tidak, pasti dia akan tambah rasa bersalah kerana memaksa Amran untuk bertanggungjawab akan sesuatu yang tidak dilakukannya.

"Saya minta maaf. Saya yang rancang Amran dan Azlia kena tangkap basah. Saya nak selamatkan rumahtangga saya. Saya ugut Lia untuk mengaku anak yang dia kandung tu, anak Amran. Kalau tidak, saya akan bagitau satu dunia yang dia ada affair dengan suami orang dan sanggup jual diri. Gambar yang saya tunjuk dekat abang tu, sebenarnya saya edit. Tu gambar Azlia dengan Razali." Sambung Mariah.

"Tapi..." Azlia cuba membela diri tetapi dipotong oleh Puan Rozila.

"Mummy tak sangka Lia macam tu. Nasib baik Am tolak bila mak long nak jodohkan Lia dengan Am. Kalau tak, malu keluarga kami ada menantu macam ni." Luah Puan Rozila yang kecewa dengan peribadi Azlia yang kotor. Rasa simpati pada adik iparnya itu.

"Bukan macam tu, mummy." Azlia cuba untuk membela dirinya.

"Sekarang, Razali dah ceraikan saya. Semua sebab betina ni. Am dah ceraikan dia, dia suruh Razali ceraikan saya. Supaya dia boleh kahwin dengan Razali." Kata Mariah.

"Sampai hati kamu, Lia." Kata Puan Rozila.

"Tapi..."

Azlia memandang Ain dan Amran. Dia mahu meminta pertolongan dua orang manusia ini. Dia tahu, Ain dan Amran lebih tahu hal sebenar. Tapi, mereka berdua hanya berpandangan sesama mereka. Tanpa ada tanda akan menolongnya.

"Assalamualaikum." Afham memberi salam dan masuk ke dalam rumah.

"Abang..." Azlia terus bangun dan menghampiri Afham.

"Kenapa?" Tanya Afham.

"Anak ni, anak Afham." Kata Azlia. Memandang tepat ke wajah Afham.

Semua mata memandang mereka berdua.

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang