Epilog

1.4K 52 12
                                    

"Umi! Abi!"

Seorang kanak-kanak kecil berlari mendapatkan Amran dan Ain. Terus saja kaki Amran dan Ain dipeluk. Amran menunduk dan mendukung Arisha. Pipi tembam itu diciumnya. Ain pula, mencubit geram kaki tembam itu.

"Ha... Korang berdua. Sampai pun." Riuh suara mak cu menyambut kedatangan Amran dan Ain.

"Asyik pegang anak orang saja. Anak korang bila lagi?" Tanya Makcu.

Amran dan Ain hanya ketawa. Makcu juga. Sedikit pun tak memberi kesan pada mereka. Masing-masing sedar. Ianya hanyalah permulaan perbualan.

"Insya Allah, makcu. Doakan saja." Kata Amran.

"Makcu hari-hari doa untuk korang berdua. Tak habis lagi rasa bersalah sebab apa yang Kak Yah buat dulu." Kata Makcu.

"Tak apalah, makcu. Bukan rezeki kami. Insya Allah. Bila Allah nak bagi tu. Anytime." Balas Ain. Memujuk.

"Umi. Abi. Risha boleh ikut umi dengan abi balik, tak?" Tanya Arisha.

"Boleh... Tapi kena tanya mama dengan babah dulu." Balas Ain.

"Mama dengan babah dah tak sayang Risha. Asyik dengan Ridha saja. Nanti adik dalam perut tu lahir, lagilah mama dengan babah dah tak sayang Risha." Adu Arisha.

"Tak baik kata macam tu. Ridha kan masih kecil. Baru setahun. Risha dah 3 tahun. Mestilah mama lebihkan Ridha. Tapi, mama dengan babah sayang semuanya sama saja." Pujuk Ain.

"Ye ke, umi?" Tanya Arisha.

Ain angguk.

"Mestilah. Kalau abi ada anak pun, abi tetap sayang Risha." Kata Amran pula.

Arisha kemudian meronta mahu turun. Dia berlari mendapatkan neneknya pula. Mengadu hal yang sama. Bertanya soalan yang sama.

Amran dan Ain hanya memandang.

Rasa syukur kerana Afham dan Azlia bakal dikurniakan anak yang ketiga. Walaupun mereka masih tiada anak, tapi, mereka terima. Sedikit pun tiada perasaan iri atau dengki. Mereka gembira melihat orang-orang yang mereka sayang gembira.

"Suatu hari nanti." Kata Amran.

Ain memeluk tangan Amran. Dilentokkan kepalanya ke bahu Amran.

"Agaknya Ain belum puas nak bermanja dengan Am kot. Jadi, Allah bagi masa secukupnya untuk Ain dapatkan perhatian dari Am. " Kata Ain.

"Am lagi. Bila nak biasakan panggil Bi?" Tanya Amran. Mengusik tapi dalam masa yang sama, ada sedikit rasa benggang.

"Hari tu suruh panggil Bi sbb anak. Ni, biarlah panggil Am. Ain suka panggil Am. Rasa close sangat. Macam best friend tapi suami." Balas Ain.

Amran hanya geleng dan mencium dahi Ain. Dia tak kisah. Asalkan Ain tahu siapa dia dan menghormati dirinya. Itu sudah memadai.

"Ain. Tuan Hashim offer kita ke New Zealand." Kata Amran.

"Kerja sana?" Tanya Ain.

Amran geleng.

"Honeymoon."

"Seriously?"

Amran angguk.

"Tak nak."

"Kenapa?"

"Kalau honeymoon, biarlah duit kita sendiri. Baru rasa bestnya. Manisnya." Kata Ain.

"Duit bukan isu. Ain nak ke tak nak?" Tanya Amran.

"Tak nak New Zealand."

"Dah tu?"

"Ain nak pergi Switzerland. Then, kita pergi ke Mekah. Buat umrah. Baru balik. Kena minta cuti sebulan lah kot." Kata Ain.

"Insya Allah. Boleh. Tuan Hashim pun memang nak bagi kita cuti lama kat sana. Tapi, dia cakap untuk 10 days. Tapi rasanya tak jadi masalah kalau kita nak minta extend." Balas Amran.

"Ain kan. Pelik sesuatu ni. Kenapa Am dengan Tuan Hashim dan Tuan Firdaus rapat ya?" Tanya Ain.

"Sebab Tuan Hashim anggap kita ni anak dia. Tuan Hashim kata, Am sama macam dia suatu ketika dulu. Dia tahu, Am ada company sendiri. Dan dia tak kisah. Dia kata, macam mana sayang pun company pada seorang pekerja. Suatu hari nanti, pasti akan terpaksa melepaskan. So, dia tak kisah. Asalkan kerja Am tak ganggu." Kata Amran.

"Macam mana Am boleh terjebak dengan dunia furniture? Interior ni?" Tanya Ain.

"Sebab Am memang suka interior. Tapi Am tak ada ilmu. Tak ada basic. Tapi Am ada kawan yang memang belajar interior design. So, Am collab dengan dia. Tapi, dia tarik diri. Tu yang Am serahkan pengurusan company ke makcik dan pakcik. Alhamdulillah. Pakcik pandai manage. Sampai sekarang, dia yang manage. Sama-sama dengan Azlia." Kata Amran.

"Am ada kena mengena ke dengan penceraian pakcik dengan makcik?" Tanya Ain. Dia dah lama syak.

Amran hanya senyum.

Dia akui. Dia memang ada ugut Razali untuk menceraikan Mariah sekiranya dia masih berminat untuk menguruskan syarikatnya. Tetapi, dia tidaklah maksudkan. Dan dari cerita Razali, dia memang sudah lama bertahan dengan Mariah. Dan dia bertahan sebab Amran anak suadara Mariah. Dan dia tak mahu kehilangan syarikat itu. Dia sayangkan syarikat itu.

Jadinya, bukan kerana ugutan Amran penceraian Razali dan Mariah. Sikap Mariah sendiri yang mengundang.

"Am masih marahkan makcik?" Tanya Ain.

"Sampai bila-bila. Am maafkan tapi untuk melupakan, jangan harap. Am masih ingat perasaan gembira kita sekeluarga. Tapi, makcik ragut sebab dendam yang dia sendiri cipta. Am memang tak akan lupakan hari tu." Kata Amran.

Ain diam. Dia usap lengan Amran. Setiap kali dia bertanya tentang itu, wajah Amran pasti memerah. Ain hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, Amran betul-betul dapat memaafkan Mariah.

Sebelum Mariah dibicarakan, dia ada minta Hakimi untuk menarik balik segala tuduhan. Dia tak mahu ada yang bermasam muka terutama antara Amran sekeluarga.

Hakimi pula bertindak bersemuka dengan semua adik-beradik Mariah dan bertanya pendapat mereka. Dan mereka sebulat suara setuju Mariah dibicarakan dan tak akan masuk campur dalam perihal ini.

Maka, Ain hanya ikutkan saja. Malahan, Amran sendiri yang membuat dakwaan tentang cubaan untuk mencederakan Ain. Dan untuk itu saja, Mariah dikenakan hukuman penjara 10 tahun. Termasuk dengan pertuduhan lain.

Kini setelah 2 tahun dipenjarakan, Mariah mula nampak berubah. Malahan, Ain turut dipanggil untuk berjumpa Mariah atas permintaan makcik Amran itu sendiri. Dia memohon maaf dan menginsafi perbuatannya.

Tanpa Mariah minta maaf pun, Ain tetap sudah memaafkan. Dia anggap bukan rezekinya untuk menimang cahaya mata. Kalau bukan Mariah pun, kalau bukan rezekinya, pasti akan ada cara lain dia akan keguguran. Jadi, dia maafkan saja.

Razali juga sekarang sudah bahagia dengan pilihan hatinya. Dia juga sudah Ain maafkan sepenuh hati. Tiada lagi rasa takut. Malahan, anak Razali sudah menjadi anak susuan Ain. Sama juga dengan anak Azlia dan Afham. Semuanya atas permintaan ibu mertuanya. Amran pula mengizinkan. Jadi, dia hanya menurut dengan penuh rasa syukur.

"Kita tak ada anak tapi kita ada anak susuan. Insya Allah. Itu dah cukup untuk bekalan kita nanti. Kan, Am?" Kata Ain.

Amran angguk.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now