AN 45

595 43 4
                                    

Amran dan Ain sedang menonton televisyen diruang tamu. Datang Azlia dan duduk disebelah Amran. Mereka hanya biarkan saja. Seperti Azlia tidak wujud. Mereka bersembang tentang filem yang sedang mereka tonton tanpa pedulikan Azlia.

Tiba-tiba, Azlia menyandarkan tubuhnya ke tubuh Amran. Sama seperti Ain. Terus saja Amran bangun dan duduk menolak Ain untuk duduk ditempatnya tadi. Manakala dia duduk disebelah Ain.

"Kenapa buat Lia macam ni?" Tanya Azlia bersama juraian air mata.

Sedih hatinya. Dia juga mahu dimanjakan oleh suami. Sudahlah Amran langsung tidak mengambil tahu keadaannya. Tidak juga pernah bercakap mesra dengannya. Setiap hari pula, dia terpaksa memandang Amran dan Ain bermesra.

"Eh, Lia. Kenapa nangis?" Tanya Ain.

Azlia memandang Ain yang berada disebalah Amran. Amran masih lagi ditengah. Sedarlah dia, tadi hanya berangan.

Azlia geleng dan terus masuk ke dalam biliknya. Hajat hati memang mahu menumpang kasih tapi apakan daya. Baru mimpi sudah disakiti.

Kring!

Azlia memandang telefonnya yang sedang berbunyi. Dibiarkan. Dia malas mahu menjawab. Perasaan sedihnya masih terasa.

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Dengan malas, Azlia melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Afham.

"Assalamualaikum. Azlia sihat?" Tanya Afham bila saja panggilan bersambung. 

"Alhamdulillah. Lia sihat. Abang sihat?" Tanya Azlia kembali.

"Alhamdulillah. Azlia buat apa ni?" Tanya Afham.

"Tak ada buat apa."

"Muntah lagi?"

"Kadang-kadang."

"Alhamdulillah. Bagus lah."

Diam antara mereka. Masing-masing rasa kekok untuk berbicara. Masih tiada topik untuk diperkatakan.

"Azlia ada apa-apa yang teringin ke?" Tanya Afhan.

"Tak ada." Jawab Azlia. Suaranya kendur.

"Kenapa ni?" Tanya Afham. Lembut.

"Tak ada apa." Balas Azlia. Air matanya sudah mengalir.

"Azlia. Cuba cerita dengan abang. Kenapa ni?" Pujuk Afham.

Lama Azlia diam. Mempertimbangkan kewajaran untuk bercerita. Tetapi, dia mahu ada teman untuk bercerita. Dahulu, Ain adalah temannya. Sekarang?

Bukan Ain tak mahu mendengar tetapi dia yang tak mahu meluahkan. Ain adalah punca masalahnya. Sekiranya tidak kerana Ain, pasti hidupnya tak sebegini sedih.

"Azlia." Mendatar suara Afham. Memujuk Azlia supaya bercerita.

"Lia nak sedikit je perhatian dari suami Lia. Bukan banyak pun. Seharian dah berdua dengan Ain dekat tempat kerja. Tak boleh ke bila malam luangkan masa dengan Lia pula." Kata Azlia. Akhirnya.

"Azlia, Ain dengan Am bukan kerja office yang sama. Company yang sama. Office yang berbeza." Balas Afham.

"Lia tahu. Tapi dorang selalu jumpa. Am tu, kalau untuk Ain, semuanya boleh. Lia ni, dia pandang pun tak nak. Jahat sangat ke Lia ni? Lia pun mangsa keadaan. Bukan Lia nak pun semua ni jadi." Kata Azlia.

Afham hanya diam. Dia mahu Azlia lepaskan segala yang terbuku dihatinya.

"Ain tu pun satu. Sejak tahu Lia mengandung, langsung tak renggang dari Am. Dia buat macam Lia ni tak wujud saja. Apa? Lia ni menggugat kedudukan dia ke? Lia bukan nak rampas Am dari dia. Lia cuma nak sikit saja perhatian Am." Sambung Azlia.

Air matanya makin lama makin laju. Dia diam. Hanya menangis. Mengenang nasib dirinya dari dulu hingga kini. Langsung tak pernah rasa bahagia.

Orang yang dia sayang, tak pernah benar-benar sayangkan dirinya. Tak macam Ain. Amran cinta pertama Ain. Walaupun tidak pernah bercinta sebelum nikah, Ain dapat Amran sebagai suami. Dan Amran pula sangat mencintai Ain. Dijaganya Ain bagai menatang minyak yang penuh.

Sedangkan dia?

Lelaki mendekatinya bukan kerana cinta atau sayang. Jika bukan sebagai tempat untuk menghilangkan bosan, dia dijadikan tempat untuk melepaskan nafsu. Dan dia? Terlalu bodoh untuk menilai. Sampai serahkan tubuhnya sebelum akad. Hanya kerana janji si dia mahu membahagiakan dirinya.

Tapi apa yang dia dapat? Lelaki itu pergi meninggalkannya. Berkahwin dengan perempuan lain.

"Azlia, bahagian ujian manusia tu kan lain-lain. Jangan samakan hidup Azlia dengan orang lain. Mungkin ujian yang sama tapi penerima seseorang itu berbeza. Azlia rasa dia bahagia. Tapi, Azlia tahu apa dalam hati dia? Bila lihat Azlia nikah dengan suami dia. Azlia mengandung pula sekarang." Pujuk Afham.

"Tapi dia ada Am. Am sangat sayangkan dia. Abang pun sama. Mommy dan daddy pun sama. Semua sayang Ain. Lia ni macam tak wujud saja. Abang pun, kalau tak sebab Lia mengandung, tak adanya abang nak tanya khabar Lia." Balas Azlia. Memotong kata Afham. Suaranya sedikit tinggi mulanya. Dan kendur dan tangisannya makin kuat.

Sengaja. Dia mahu Amran dan Ain dengar. Walaupun dia sendiri tak yakin mereka boleh dengar. Biliknya dan ruang tamu agak jauh ke belakang. Lagipun, mereka berdua sedang menonton filem perang. Bunyinya tadi agak kuat. Jadi, agak mustahil untuk mereka dengar.

"Azlia, dengar cakap abang. Kami semua sayang Azlia. Cuma, Azlia kena tahu. Kami juga kena jaga hati Ain. Kami paksa dia untuk dimadukan. Kami berterima kasih sebab dia pujuk Am untuk nikahi Azlia. Untuk menutup aib." Kata Afham.

"Kenapa bukan abang yang nikahi Lia?" Tanya Azlia.

"Azlia sendiri tahu kenapa." Kata Afham.

Azlia diam. Dia matikan talian. Dicampaknya sedikit dan dia baring. Mengalir lagi air matanya.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now