Sudah sebulan Azlia duduk dengan Ain dan Amran. Bermakna, sudah sebulan juga usia pernikahan Amran dan Azlia. Tapi tidak sekalipun Amran benarkan Azlia menguruskan makan dan pakainya. Semuanya harus diuruskan oleh Ain. Walaupun, Azlia tidak bekerja.
Kalau ikutkan Amran, dia tidak setuju Azlia duduk dengan mereka. Tapi Ain berkeras. Bukan kerana sayangkan sahabatnya itu tetapi kerana tak mahu Amran mengabaikan tanggungjawabnya.
Ain tahu, Amran tak akan ke rumah Azlia walau sehari pun. Jadi, dia perlu bawa Azlia ke sini. Seperti yang disarankan oleh Islam, seminggu, Ain suruh Amran tidur dibilik Azlia. Itu pun, jenuh dipujuk dan dirayu. Barulah Amran ikutkan. Itu pun, bila buka mata pagi itu, Amran sudah disebelahnya.
"Ain nak Lia tolong apa-apa tak?" Tanya Azlia.
Ain senyum dan geleng.
Cukup sekali Amran mengamuk kerana dia meminta Azlia tolong menyiapkan sarapan. Waktu itu, dia ada kerja yang perlu disiapkan. Bukan saja Amran mengamuk, Amran turut tidak makan pagi itu. Malahan, tidak bercakap dengan Ain walau sepatah perkataan.
"Ain. Dah siap?" Tanya Amran.
"Dah. Tapi betul ke Am ok ni. Kalau tak, Ain pergi dengan Lia je. Tak pun, Ain ambil grab." Tanya Ain sekali lagi.
"Am ada meeting pukul 10 dekat office Ain. Sempat je kalau kita keluar sekarang. Cuma harap tak ramai orang lah kat service center tu." Kata Amran.
Ain angguk.
Amran duduk dikerusi meja makan. Dia sedar kehadiran Azlia tapi seperti biasa, dia hanya buat tak tahu. Kalau lah Azlia tak menipu dan tidak bersekongkol dengan Mariah dan Razali, pasti dia tidak akan layan Azlia begini.
Tapi,
Uwek
Azlia segera berlari ke sinki. Memuntahkan isi perutnya. Amran hanya memandang. Ain yang ada disitu mengusap belakang Azlia.
"Lia okey tak ni?" Tanya Ain. Risau.
Azlia geleng. Perutnya rasa kosong. Tekaknya rasa mahu mual. Rasa mahu muntah lagi.
"Jom pergi klinik lah." Kata Ain.
"Tak pe. Nanti Lia pergi sendiri." Tolak Azlia.
"Macam mana nak pergi macam ni..."
Dan sekali lagi Azlia muntah.
Amran yang sedang makan terus menghentikan suapannya. Rasa loya tekaknya. Tak mampu mahu memaksa lagi. Dia bangun.
"Am. Am tolong hantarkan kereta Ain. Ain bawa Lia pergi klinik. Lepas tu, baru Ain masuk office. Nanti Ain bawa kereta Am ke office." Pinta Ain.
Amran cuma angguk dan terus keluar. Seleranya mati. Jadi, tiada sebab untuk dia berlama lagi. Lagipun, dia sendiri perlu mengejar masa agar tidak lewat.
Azlia hanya memandang Amran yang pergi. Rasa kecil hati. Dia pandang Ain yang risaukan keadaannya.
'Kalau Ain yang sakit, mesti Am akan risau. Am yang akan bawa Ain pergi klinik. Yang akan manjakan Ain.' Bisik hati Azlia.
"Jom siap." Kata Ain.
Ain memimpin Azlia ke bilik. Dia kemudian ke ruang tamu. Menelefon pejabat memberitahu bahawa dia akan lewat.
"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam.
Ain bangun dan mengintai dari celah langsir. Dia senyum.
"Waalaikumussalam. Abang Afham. Masuklah." Jemput Ain sambil menekan butang membuka pagar rumahnya.
"Sihat Ain? Mummy suruh hantar ni. Am mana?" Tanya Afham sambil menghulur sebekas makanan kepada Ain.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ain Nadira
LosoweKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...