BAB 6

2.5K 89 7
                                    

Ain sedang menyelak helaian Majalah Ujang sewaktu Amran pulang dari kerja. Entah kenapa Majalah Ujang lebih menarik hatinya berbanding novel-novel yang berada dipasaran. Mungkin akibat tekanan kerja ditambah lagi dengan tekanan perasaan membuatkan seleranya berubah walaupun sebenarnya masih ada novel-novel yang ingin dimilikinya tetapi masih belum dibeli.

"Lambatnya Am balik" Ain mengeluarkan penyataan pertama. Itu pun setelah dikerling jam dinding yang sudah pukul 11 malam.

"Am ada kerja tadi" Jawab Amran selamba sambil membuka butang baju kemejanya.

"Selalu pun Am pergi kerja sebab ada kerjalah kan? Takkan pergi kerja saja-saja" Balas Ain. Sarkastik.

"Ni cuba buat lawak ke saja nak cari gaduh?" Tanya Amran. Ain angkat bahu sambil menjuihkan bibirnya.

"Dahlah. Am nak mandi. Nanti nak gaduh, tunggu lepas Am dah siap solat. Okey?" penyataan Amran tidak diendahkan Ain. Dia terus menyelak helaian Majalah Ujang tanpa menghiraukan Amran.

"Ain dah solat?" Tanya Amran disaat dia sudah bersedia untuk menunaikan rukun Islam kedua itu. Ain hanya mengangguk dan langsung tak menghiraukan Amran.

Selesai urusannya dengan Allah, Amran bangun dan menyidai kembali sejadah yang digunakan. Songkok dikepala ditanggal dan diletakkan pada tempat asalnya. Dia kemudian duduk disebelah Ain.

"Ain ada rungutan tuk Am ke?" Tanya Amran berhemah. Ain hanya menggelengkan kepalanya.

"Ain, orang tak baca Ujang dengan muka tension. Orang baca Ujang untuk melepaskan tekanan di dada dengan lawak-lawak yang diberikan. Cuba Ain tengok. Ain dari tadi baca Ujang tapi masih tak gelak. Senyum pun tak. Mesti ada sebabkan?" Tanya Amran lagi. Ain masih macam tadi. Menggelengkan kepalanya.

"Betul ni tak ada apa-apa?" tanya Amran ingin kepastian. Ain hanya mengangguk. Amran bertanyakan soalan yang sama sebanyak tiga kali. Untuk kali terakhirnya Amran bertanya dan Ain masih hanya mengangguk.

"Okey lah kalau tak ada apa-apa. Am nak tidur. Nanti Ain jangan lupa matikan lampu" Kata Amran dan terus baring sebelah Ain. Ain tercengang. Dia kemudian bangun dari baringnya dan terus melangkah menutup lampu bilik. Dibiarkann lampu bilik mandi terpasang. Majalah Ujang pula diletakkan di meja sisi.

Dalam baring Amran, sebenarnya dia menahan gelak. Dia nampak muka tercenggang Ain. Sengaja dia buat begitu. Dia bukan tak tahu yang Ain ada sesuatu terbuku dihati. Kalau tidak masakan Ain hanya duduk static menyelak Ujang tanpa hati membacanya.

'Tu lah padahnya bila orang tanya elok-elok tapi dia buat muka sarkastik dia' hati Amran terus berlagu tawa mengenangkan wajah Ain sebentar tadi.

Namun, hati Amran tetap tidak betah selagi tak tahu apa yang membuatkan isterinya begitu. Matanya sepeti tidak mahu pejam walhal matanya amat mengantuk ketika sampai rumah tadi. Bila saja Ain membaringkan dirinya. Amran buka mulut.

"Tadi Am kena pergi entertain cliet dekat Hotel Quality. Dia ajak bincang tentang projek dia yang terbaru. Dia yang minta untuk berbincang disitu sebab dia memang dah niat andai projeknya yang sebelum ini berjaya, dia akan belanja Am" Terang Amran. Dia fikir mungkin Ain ternampak dia disana atau mungkin Ain marah sebab kelewatannya pulang ke rumah.

"Erm..." Jawab Ain lembut. Amran tak tahu mahu kata apa selanjutnya. Penerimaan Ain sangat beku.

"Tu saja lah. Selamat malam" terus Amran mengucapkan selamat malam.

"Kenapa Am tak call bagitau Am akan balik lewat? Kenapa Mummy yang tahu tapi tidak Ain. Ain tunggu Am makan. Nasib baik Mummy tahu. Mummy ajak makan. Katanya Am balik lambat. Ada kerja. Am rasa Ain tak layak untuk tahu atau Am rasa Ain tak perlu tahu?" Dengan tak semena, Ain meluahkan kata hatinya. Hatinya pilu bila Amran seolah-olah mengenepikannya.

Terpena Amran seketika. Dia tidak pernah menyangka bahawa Ain akan terasa hati dengan perkara itu. Sesungguhnya bukan niatnya untuk membelakangkan isterinya tapi selalu Ain tidak pernah kisah akan kerjanya. Dia anggap Ain faham akan tugasnya. Ternyata anggapannya salah. Amran mengiring menghadap Ain.

"Ain, pandang Am" Pinta Amran. Ain mengikut permintaan Amran. Dia memandang tepat ke mata Amran. Tidak semena hatinya menangis dan disalurkan melalui matanya. Amran mengesat air mata itu. Dia dekat dengan Ain. Dipeluknya Ain.

"Am minta maaf. Am tak sangka yang Ain akan terasa begitu. Tadi kebetulan Mummy call Am minta tolong belikan barang untuk dimasak sarapan esok. Bukan Am call Mummy bagitahu Mummy Am balik lambat. Am assume Ain faham kerja Am sebab tu Am tak bagitahu Ain. Am minta maaf ya sayang" Pujuk Amran. Umbun Ain dikucup lembut.

"Ain faham kerja Am. Cuma boleh tak lain kali Am bagitahu Ain kalau Am lewat balik rumah. Ain tak suka rasa malu dengan Mummy sebab tak tahu kemana Am pwergi. Seolah-olah Ain adalah isteri yang tidak baik. Dan yang paling Ain tak suka bila Ain mula menaruh syak pada Am" Jelas Ain tanpa selindung apa yang dirasakannya sejak tadi.

"Insya Allah, Am akan jaga kepercayaan Ain pada Am" Janji Amran. Ain kemudian menolak tubuh Amran terus mengiring membelakangi Amran untuk tidur. Amran hanya tersenyum.

"Ain ni suka buat Am tambah sayang kat Ain" Kata Amran. Dia masih ingin berbual dengan Ain walaupun sudah lewat malam.

"Eyh? Bila pula?" Tanya Ain. Dia yang baru hendak lena terus sedar bila terdengar suara Amran.

"Tadi"

"Bila?"

"Tadi"

"Macam mana pula?" Tanya Ain mengalih soalan.

"Ain marah tapi Ain diam. Bila tanya terus nangis. Comel sangat" Jelas Amran.

"Tu saja?" Tanya Ain lagi. Amran mengangguk.

"Yup" Jawab Amran setelah sedar yang Ain tak mungkin nampak anggukannya.

"Senangnya nak buat Am jatuh cinta kat Ain. Ain boleh buat lebih baik lagi tuk buat Am jatuh cinta kat Ain" Jawab Ain.

"Ops" Ain tersedar dia sudah terlanjur kata. Habislah aku...

"Ha... baguslah tu. Am nak tengok macam mana performance Ain untuk buat Am jatuh cinta pada Ain" Cabar Amran. Ain terus menarik selimut dan menutup kepalanya. Amran tersenyum melihat gelagat isterinya.

'Ain dah lama buat saya jatuh cinta'

Ain NadiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang