BAB 20

2.1K 73 2
                                    

                  

Panggilan Amran pagi tadi tidak mengundang bahagia dihati Ain. Tidak seperti selalu. Panggilan Amran adalah semangat baru untuknya. Permulaan hari yang nyaman buatnya. Namun kini, walau sudah berada didalam bilik pejabatnya, kata-kata Amran masih terngia di telinganya.

'Am tak dapat balik raya ni. Tempahan makin banyak dan usul yang Ain cadangkan tu dah diluluskan, maka Am kena monitor operation flow then kena siapkan complete progression report tentang apa yang Ain cadangkan tu'

Mendengarkan Amran tidak dapat balik raya yang tinggal hanya seminggu ini sudah cukup membuatkannya hilang semangat. Segala persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri sudah dibuatnya. Baju Amran juga sudah ditempah. Sedondon dengan bajunya. Bila Amran tak balik?

'Ye. Kita ke sana' Putus Ain.

Dia kemudian dengan pantas membuka laman web Malaysia Airline (MAS) untuk menempah tiket ke New Zealand dua hari sebelum hari raya. Sesekali berhari raya di luar negara. Apa salahnya. Orang Cina pun buat macam tu juga. Kita je orang Melayu sibuk nak balik kampung. Orang-orang bandar macam aku dengan Amran ni kenalah beraya dibandar. Maka tak salahkan kalau aku dengan Amran beraya diluar negara.

Keserabutan dan kesedihan berita yang dikhabarkan oleh Amran itu membuatkan Ain lupa akan kedua ibu bapanya dan mertuanya. Langsung tidak teringat untuk mengajak mereka beraya disana. Apatah lagi ingin memberitahu Amran akan niatnya.

Selesai urusan tiket, dia kemudian menghantar email kepada Human Resource department dan pengurusnya akan permohonan cuti hari rayanya. Padanya disaat ini suaminya lagi penting. Andai cutinya tidak diluluskan, dia tetap akan pergi juga. Dia tidak kisah andai tindakan disiplin akan dikenakan keatasnya.

'Selesai' lantas dia tersenyum gembira kemudiannya kerja-kerjanya dapat dimulakan dengan hati yang tenang.

*******************

Ain sudah menduga cutinya tidak akan diluluskan oleh pihak pengurusan. Namun tekadnya tidak mungkin dicemari dengan perkara itu. Andai syarikat mengambil tindakan memberhentikannya kerja pun dia sudah tidak peduli. Lagi pula, dia sudah beli tiket. Bukan dia tak buat rayuan, tapi pihak pengurusan yang tidak mahu bertimbang rasa. Pada Ain, berada bersama suaminya pada hari raya lebih penting dari segalanya.

Ain ada terfikir untuk membeli kelengkapan untuk masak pada hari raya nanti, tapi dikhuatiri pihak kastam disana tidak membenarkan barang-barang tersebut dibawa masuk. Maka hasratnya itu dibatalkan. Tak susah agaknya untuk dapatkan bahan mentah disana. Dia pun tak tahu. Sewaktu seminggu disana, semua kelengkapan dibeli oleh Amran. Dia hanya perlu pesan.

Kapal terbangnya adalah pada jam 8.45 pagi. Ain sudah minta Hakimi untuk menghantarnya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas solat Subuh. Ibu bapa mertuanya juga sudah dimaklumkan kerana mereka juga akan turut serta menghantarnya ke KLIA. Mereka tiba di lapangan terbang pada pukul 7.35 pagi. Pengumuman untuk daftar masuk pesawat ke Auckland telah dibuat. Ain segera ke kaunter untuk daftar masuk dan sekali dengan bagasinya.

Sewaktu panggilan masuk untuk penumpang ke Auckland diumumkan, Ain bersalaman ibu bapanya, Hakimi dan kedua mertuanya. Saat itu perasaan sedih menyelubungi dirinya. Terasa tindakannya terburu-buru. Belum pernah seumur hidupnya tidak berhari raya bersama kedua ibu bapanya. Namun, demi rindu pada sang suami dicekalkan juga hati untuk berpisah dengan ibu bapanya seketika.

Pemergiannya dihantar dengan linangan air mata Puan Azlin dan Puan Rozila. Doa turut dipanjatkan kehadrat ilahi agar Ain selamat dalam perjalanan. Tidak seperti selalunya dimana semua orang gembira bila dia berpergian dengan Amran. Mungkin mereka risau dan mungkin juga sedih kerana tidak dapat beraya bersama.

Ketika berada didalam kapal terbang, baru Ain teringat, dia belum memberitahu Amran akan kehadirannya disana. Mana mungkin dia memberitahu Amran. Setiap kali Amran menghubunginya, setiap kali itu dia lupa. Mungkin disebabkan dia tidak dapat bercakap lama dengan Amran disebabkan kesibukan Amran. Di Facebook juga dia tidak post kerana dia perhatikan Amran tidak 'online' dan tidak active dalam 2 minggu ini. Lagipun, aplikasi Facebook mobile tidak di aktifkan Amran. Katanya, semak. Bila dia cuba menghubungi Amran bila teringat untuk beritahu, talian Amran sama ada sibuk atau dimatikan. Akhirnya dia terlupa hingga disaat ini.

'Kalau nanti telefon tak angkat, ambil cab je lah. Lagipun, kunci rumah Amran aku bawa' kata Ain menyedapkan hatinya. Maklum saja, dia sampai nanti disana sudah malam. Dikhuatiri Amran sudah tidur atau sedang sibuk menyiapkan kerjanya. Dia sedar, Amran bila sedang bekerja, dunianya hanya kerja hingga lupa apa yang ada disekitarnya.

Sedang sibuk memerhati penumpang yang lain memasukkan bagasi ke dalam tempat simpanan bagasi dan mencari tempat duduk, satu pengumuman telah dibuat.

"Perhatian pada penumpang Ain Nadira binti Mohd Radzi, anda diminta kehadapan berjumpa dengan pramugari yang bertugas. Terima kasih" Ain dengar namanya dipanggil, namun dek kerana kekusyukkan memerhatikan tingkah laku manusia didalam kapal terbang itu membuatkannya leka. Walaupun sudah dua kali pengumuman dilakukan.

Bila keadaan sudah reda dan semua sudah duduk ditempat masing-masing, seorang pramugari menghampiri Ain. Ain memandang pramugari yang memintanya ke depan pesawat seketika. Kemudian, baru dia bangun dan menuju ke depan pesawat. Berdebar juga rasa hati Ain bila diperhatikan penumpang kapal terbang itu, diiringi pramugari kedepan pesawat pula. Terasa macam banduan yang bersalah pun ada, terasa seperti penyanyi popular pun ya. Bermacam juga yang bermain difikirannya. Sesampai dihadapan, seorang lagi pramugari menghampirinya.

"Puan diminta untuk keluar dari pesawat kerana ada kecemasan yang berlaku pada keluarga Puan Ain" Kata seorang pramugari yang memakai tag nama Karen.

Ain sangat terkejut. Dia jadi panik. Dengan segera dia ke bahagian tempat duduknya untuk mengambil barang-barangnya. Menitis air mata Ain bila mengenangkan ada ahli keluarganya yang dalam musibah. Hatinya tidak lepas berdoa agar semua selamat.

Ain diiringi oleh seorang lelaki berpakaian putih. Pegawai keselamatan lapangan terbang mungkin. Namun, semua itu tidak menjadi masalah untuk Ain. Keadaan kecemasan itu lebih merisaukan Ain. Entah apa yang kecemasannya. Doanya tak henti-henti agar kedua ibu bapa dan mertuanya selamat.

Sesampai di kaunter pintu berlepas, seorang perempuan beruniform sama seperti pramugari tadi menghampirinya dan minta dia bertenang.

"Keluarga Puan Ain ada di hadapan. Mereka sedang menunggu Puan Ain. Mari saya bawa Puan Ain" Kata perempuan beruniform yang memakai tag nama Nisa.

Ain mengikut Nisa ke tempat menunggu. Kelihatan mak dan abah serta mertuanya ada di situ. Mak sedang menangis manakala abah sedang memujuk mak. Satu lagi wajah yang sangat di rinduinya. Amran. Macam mana Amran boleh ada di sini?

"Mak, Abah, kenapa? Kenapa Mak menangis?" Tanya Ain bila dia sudah berada disamping Puan Azlin.

"Mak Su kritikal." Jawab Encik Radzi. Terserlah kerisauan dan kesedihan diwajahnya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak Su dekat mana sekarang? Bila masuk hospital?" Tanya Ain.

Dia tahu yang Mak Su merupakan penghidap kanser darah. Sedikit kesilapan boleh mengundang bencana walaupun kesilapan sekecil kuman. Dan doktor memang sudah pesan pada ahli keluarga untuk sentiasa bersedia untuk kehilangan dia.

Ain terjelopok jatuh.

"Ain." Jerit semua disitu.

Hakimi segera mengangkat adiknya. Ain berpaut pada badan Hakimi. Dalam hatinya tidak henti-henti mendoakan keselamatan Mak Su.

'Ain tak nak Mak Su mati.'

Ain dan Mak Su sangat rapat. Ain umpama anak Mak Su. Mak Su sayangkan Ain dan manjakan Ain sangat. Oleh itu, tak hairan kalau berita ini sangat memberi kesan pada Ain.

"Am." Sebut Ain.

"Mommy dah call dia. Dia tengah tengok flight paling terdekat." Jawab Puan Rozila.

"Jom kita." Ajak Hakimi.

Mereka bergerak seiringan ke tempat letak kereta.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now