"Kenapa ni?" Tanya Amran.
Dia memeluk Ain yang berdiri diberanda. Menghadap ke laut muara. Air yang tenang tanpa alun. Menampakkan cahaya bulan terang dimalam hari.
"Azlia mengandung." Kata Ain.
Dia memalingkan tubuhnya menghadap Amran. Reaksi Amran bersahaja. Langsung tidak terkejut. Tapi tidak juga gembira.
"Am dah tahu?" Tanya Ain.
"Masa malam yang Am kena tangkap basah tu, makcik kata kat daddy, Am mengandungkan Azlia. Dan Azlia ya kan." Jawab Amran.
Ain kerut dahi.
"Tapi tadi, Azlia macam tak tahu apa-apa pun. Dia sendiri nampak terkejut. Doktor kata dia mengandung saja, dia dah menggelupur keluar. Tak nak dengar apa-apa dari doktor dah." Cerita Ain.
"Ain serabut ni sebab tu ke?" Tanya Amran.
Ain angguk.
"Ain cemburu? Takut tu anak Am?" Tanya Amran lagi.
Ain tundukkan wajah dan angguk.
Dia tak menafikan. Dia cemburu. Jika benar itu anak Amran, dia terpaksa beralah.
"Masa daddy dan makcik paksa Am bertanggungjawab, Am memang tak nak langsung. Makcik tuduh Am berzina dengan Azlia. Makcik siap tunjuk gambar Am berpelukan dengan Azlia. Mesra. Am siap sumpah. Tu bukan Am. Am tak pernah serapat tu dengan Azlia. Apatah lagi nak peluk dia." Cerita Amran tentang malam itu dimana Ain berada diluar bersama Hakimi dan Hakimah.
Ain meleraikan pelukan. Dia masuk ke dalam dan mengambil telefon bimbitnya. Dibuka ruangan whatsapp dan ditunjuk telefon bimbitnya kepada Amran.
"Gambar ni?" Tanya Ain.
"Macam mana Ain jumpa gambar ni?" Tanya Amran pula.
"Dah lama dah. Sebelum Am kena tangkap lagi. Dah ada orang send gambar ni kat Ain. Tapi, Ain buat tak tahu sajalah. Sebab tarikh dia hantar tu, kita tengah busy dengan paperwork untuk tender dengan Megah Holding. Then, kita sibuk untuk audit. So, Ain buat tak tahu sajalah. Am pun sentiasa dengan Ain. Tak ada sebab Ain nak percaya. Lagipun, along dah siasat. Tu gambar palsu. Superimpose." Balas Ain.
"Terima kasih percayakan Am." Ucap Amran seraya mencium ubun Ain.
"Kan Am kata, letakkan sepenuhnya kepercayaan pada Am. Jadi, Ain percaya sajalah. Kalau pun betul Am nak buat semua tu, tak perlu pun nak sembunyi. Ain dah izinkan pun." Kata Ain.
"Tapi, tak percaya pula yang Am cuma akan ada anak dengan Ain saja. Hanya Ain ibu anak-anak Am." Kata Amran. Mengusik.
"Bukan macam tu. Azlia isteri Am. Mestilah Am jalankan tanggungjawab Am. Bukan makna ragui cinta Am. Tapi, Ain faham. Tanggungjawab. Nafkah batin." Kata Ain.
"Macam mana nak tidur sekatil kalau muka dia pun Am tak boleh nak tengok. Am marah sangat dengan dia. Dia menipu semua orang sampai Am kena paksa kahwin dengan dia." Kata Amran.
"Jadi selama ni?" Tanya Ain.
"Ya. Am tak pernah sentuh dia. Tu bukan anak Am." Kata Amran.
"Jadi tu? Anak siapa?" Tanya Ain.
Amran menjongketkan bahunya. Dia sendiri tak pernah ambil tahu. Dan tak ingin nak tahu. Azlia tak pernah ada dalam senarai orang kesayangannya. Tiada.
"Tapi kalau ikutkan, dia dah lama putus dengan boyfriend dia tu. Rasanya dah lebih 4 bulan. Takkan baru nak mengandung." Kata Ain. Masih memikirkan hal Azlia.
"Sebab tu Ain rasa tu anak Am?" Tanya Amran.
Ain angguk.
"Dengan tuduhan dia mengandung anak Am. Dia pun mengaku dia mengandung. Am haram sentuh Azlia sebab anak yang dia kandung bukan anak Am. Itu dah disepakatkan di kalangan ulama besar. Ada yang mengharamkan untuk mengahwini perempuan yang mengandung walaupun lelaki itu yang buat dia mengandung. Tapi ikut mazhab Syafie, dibolehkan kahwin sama ada lelaki tu bapa budak tu atau tidak. Tetapi sekiranya bukan, maka haram suami menggauli isteri yang sudah dinikahi itu. Jadi, Ain rasa Am ke bapa budak tu? Ain rasa betul Am berzina dengan Azlia?" Tanya Amran.
Ain geleng.
"Ain percaya Am takkan berzina. Cuma Ain tertanya-tanya. Siapa bapa budak tu?" Balas Ain.
Kring!
"Assalamualaikum." Amran memberi salam sebaik panggilan disambut.
"Am kat mana ni?" Tanya Puan Rozila.
"Sungai Haji Dorani." Jawab Amran.
"Dengan Ain?"
"Ya."
"Tinggalkan Lia seorang dalam keadaan dia macam tu?" Jelas suara Puan Rozila marah.
"Keadaan apa?" Tanya Amran.
"Mengandung." Jawab Puan Rozila.
"Sebelum dia nikah dengan Am pun, dia dah mengandung. Bukannya dia tak biasa seorang. Lepas nikah pun, dia seorang. Kenapa kali ni mummy nak marah?" Balas Amran.
"Sebab dia dah mula muntah-muntah. Tak sihat. Am kenalah jaga. Ni kan anak Am." Kata Puan Rozila.
"Mummy, tu bukan anak Am. Am tak pernah sentuh dia pun." Balas Amran. Tegas.
"Habis tu? Anak siapa?" Tanya Puan Rozila.
"Mommy tanya la dia. Kalau dia berani, dia jawab. Pesan kat dia, ingat lafaz taklik Am ke dia. Assalamualaikum." Jawab Amran dan terus mematikan talian.
"Mommy marah?" Tanya Ain.
"Biarlah. Ain tenangkan dulu diri. Lupakan hal dekat rumah. Tumpukan pada diri Ain." Kata Amran.
Ain angguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ain Nadira
AcakKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...