Pagi itu, Amran tak tahu macam mana nak berfikir. Perbincangan malam tadi sangat tenang sehingga dia tidak ada ruang untuk berfikir secara seorang lelaki. Selepas solat subuh, sementara menunggu Ain menyiapkan sarapan, barulah dia boleh berfikir dengan baik.
Tipu kalau dikatakan dia tidak terkesan dengan apa yang Ain ceritakan. Cuma ketenangan malam tadi buatkan dia seakan manusia tanpa perasaan. Ditambah pula dengan janjinya pada Ain untuk tidak marah.
Satu yang dia sedar, Ain langsung tidak mengeluarkan apa-apa tanggapannya tentang apa yang akan Amran rasa. Dia cuma menceritakan keadaan yang telah berlaku bersama kebimbangannya. Mungkin kerana itu buatkan dia langsung tidak terfikir apa yang dia perlu rasakan. Dan ketakutan untuk kehilangan Ain adalah punca utama kenapa dia terus membuang rasa yang menjengah.
Setelah 14 tahun perkara itu berlalu, makciknya sendiri tidak mengenali Ain. Tentu saja kerana berlaku perubahan pada fizikal Ain yang dia sendiri tidak sedar. Pada pandangannya, Ain tetap sama dari kecil sehingga kini. Cuma makin cantik dan menggoda sanubarinya. Kalau tidak kerana dia menyebut nama penuh Ain. Tentu saja makciknya masih tidak dapat mengenali Ain.
“Am, dah siap?” Tanya Ain yang baru masuk ke dalam biliknya.
“Dah.” Jawab Amran.
Sejak mereka duduk sendiri, barulah Amran tahu kepantangan Ain. Sebelum makan kena dalam keadaan bersih. Mesti sudah mandi dan berpakaian yang kemas. Baru boleh makan.
Habis baju-baju lamanya yang berlubang-lubang dibuang oleh Ain. Cuma ada 2 helai saja. Itu pun, Ain framekan dan menjadi hiasan dinding dibilik bacaan.
“Kenapa frame baju Am dan letak disini?” Tanya Amran suatu masa dulu.
“Inspirasi bila malas nak membaca.” Jawab Ain.
“Jom.” Ajak Ain bila dia sudah siap menukar pakaian.
Mereka berjalan menuju ke dapur bersama. Seiring sambil berpegangan tangan. Amran suka bila Ain begini. Ain yang dulu dia kenal sebagai seorang yang tegas dan kasar rupanya sangat manja dan lembut orangnya. Berlainan benar perangainya yang dulu dan sekarang.
“Nasi lemak buah bidara. Sayang selasih saya lurutkan. Buang emak buang saudara. Kerana kasih saya turutkan.” Pantun Amran bila melihat hidangan nasi lemak sambal kerang terhidang diatas meja.
“Jalan-jalan ke pasar baru. Jangan lupa beli sagu. Janganlah engkau melawan ibu. Kerana syurga ada di telapak kaki ibu.” Balas Ain.
Amran ketawa.
“Baiklah, sayang.” Amran mengusap lembut pipi Ain.
Amran kemudian menarik kerusi untuk diduduki Ain. Dia kemudian duduk dikerusi tengah meja makan itu. Disendukkan nasi ke pinggan Ain bersama lauk pauk. Ain juga menyendukkan lauk pauk kedalam pinggan Amran. Kebiasaan mereka bila makan di rumah. Amran yang minta mereka untuk buat begitu. Mewujudkan suasana romantic.
“Ain, nak tanya pasal semalam, boleh?” Tanya Amran bila mereka sudah duduk santai depan televisyen selepas selesai makan dan mengemas dapur.
Ain angguk.
“Macam mana pakcik boleh kenal keluarga Ain?” Tanya Amran.
Ain angkat bahu tanda tidak tahu.
“Tapi kalau ikut apa yang Ain pernah dengar masa Along marahkan abah, pakcik tu bos abah.” Jawab Ain.
“Macam mana pakcik boleh muflis?” Tanya Amran lagi.
“Along siasat jumlah harta dia. Kemudian, Along buat tuntutan harta sepencarian. Kalau ikutkan Ain tak layak untuk dapatkan hak harta sepencarian kerana Ain masih kanak-kanak dan kami berkahwin tidak sampai tempoh yang ditetapkan. Tapi Along ugut untuk dedahkan rahsia pemalsuan laporan perubatan Ain. Malahan Along turut charge dia atas penyebab keguguran kandungan Ain dan Along tuntut ganti rugi. Along juga charge pakcik melakukan keganasan seksual. Dan semua itu Along minta ganti rugi hampir separuh dari nilai harta Pakcik.” Jawab Ain.
YOU ARE READING
Ain Nadira
De TodoKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...