AN 47

615 43 13
                                    

Ain memandang keluar tingkap rumah yang masih terselak langsirnya. Pertama kali dia dan Amran berjauhan sejak mereka menikah. Pertama kalinya juga, dia rasa suatu kekosongan. Terasa harinya tak lengkap. Macam ada sesuatu yang hilang.

Rasa menyesal kerana menolak pelawaan Amran. Jika dia tahu begini rasa menanggung rindu, pasti dia akan ikut Amran ke manakah saja.

Tapi, kerja Amran tak berkenaan dengan kerjanya. Mana mungkin dia dapat ikut serta. Lagipun, dia sendiri sedang mempunyai lambakan kerja yang banyak. Jika dia cuti, maka akan mengganggu kerja orang lain pula. Jadi, dia harus sabar menanti Amran pulang.

"Ain tunggu Am call ke?" Tanya Azlia.

Ain angguk.

Matanya masih tertumpu kepada siaran televisyen. Sesekali, dia akan memandang ke luar. Menjengah keluar.

"Berapa lama lagi Am kat sana?" Tanya Azlia.

"Dia dah on the way balik dah. Kejap lagi sampai la kot." Jawab Ain.

Azlia angguk.

"Kita dah tak macam dulu. Kan?" Tanya Azlia.

Ain diam.

"Sejak Lia kahwin dengan Am, Ain cakap dengan Lia bila perlu je. Tak mesra. Dah macam Ain dah tak sayang Lia." Luah Azlia.

Ain diam. Matanya masih ke arah televisyen tetapi mindanya sudah tidak fokus. Dia lebih fokus pada apa yang Azlia katakan.

Dia sedar semua itu. Dia akui. Tapi dia tak boleh nak tipu diri sendiri. Walaupun dia yang meminta Amran menikahi Azlia, tetapi tidak bermakna dia rela. Walaupun dia suruh Amran menjalankan tanggungjawab sebagai suami, bukan bermakna dia redha.

Dia cuma tak mahu Amran disoal di akhirat sana dan dihukum. Dia cuma nak semua orang tenang dan gembira. Dia cuma, tak boleh nak buang perasaan cemburunya walaupun Amran tak pernah abaikannya.

"Tak boleh ke kita macam dulu?" Tanya Azlia.

Ain diam.

"Please Ain. Lia rindukan Ain yang dulu. Yang always ada dengan Lia. Yang sayangkan Lia. Yang care pasal Lia." Pujuk Azlia.

Ain masih diam.

"Kita baik macam dulu. Ya? Ya?" Desak Azlia sambil memegang tangan Ain dan menggoncangkan tangan itu. Kepalanya diangguk-angguk. Matanya dikedip-kedipkan.

Ain menepis tangan Azlia.

"Sorry." Kata Ain kerana tindakannya itu yang membuatkan wajah Azlia berubah.

"Tak pe. Lia faham." Balas Azlia. Terasa hati.

Ain menutup siaran televisyen. Dia mengalihkan tubuhnya. Menghadap Azlia yang berada disebelahnya.

"Lia. Bukan macam tu. Ain cuma rimas je Lia buat macam tu. Bukan makna tak nak kita macam dulu. Lia tahu kan. Ain tak suka orang buat kat Ain macam tu." Kata Ain menjelaskan tindakannya tadi.

"Ya. Lia faham. Lia tahu, Lia dah ambil hak Ain. Lia rampas Am dari Ain. Tapi Ain pun tahu. Keadaan kita macam mana. Am langsung tak pandang Lia. In fact, dia terus letakkan taklik masa kami nikah. Ain ingat, Lia tak kecil hati ke? Ain ingat, Lia tak ada perasaan ke?" Balas Azlia. Lemah saja suaranya.

"Lia pun perangkap Am sampai korang kena tangkap basah. Lepas tu, Lia mengaku, Lia mengandung anak Am. Lia fitnah Am." Balas Ain. Suaranya tinggi.

"Mana Ain tahu tu fitnah? Ain percaya cakap Am ke Lia?" Balas Azlia pula. Suaranya sama naik tinggi.

Ain memandang Azlia. Fikirannya mula berkecamuk. Antara Amran dan Azlia. Keduanya adalah manusia yang paling dia sayang dan percaya selepas abang dan kakaknya. Jadi, antara Amran dan Azlia. Siapa yang perlu dia percaya?

"Am tak mungkin berzina." Putus Ain.

"Then, Ain nak kata Lia menipu?" Tanya Azlia.

Ain diam.

"Habis tu? Siapa yang mengandungkan Lia? Ain tahu perasaan Lia kat Am macam mana. Ain tahu kenapa Lia suicide dulu sebab apa. Semua tu sebab perasaan Lia ke Am yang tak berbalas." Sambung Azlia. Menjawab persoalan yang ditimbulkannya sendiri.

"Tak. Am tak mungkin berzina." Kata Ain. Cuba menyakinkan dirinya.

Hakikatnya, keyakinannya mula goyah. Dia sedar keadaannya. Ketidakupayaannya. Ketidaksempurnaannya sebagai isteri.

Mungkinkah?

"Tak. Ain yakin. Am takkan berzina. Am sayangkan Ain. More then everything in this world." Kata Ain.

Azlia senyum sinis.

"Lelaki bukan macam kita, Ain. Kita perlukan cinta untuk melakukan hubungan seks. Lelaki tak perlukan tu. Dia hanya perlukan perempuan untuk memuaskan nafsu dia." Balas Azlia.

Ain geleng.

"Bukan Am. Am bukan macam tu." Sangkal Ain.

"Lelaki semua sama saja." Balas Azlia.

"Bukan Am!" Tegas Ain. Dia terus berlalu. Masuk ke dalam biliknya.

Cuba menghalau semua anggapan negatif kepada Amran. Tapi suara Azlia terlalu kuat untuk dia halang. Antara Azlia dan Amran. Siapa yang benar? Siapa yang menipu?

"Assalamualaikum." Suara ceria Amran memberi salam sebaik melihat Ain yang duduk diatas katil.

"Waalaikumussalam." Jawab Ain. Tetapi tidak ceria. Tidak juga menyambut Amran.

Amran kecewa. Dia harapkan Ain akan menerpanya. Memeluknya penuh rindu. Sebagaimana yang Ain katakan.

"Ain?"

Amran mendekati Ain. Duduk disebelah Ain. Baru dia perasan wajah Ain ketika itu. Penuh kerutan. Penuh dengan persoalan yang susah dirungkai.

"Kenapa ni, Ain?" Tanya Amran.

"Am takkan tipu Ain. Kan?" Tanya Ain.

Amran angguk.

"Am takkan curang, kan?" Tanya Ain lagi.

"Maaf, Ain. Am dah pun curang sebab nikahi Azlia." Jujur Amran.

"Sebelum korang nikah?" Tanya Ain.

Amran geleng.

"Ain tahu Am sayang dan cintakan Ain sorang saja." Kata Amran.

"Kenapa ni?" Tanya Amran. Lembut.

"Am takkan 'makan luar' kan? Sebab Ain belum mampu sempurnakan tanggungjawab Ain." Tanya Ain lagi.

"Kan dah banyak progress kita. Dah makin dekat dah. Tak lama saja lagi, Ain akan jadi isteri yang sempurna." Balas Amran.

"Am tak jadikan kekurangan Ain sebagai alasan untuk 'makan luar', kan?" Tanya Ain lagi.

"Tak." Jawab Amran. Tegas.

Ain diam.

"Kenapa ni? Cuba cerita dengan Am. Jangan buat Am macam pesalah dan sedang disoal sia siasat." Tanya Amran lagi. Mula rasa sesuatu yang tidak kena dengan Ain. Sesuatu yang akan buat kepercayaan Ain kepadanya hilang.

"Bukan anak Am yang Lia kandung. Kan?" Tanya Ain lagi.

Amran geleng.

"Lia tipu je. Kan?" Tanya Ain lagi.

"Lia kata apa, Ain?" Tanya Amran.

"Lia kata, dia kandung anak Am." Jawab Ain.

Amran mengeluh.

"Ain percaya?" Tanya Amran.

Cuba mengawal dirinya tika itu. Dia perlu untuk dapatkan semula kepercayaan Ain. Itu lebih penting dari rasa marahnya ketika ini.

Ain geleng.

"Percaya kat Am saja." Kata Amran. Memeluk Ain.

Ain angguk. Walaupun hatinya masih tertanya-tanya kebenaran antara Amran dan Azlia.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now