Ain tak senang duduk. Mata itu selalu mengekor pergerakannya. Rasa tak selesa dirumah sendiri. Hakimi dan Hakimah pula menjadi penjaga. Mengikut Ain walau kemana Ain pergi. Tidak dibiarkan Ain sendirian kecuali bila Ain dengan Amran.
Mak dan abah jangan cakap. Dalam senyum dan ketawa, ada riak gelisah diwajahnya. Mana tidak gelisah melihat orang yang paling mereka mahu elakkan didalam dunia ni berada didepan mata. Hendak dihalau, diperkenalkan sebagai saudara-mara si menantu. Lagipun, sudah diberi amaran dari awal oleh Ain untuk tidak membuat onar. Air muka anak dan menantu perlu dijaga. Ditambah pula si menantu masih tidak tahu cerita sebenar.
“Kenapa Along dan Kakak asyik escort Ain saja?” Tanya Amran.
Ain yang sedang membasuh tangan didapur, hanya memandangnya. Mengelap tangannya dan memeluk pinggang si suami. Sebuah senyuman ikhlas diberikan kepada Amran.
“Sebab dorang rindu Ain.” Jawab Ain.
“Macam pelik sangat dah ni.” Kata Amran.
“Am ikutlah Ain setiap masa kalau tak nak Along dan Kakak ikut Ain. Tengok. Bila Ain dengan Am saja, dorang pergi. Kalau tidak, mengekor saja.” Kata Ain.
“Am memang nak ikut saja Ain tapi apa kata saudara-mara kita tu. Mentang-mentang anniversary kita. Mahu ada yang kata. Baik celebrate anniversary dalam bilik. Tak payah nak buat party home warming cum anniversary.” Balas Amran.
“Macam tu, jangan berungut Along dan Kakak escort Ain.” Balas Ain.
Amran diam. Tak tahu nak balas apa lagi. Dia hanya pandang Ain yang sudah berlalu meninggalkannya sendirian didapur. Ain menuju kearah Hakimi dan Hakimah. Namun, dalam perjalanan itu, dihalang oleh pakciknya.
Dia nampak Ain gelisah dan ketakutan. Hakimi segera mendekati. Dipeluknya Ain dan terus dibawa Ain pergi tanpa sebarang kata.
Amran kerut dahi.
‘Kenapa?’ Soal hati Amran.
Dari pintu dapur itu juga dia nampak Hakimah mendekati pakciknya. Air muka Hakimah nampak tegang. Dari cara dia bercakap, Amran nampak seperti Hakimah sedang memberi amaran.
‘Kenapa?’ Soal hati Amran lagi.
Amran berkira-kira hendak bertanya pada Hakimah tapi dihentikan niatnya itu. Pasti Hakimah tak mahu memberitahunya. Dia sangat pasti. Jadi, bertanyakan kepada pakciknya itu adalah jalan yang paling terbaik.
Amran berjalan mendekati pakciknya yang bernama Razali. Razali adalah suami kepada makciknya, Mariah, adik Encik Amir. Mereka baru pulang dari Indonesia setelah hampir 2 tahun menetap disana. Disebabkan itu, mereka tidak pernah hadir dimana-mana kendurinya. Sewaktu majlis kenduri kahwinnya dulu, makciknya sedang dalam pantang anak mereka yang kedua.
“Pakcik. Kenapa ni?” Tegur Amran.
Razali hanya mengeleng.
“Mana boleh tak ada apa-apa. Muka pakcik sedih saja ni. Patut happylah. Hari ni hari untuk happy bukannya sedih-sedih macam ni.” Kata Amran.
“Pakcik okey saja.” Jawab Razali.
“Pakcik, ceritalah. Amran nampak tadi Pakcik dengan Ain. Amran nampak pakcik dengan Hakimah tadi. Kenapa, pakcik?” Tanya Amran.
“Am. Ain nak kena keluar. Urgent. Apa-apa hal nanti Ain contact Am. Ini telefon Am. Letak dalam poket. Ain keluar dulu. Ain kena juga keluar.” Ain menyerahkan telefon bimbit Amran.
Ain kelihatan sangat gelisah dan sedang tergesa-gesa. Amran menahan Ain dari bergerak. Ain cuba untuk melepaskan dirinya.
“Ain nak pergi mana?” Tanya Amran.
“Kawan Ain. Kawan Ain nak buat gila.” Kata Ain.
Razali yang berada dihadapan mereka hanya memandang Ain.Ain jadi tidak selesa. Bertambah tidak senang hatinya. Dia takut dengan pandangan Razali tapi dia lebih takut akan segala kemungkinan yang akan jadi nanti. Tak kira pada dirinya atau pada kawannya.
“Azlia call. Dia kata dia tak nak hidup lagi.” Cerita Ain bila Amran hanya memandangnya.
“Siapa Azlia? Am tak pernah tahu pun.” Tanya Amran.
“Azlia kawan baik Ain. Ain kawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi. Asalnya cuma kawan pena lepas tu kami selalu berjumpa sampailah dia buang Ain sebab dia sudah ada kekasih. Lepas tu, Ain kahwin. Terus kami terputus hubungan. Tapi tadi dia call Ain. Dia kata dia tak nak hidup lagi. Ain risau. Ain nak pergi tengok dia.” Rintih Ain.
“Abang ni. Dari tadi asyik pandang si Ain ni. Kenapa?” Tegur Mariah.
Mariah terus memandang Ain. Dia rasa seperti pernah berjumpa dengan Ain. Wajah Ain nampak sangat biasa dipandangannya tapi dia tak pasti. Bila dilihatnya Razali asyik memandang Ain sejak dari mereka tiba, hatinya makin tertanya-tanya. Dia nampak Razali seperti mencari ruang dan peluang untuk bercakap dengan Ain.
“Siapa nama sebenar isteri kau ni, Am?” Tanya Mariah.
“Ain Nadira Mohd Radzi.” Jawab Amran.
“Ooo. Nadira. Ain Nadira.” Kata Mariah.
Dia sudah ingat. Dia ingat nama itu. Patutlah dia rasa dia kenal. Dia juga rasa macam biasa melihat beberapa wajah disitu. Rupa-rupanya seseorang yang pernah merosakkan hidup suaminya.
“Ain pergi dulu.” Ain terus menarik tangannya dari Amran.
Ain berlari dari situ. Dia ingin keluar. Biarlah apa nak jadi nanti. Antara rahsianya dan nyawa Azlia, dia memilih Azlia. Lagipun, dia belum bersedia untuk memperdengarkan Amran tentang rahsia hidupnya yang disimpan kemas selama ini.
Ain terus memecut keretanya. Dalam keadaan takut itu, airmatanya mengalir dek kerana terlampau takut dengan segala kemungkinan. Kemungkinan akan kehilangan seorang kawan baik. Kemungkinan akan kehilangan seorang kekasih merangkap suaminya.
Dia benar-benar ketakutan.
Tanpa dia sedar, dihadapannya telah berlaku kemalangan jalanraya. Bila saja dia sedar akan kemalangan itu. Terus dia menekan pedal berhenti secara mengejut. Dia selamat dari merempuh kamalangan yang terjadi tapi keretanya pula yang dilanggar dari belakang sehingga mendorongnya ke depan.
YOU ARE READING
Ain Nadira
De TodoKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...