Perasaan marah yang meluap. Dilepaskan dengan menampar pipi Mariah. Itu pun, dia masih tak puas hati dengan apa yang Mariah dah buat pada anak-anaknya.
Puan Rozila terus memandang wajah Mariah yang baru tiba depan pintu rumahnya. Dia tak boleh sabar lagi. Melihat Mariah dengan selamba datang ke rumahnya tanpa rasa bersalah setelah apa yang dia lakukan kepada anak-anaknya.
Selama ini dia bersabar. Demi menjaga hubungan kekeluargaan suaminya. Dia tega memusnahkan kepercayaan Amran kepadanya. Demi untuk menjaga hubungan itu. Namun, bila Afham juga turut dianiaya. Dia rasa Mariah sudah berlebihan.
"Abang! Tengok saja ke kakak tampar aku?" Jerit Mariah.
Encik Amir hanya mendiamkan diri. Isterinya sudah memberinya amaran. Jangan masuk campur. Biar dia uruskan Mariah. Jika tidak, isterinya itu akan keluar dari rumah dan duduk dirumah Amran. Tinggalkan dia.
Pang!
Sekali lagi pipi Mariah menjadi sasaran. Tiada perkataan yang keluar dari mulut Puan Rozila. Hanya tamparan yang menjadi pemberi salam sebaik saja Mariah masuk. Dan ini sebagai kalam pembuka bicara.
"Abang!" Mariah memegang kedua belah pipinya sambil menghentak kakinya ke lantai.
"Aku bagitahu kak long. Korang buli aku." Kata Mariah bila abangnya itu tidak memberi sebarang tindakbalas.
Encik Amir mahu menahan Mariah yang sudah berpaling mahu keluar dari rumahnya. Dia takut sekiranya adik beradiknya akan memulaukannya kerana mereka sudah sepakat untuk menjaga Mariah sejak Mariah dan Razali diikhtiarkan muflis.
Namun, pandangan tajam Puan Rozila menghentikan langkahnya. Dia hanya memandang bila sekali lagi Puan Rozila menahan Mariah dan menghadiahkan sebuah tamparan yang lebih kuat dari tadi.
"Jangan datang rumah ni lagi. Tak payah nak mengadu dengan kak long. Akak dah cerita semuanya ke kak long. Kalau kau berani, pergilah jumpa kak long." Kata Puan Rozila. Dia menolak Mariah dan membanting pintu rumahnya.
Mariah hanya memandang. Marah benar hatinya. Bukan saja dia kena penampar, malahan dihina tanpa dapat pembelaan dari abangnya sendiri.
"Tak guna." Bentak Mariah dan terus berlalu masuk ke keretanya.
Niat dihati nak melepak, makan dirumah abangnya itu. Sambil memerhati sekeliling seandainya dia akan dapat apa-apa maklumat tentang Amran dan Ain. Tapi, lain jadinya.
"Pergi rumah kak long lah. Aku nak mengadu dengan kak long. Takkan kak long nak percaya cakap kak Zila lebih dari adik dia sendiri. Kak long lah. Lebih sayang adik dari orang luar." Kata Mariah sendirian.
Dia memandu ke rumah kakak sulungnya itu. Sewaktu melalui rumah Azlia, dia ternampak Afham sedang berdiri diluar pagar rumah tersebut. Dia memberhentikan keretanya dan keluar. Telefon bimbitnya sudah sedia ditangan. Merakam kejadian yang berlaku.
"Aku bagitahu mummy dengan daddy kau." Kata Mariah.
"Makcik nak kata apa?" Tanya Afham.
Mariah buat tak tahu. Dia segera masuk ke dalam keretanya dan memandu ke rumah kak long. Sesampai dirumah itu, dia nampak Afham berjalan kaki menuju ke rumah itu.
"Takutlah tu." Kata Mariah. Mencebik dan terus masuk ke dalam rumah tersebut sambil memberi salam.
"Tak ada adab." Kata Kak Long.
"Sejak bila pula kak long kisah pasal adab ni? Bukan selalu ke macam ni?" Balas Mariah.
Dia terus duduk di sofa diruang tamu. Dia membelek telefon bimbitnya. Saja menunggu apa yang kakaknya akan katakan. Tapi tiada serangan dari kak long membuatkan Mariah mula bertanya. Benarkan kakak iparnya sudah bercerita tentang apa yang terjadi kepada kak long?

ANDA SEDANG MEMBACA
Ain Nadira
SonstigesKahwin dengan kawan sendiri tanpa sedar? Baguslah Ain. Tunang sendiri pun tak kenal. Alih-alih terkejut tengok kawan sendiri, Cerita paling gedik diabad ini. Amran Shauqi jatuh cinta pada Ain Nadira sejak sekolah rendah tapi Ain Nadira kenal Amran...