Bab 33

4.4K 95 0
                                    

Balik dari bercuti di Port Dickson, Amran terus membawa Ain ke rumah mereka. Cuma tunjukkan rumah. Rumah yang sudah siap dihias. Tinggal untuk masuk dan menetap disini. Rumah yang sudah lama dia beli. Beberapa bulan selepas mereka dinikahkan.

"Kenapa tak terus pindah sini. Dah nak setahun nikah baru nak bagitau." Tanya Ain.

"Sebab rasanya masa tu Ain belum bersedia nak jadi isteri Am. Ain tak boleh terima Am sebagai suami dan Ain belum cintakan Am. Jadi, Am simpan dulu rumah ni. Sekarang ni, Am tahu yang Ain cintakan Am walaupun Ain tak sebut tapi Am tahu. Ain pun dah terima Am sebagai suami Ain. Jadi, kenapa nak tangguh lagi untuk bina rumahtangga kita, kan?" Jawab Amran.

"Tapi, Ain masih tak boleh nak jalankan tanggungjawab yang satu tu." Kata Ain.

Kalau tadi dia betul-betul teruja melihat hiasan rumah ini. Kini rasa terujanya digantikan dengan rasa rendah diri. Rasa diri ini tidak sempurna seperti isteri lain. Rasa diri serba kekurangan.

"Ain, hidup rumahtangga bukan sekadar itu maksudnya. Itu salah satu kenikmatan perkahwinan. Ain tahu. Bila saja Am dapat rasakan penerimaan Ain, itu pun sudah buatkan Am bahagia. Miliki seorang wanita yang sudah lama Am cintai. Kemudian dia pula menerima Am dengan sepenuh hati. Apa lagi yang membahagiakan?" Kata Amran.

Ain sudah mengalirkan air matanya tatkala melihat air mata Amran sudah bertakung. Dia memeluk Amran. Amran membalas pelukan Ain.

"Am cintakan Ain sejak kita masih darjah 1. Masa tu Ain mungkin tak perasan Am. Tapi Ain sentiasa ada dalam perhatian Am. Lepas Ain pindah. Hari-hari Am datang rumah Ain. Tengok kalau Ain ada balik. Bila pagi tu Am nampak Ain dalam kelas kita. Am rasa hidup Am kembali ceria dan bahagia. Am selalu teruja nak pergi sekolah. Kita belajar bersama. Ingat tak kita pernah solat bersama. Am jadi imam? Walaupun masa tu ada juga pelajar lain. Tapi Am tetap rasa macam Am ni suami Ain dan sedang imamkan solat isteri Am." Cerita Amran.

"Am tahu tak. Ain pun rasa yang sama?" Kata Ain.

Amran menolak tubuh Ain. Meleraikan pelukan mereka. Dia memandang wajah Ain. Tepat. Ain senyum sambil angguk.

"Ain dah lama jatuh cinta pada Am. Walaupun tak selama Am tapi perasaan itu wujud sejak Am menyanyikan lagu untuk Ain. Hari pertama Ain disekolah kita. Sejak hari tu, Ain selalu segan dengan Am sebab Am dah ada dalam hati Ain. Tapi Ain tak boleh anggap Am lebih dari seorang kawan. Ain didik hati Ain untuk terima Am hanya sebagai seorang kawan. Ain tak layak untuk Am. Langsung tak layak." Kata Ain.

Wajahnya ditundukkan.

"Ain sentiasa sempurna dimata Am. Walau apa pun kekurangan Ain. Ain tetap nampak hebat pada mata Am." Kata Amran sambil mengangkat wajah Ain untuk tatapan matanya.

Beremosi suasana antara mereka. Ain sedar yang Amran seorang suami yang penuh dengan emosi. Ketegasannya yang diperkatakan oleh teman-teman sepejabat langsung tiada bila dengannya. Kadang-kala dia juga tertanya-tanya. Betulkah Amran seorang yang tegas? Itu saja yang dia sukar nak percaya. Tentang kesopanan dan kebaikan Amran, dia sangat percaya dan tahu.

'Aku kenal Amran dulu dari korang semua.' Bangga hati Ain menuturkan.

"Tak sangka Ain jatuh cinta pada Am pada pandang pertama." Ulas Amran setelah lama mereka berpelukan.

"Bestkan duduk rumah sendiri. Nak peluk dekat ruang tamu macam sekarang ni pun, tak kisah. Tak payah nak malu. Bukan ada sesiapa pun. Kita saja." Ain mengalihkan topic.

"Pandainya alihkan topic. Baru nak menyakat. Dia pusing 360 darjah." Kata Amran.

Pelukan dileraikan. Hidung Ain dipicitnya. Menjerit Ain kesakitan. Amran ketawa melihat Ain. Dilepaskan kepitannya dan menarik Ain untuk duduk disofa berhampiran.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now