TERASA janggal pula bila Alyssa terpaksa makan malam berdua sahaja dengan Arash. Anak saudaranya Faries keluar makan malam bersama teman-temannya di luar. Manakala Fariesya pula tidak pulang ke rumah minggu ini kerana ada tugasan. Dia tinggal di dorm kerana assignmentnya masih belum dapat di siapkan lagi.
Shima pula balik kerja terus flat. Penat katanya kerana seharian di site. Di kejut untuk makan dia tak nak. Terpaksa dia makan seorang atau lebih tepat berdua dengan Arash tu? Kalaulah dia tahu Shima malas hendak makan malam awal tadi. Tak adalah dia rajin masak makan malam ni. Dia dan Shima akan makan berdua sahaja di luar dan belikan makan malam buat Arash, mudah sahaja. Hissh payah.
Tak kanlah dia hendak makan seorang tanpa mengajak Arash sekali. Nanti Arash fikir dia isteri derhaka pula kerana tidak makan bersama suami. Isteri? Dia hanya isteri olok-olok sahaja bukan isteri sebenar Arash. Tulah pandai sangat hendak mengenakan orang sekarang dia terkena sendiri. Macamana dia hendak lari dari situasi janggal sebegini? Patut ke dia tunggu Arash?
Alyssa menumpang dagu sambil berfikir. Jambangan bunga segar yang di beli masa pulang dari pejabat tadi di kuis-kuisnya untuk menghilangkan rasa bosan. Lauk pauk yang sempat di masak di hadap sambil berfikir lagak seperti masalah besar.
Semasa dia menyediakan makan malam tadi Arash ada ke dapur mengambil air di peti sejuk. Dia kelihatan ok sahaja. Perutnya tidak memulas lagi? Arash menawarkan diri untuk membantunya, namun Alyssa menegahnya untuk berbuat demikian kerana semuanya sudah siap dan dia hanya perlu hidangkan di meja makan sahaja.
Alyssa memintanya menonton tv atau berehat sementara menunggu dia menghidangkan makanan.
"Tak baik termenung di depan rezeki," tegur Arash bila di lihatnya Alyssa sedang duduk termenung.
Alyssa tersentak bila di tegur Arash. Sungguh Alyssa tidak sedar kehadiran Arash. Tahu-tahu lelaki itu sudah duduk di kerusi hadapannya. Magic sungguh!
Awal tadi dia mahu memanggil Arash untuk turun makan bersama. Bila dia menolak daun pintu bilik Arash yang separuh terbuka itu. Dilihatnya Arash sedang menunaikan solat magrib.
Alyssa turun semula ke bawah sementara menunggu Arash selesai solat. Tujuannya untuk naik ke atas kembali setelah 5 minit. Tapi Arash sudah turun sendiri.
Arash masih lagi berbaju melayu berwarna beige dan berkain pelekat coklat milik abangnya. Alyssa tersenyum sendiri kerana dia hanya biasa melihat Arash mengenakan suit di pejabat dan dia jarang melihat lelaki itu memakai pakaian selain dari suit ketika di pejabat.
Paling tidak pun Alyssa pernah melihat Arash memakai t-shirt dan jeans. Belum pernah umur dia melihat Arash memakai baju melayu dan berkain pelikat sebelum ini. Cute pula. Bisik Alyssa di dalam hati.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...