AWAL-awal lagi Alyssa sudah bangun. Semua ahli dalam rumah masih belum bangun lagi. Entah apa anginnya tiba-tiba terasa terlebih rajin untuk menyajikan sarapan pagi hari ini. Selalunya dia ambil ringkas sahaja hidangkan roti butter dan jem. Tapi pagi ini, dia menyediakan nasi goreng kampung.
Air panas dituangkan ke dalam teko yang berisi serbuk milo. Alyssa mengacau milo perlahan, agar ianya sebati lalu meletak teko berkenaan di atas meja yang sudah siap di hidang dengan nasi goreng.
Alyssa berjalan melintasi bilik Arash untuk mengejutkan Shima dan anak saudaranya Faries. Arash? Hmm..tak perlu dikejutkan. Pandailah dia bangun sendiri. Alyssa berhenti melangkah bila menyedari pintu bilik Arash terbuka sedikit dan daun pintunya tidak ditutup rapat.
Alyssa menghampiri pintu bilik Arash.
Senyap.
Alyssa memegang tombol pintu ingin masuk ke dalam. Namun dia segera melepaskan tangan bila menyedari akan kesilapan.
"Gila aku ini, buatnya dia tengah pakai baju atau apa-apa tak ke aniaya!," bisik Alyssa dalam hati lalu tersenyum gelihati.
Tapi hatinya begitu teringin untuk masuk ke dalam bilik Arash. Kerana selama 3 minggu Arash berada disini, dia tidak pernah mengemas atau membersihkan bilik Arash kerana dia tidak teringat langsung haha.
Alyssa tidak mahu Arash fikir dia adalah maidnya, yang dia perlu membersihkan bilik untuknya. Jika tinggal dihotel sekurang-kurangnya berbayar. Ini percuma sahaja tinggal di sini. Makan pakai semua di tanggung Shima dan Alyssa. Jadi pandai-pandailah Arash mengemas biliknya sendiri. Tak kan itu pun tak boleh? Tapi bukan ke dia yang membawanya ke sini? That's beside the point. Apa yang dia cuba hendak tekankan. Arash anak orang kaya. Dia hanya mengharapkan pembantu untuk membersihkan biliknya.
"Ahh biasalah mana ada anak orang kaya bangun awal?, Kalau matahari tidak berada di atas kepala, tak mungkin dia bangun tidur," bisik Alyssa dalam hati.
Alyssa menolak daun pintu perlahan sedikit demi sedikit. Akhirnya pintu bilik Arash berjaya di buka seluasnya. Hmm orangnya tidak berada di dalam bilik? Mana perginya? Sengaja dia membiarkan pintu biliknya terbuka luas. Sekiranya Arash berada di dalam kamar mandi sempat sahaja dia berlari keluar agar agenda yang tidak diingini berlaku.
Bilik Arash kelihatan terang berderang kerana langsir yang menutupi pintu sliding door ke balkoni sudah diselak dan penghawa dingin sudah dimatikan, hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang menerpa masuk. Alyssa memeluk tubuh kerana kesejukan. Alyssa menjungkitkan keningnya kerana tidak menyangka bilik Arash begitu bersih dan teratur.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...