SEJAK kejadian tempoh hari Arash tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam dan selalu menyendiri. Alyssa merasa pelik dengan perubahan ke atas diri Arash namun dia tidak mahu menganggunya. Mungkin Arash merasa terganggu bila wanita yang ditemui di restaurant tempoh hari itu memarahinya.
Siapa wanita itu?? Kenapa dia begitu marah pada Arash?? Dia tidak dapat mendengar perbalahan diantara Arash dengan wanita itu, apa yang di tahu wanita itu begitu marah pada Arash. Tapi dia tidak tahu apa sebabnya. Mungkinkah Arash di marahi wanita itu kerana membawa anaknya ke meja mereka? Jika benar, perlukah dia memarahi Arash begitu sekali? Mustahil! Entahlah dia pun tidak tahu.
Buat pertama kalinya Alyssa merasa benar-benar kasihan pada Arash. Sejak kejadian di restaurant kelmarin wajahnya tidak lagi bercahaya dan ceria seperti selalu. Arash kelihatan lost. Tidak faham dan mengerti mengapa ianya berlaku kerana dia benar-benar tidak ingat apa-apa.
Sungguhpun sebelum ini, Arash masih tidak dapat mencari identitynya yang sebenar. Namun dia masih boleh menerimanya. Alyssa percaya Arash sememangnya seorang lelaki yang penyayang. Tapi kenapa dia tidak menunjukan sikap sedemikian pada pekerjanya sehingga membuatkan pekerjanya benci dengan kelakuan buruknya.
Alyssa sendiri tidak percaya apa yang dia lihat ketika Arash membalas pelukan budak perempuan itu erat dengan penuh kasih sayang. Dan Arash kelihatan begitu natural mengusap rambut budak perempuan itu dan dia sedikit pun tidak kelihatan janggal dan seolah-olah dia sudah biasa berbuat demikian.
Persoalannya hanya akan terjawab melalui Tan Sri. Tapi bagaimana hendak dia bertanya pada Tan Sri mengenai Arash tanpa sebab. Dia tidak mahu menimbulkan syak wasangka Tan Sri bila dia tiba-tiba berminat mahu mengetahui mengenai kisah silam Arash. Dan belum tentu Tan Sri mahu memberitahunya apa-apa mengenai Arash.
*****
"KENAPA dengan kau ni Arash, you don't look well..tak dapat tidur ke??? Ada masalah untuk tidur malam?," tegur Dr. Harris sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Arash.
Dari jauh lagi dilihatnya Arash sedang termenung panjang sehingga kehadirannya tidak sedari. Apa yang membuatkan Arash bermenung jauh. Apa yang menganggu fikirannya. Arash tidak sihat kerana wajahnya kelihatan sedikit pucat.
"Entahlah Harris..., aku tak tahu bagaimana hendak aku terangkan pada kau," jawab Arash perlahan. Dia memang tidak dapat tidur lena sejak kejadian kelmarin. Pelbagai persoalan yang singgah di fikirannya.
Dia tidak mengenali wanita itu mahupun budak perempuan itu. Jika dia ada pertalian darah dengan mereka. Masakan Alyssa sendiri tidak tahu? Jadi siapa wanita itu? Mungkinkah disebabkan wanita itu hubungan dia dengan Alyssa menjadi dingin? Mungkinkah Alyssa membenci dan tidak percaya padanya setelah Alyssa mendapat tahu dia mempunyai hubungan dengan wanita lain? Ah tidak mungkin? Mana mungkin akan memberinya peluang padanya jika dia berbuat demikian. Pasti dia sudah berpisah dengan Alyssa.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...