Part 28

97 4 2
                                    



SEBAIK sahaja gagang telefon di letak ke tempat asalnya. Arash hanya duduk termenung. Ayah dan ibunya benar-benar gembira bila mendengar suaranya. Pelbagai soalan yang di tanya ayahnya. Mengapa dia tiba-tiba menghilangkan diri selama sebulan lebih tanpa sebarang berita.



Arash meminta Tan Sri Ibrahim merahsiakan pertemuan mereka tempoh hari dari pengetahuan ayahnya. Tidak mahu kedua ibu dan ayahnya risau mengenai kemalangan dan keadaan dirinya  yang hilang ingatan. Arash masih tidak ingat apa yang berlaku sebelum kemalangan kerana memorinya masih belum kembali. Memorinya masih samar-samar namun dia dapat mengaitkan dan membuat andaian sendiri mengenai perkara-perkara yang berlaku pada dirinya melalui gambar dan barang-barang peribadi yang berada dalam simpanan. Dia hanya berpegang pada maklumat yang di terima mengenai dirinya dari Tan Sri Ibrahim.



Ayahnya, Tan Sri Farihin tidak tahu akan kisah yang sebenar. Arash meminta maaf dan hanya memberi alasan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Jepun kerana dia terpaksa bertemu dengan Dr yang pernah merawatnya di States mengenai rawatan lanjut dan Arash terpaksa berada di sana selama sebulan lebih.



Banyak lagi perkara yang belum dapat diselesaikan. Arash memandang kosong ke arah surat yang baru dibacanya tadi. Shima dan Alyssa meletak jawatan. Arash sudah dapat menduga mereka akan berbuat demikian. Arash menekan butang intercom.



"Jannah, Alyssa ada?,"



"Cik Alyssa tak ada, dah seminggu dia tidak masuk ke pejabat," jawab Jannah. Walaupun takut-takut dia terpaksa memberitahu majikannya mengenai Alyssa yang tidak masuk ke pejabat selama seminggu. Dia tidak tahu apa yang berlaku diantara majikannya dengan kedua-dua manager mereka. Shima dan Alyssa tidak pernah berkongsi apa-apa dengannya.



"Oh ok," jawab Arash ringkas lalu mematikan interkomnya. 



Arash membuka laci meja pejabatnya. Gambar Alyssa tersimpan elok di dalam lacinya. Gambar tersebut di ambil dari album tanpa Alyssa menyedarinya semasa dia masih lagi tinggal di rumah Alyssa. Gambar itu dijadikan kenangan untuk melepaskan kerinduaan pada Alyssa. 



Senyuman Alyssa dan wajah cantik Alyssa tidak dapat di lupakannya. Tapi apa kan daya semuanya hanya lakonan semata-mata. Alyssa tidak pernah di miliki dan Alyssa tidak pernah menyukainya.



Arash mengangkat gagang telefon kembali lalu mendial nombor Harris. Tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan Harris. Dia menceritakan semuanya kepada Harris mengenai Alyssa dan Shima. Dan Harris menjadi pendengar setianya. Harris meminta dia bertemu dengannya hari ini untuk makan tengahari kerana Harris mahu memperkenalkannya dengan isteri dan anaknya.



                                                                                        *****



HARRIS duduk sambil meneliti menu yang telah diberikan oleh pelayan restaurant.



Amanda menoleh wajah suaminya sekilas. Dia hairan kenapa Harris beria-ia sangat mahu memperkenalkan pesakitnya kepadanya. Aaliyah disebelah hanya duduk menyedut minuman kegemarannya "Strawberry Milk Shake" tanpa menghiraukan kedua ibu bapanya.



"Dear, can you tell me why you want to introduce me to this patient so much, what is so special about him?," tanya Amanda benar-benar ingin tahu. Amanda kenal benar dengan perangai suaminya itu. Belum pernah sekali dia memperkenalkan pesakit-pesakitnya kepada Amanda. Apa istimewanya pesakit yang ini, sehingga Harris beria-ia ingin memperkenalkan kepadanya.



"I will explain to you later," jawab Harris lembut tanpa menoleh, dia masih sibuk meneliti menu yang disediakan. Dia tahu Amanda merasa tidak senang bila dia mengajaknya bertemu dengan salah seorang pesakitnya kerana dia tidak pernah memperkenalkan Amanda kepada pesakitnya sebelum ini.





Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now