ALYSSA membuka pintu biliknya perlahan lalu menoleh ke arah kiri dan ke kanan. Ruang tv kelihatan gelap ini bermakna Arash berada di dalam biliknya. Mungkin sudah terlena kerana penangan ubat zytec.
Yes!!!
Alyssa menuju ke ruang TV lalu duduk di sofa. Tangannya mencapai remote lalu menekan butang 'ON'. Suara tv dia kecilkan kerana tidak mahu menganggu Mr. Big Shot berehat.
Alyssa melirik kearah jam di dinding. Hampir ke pukul 10 malam. Mana pergilah budak Faries ni? Dah tak tahu hendak pulang awal? Report pada ayahnya baru tahu?
Hujan di luar masih lebat dari petang tadi dan masih belum reda. Bosan pula dia tidak ada teman untuk di ajak berbual. Hendak tidur matanya masih belum mengantuk lagi.
Shima pula sudah pengsan, puas dia mengejutnya untuk makan bersama katanya sudah kenyang kerana makan banyak semasa lunch dengan Tan Sri Farihin.
Nasib baiklah Arash tidak banyak rewel semasa makan tadi. Alyssa sengaja melayannya endah tidak endah kerana dia mahu Arash benar-benar percaya bahawa sebelum dia kemalangan mereka sememangnya tidak sefahaman atau perang dingin.
Alyssa menekan-nekan butang remote untuk mencari rancangan yang menarik untuk ditonton untuk menghilangkan rasa bosan. Sedang dia leka menyaksikan siri sitcom Friends. Pintu bilik Arash dibuka. Alyssa terkejut. Ah sudah belum tidur lagi si mamat ni? Bisiknya dalam hati. Aduh payah!
"Lysa belum tidur?," tegur Arash lalu melabuhkan punggungnya di sofa duduk bersebelahan dengan Alyssa.
Ok nasib baik sofa itu panjang, jika muat-muat sahaja untuk dua orang, dia akan bangun dari sofa. Dia tidak mahu duduk rapat-rapat dengan Arash.
Alyssa tidak menjawab atau menoleh ke arah Arash. Dia hanya mengelengkan kepala perlahan untuk menjawab Pertanyaan Arash. Alyssa menjeling kearah Arash ingin melihat reaksi seterusnya.
Wajah Arash sungguh bersahaja seolah-olah dia tidak merasa sakit hati diberi layanan sebegitu. Uiik pelik! Penyabar sungguh?? Betul ke ni Arash? Atau mereka sudah salah culik orang? Arash yang dulu jangan kata boleh sabar. Silap haribulan dia campak barang pada mukanya bila dia bersikap kurang ajar padanya.
"Boleh abang tengok sama?," ujar Arash cuba menarik perhatian Alyssa.
"Boleh aje," jawab Alyssa dengan wajah selamba.
"Abang" sejak bila pula dia sudah pandai ber'abang' ni. Selalunya 'you' dan 'I'. Alyssa mula merasa tidak selesa. Niat Alyssa hendak menonton siri sitcom Friends tiba-tiba terbantut bila Arash sertai bersama menonton tv kerana dia merasa tidak selesa bila mereka berdua sahaja ada bersama. Lagipun Alyssa tidak biasa berada berduaan dengan Arash. Canggung rasanya bila Arash duduk bersebelahan dengannya.
Alyssa benar-benar tidak suka pada Arash. Sungguhpun Arash sekarang berbeza dengan Arash yang dahulu, dia percaya sekiranya ingatan Arash kembali. Arash akan berkelakuan seperti dahulu. Lelaki sombong dan ego. Alyssa tidak berkenan dengan perangai buruk Arash yang sering membuatkannya geram dan benci padanya.
Arash di sebelahnya tidak bersuara sedari tadi mungkin dia merasa serik hendak berbual kerana dia tidak melayan Arash tadi. Arash menonton siri sitcom Friends dengan penuh minat. Sesekali dia tersenyum gelihati dengan gelagat pelakon siri sitcom itu.
Ikutkan hendak sahaja dia bangun meninggalkan sofa sebaik sahaja Arash duduk di sebelahnya. Tapi dia batalkan niat kerana ia akan kelihatan ketara sangat yang dia tidak suka padanya.
Alyssa mencapai gelas yang sudah kosong di atas meja lalu menuju kearah dry kitchen. Sempat matanya menjeling ke arah Arash untuk melihat reaksinya bila Alyssa berbuat demikian.
Bosankah dia bila dia melayannya sebegitu. Hendak juga dia lihat Arash marah-marah seperti dahulu. Arash kelihatan selamba dan begitu asyik menyaksikan siri sitcom itu dan tidak perasan bahawa Alyssa mencuri pandang ke arahnya.
Sangka Alyssa, Arash sengaja hendak mencari peluang untuk duduk bersamanya sebab itu dia sengaja menonton televisyen bersama. Rupa-rupanya tidak? selamba sahaja wajahnya tidak merasa pelik bila Alyssa sengaja mengelak darinya. Ok good.
Alyssa berjalan menuju kearah bilik perlahan. Dia berharap Arash akan menegurnya bila dia berbuat demikian. Tapi sebaliknya. Arash tidak bersuara atau menegurnya.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...