Part 31

113 4 0
                                    

Alyssa melangkah masuk ke dalam pejabat guaman bekas syarikat mereka dahulu. Pejabat peguam yang dahulunya dia sering menemani Tan Sri bila menandatangani sesuatu agreement, terasa begitu asing buat dirinya. Bunyi bising telefon dan perbualan dari pelanggan lain langsung tidak dihiraukan kerana fikirannya tidak tenteram dan bercelaru.


Apa yang Arash hendak lakukan? Apakah hukuman yang Arash hendak berikan padanya. Fikirannya sarat dengan pelbagai soalan, memikirkan apa yang bakal Arash kemukakan nanti. Knowing Mr. Arash Zakuan before. Dia tidak akan teragak-agak untuk menghancurkan hidup mereka.



Teman abangnya, Hasrul di sebelah turut tidak tahu mengapa Alyssa meminta dia menemaninya ke pejabat peguam. Dia tidak tahu apa masalah Alyssa sehingga melibatkan peguam untuk mewakilkannya. Alyssa menghantarnya message memerlukan khidmatnya segera. Alyssa hanya memberitahu kepadanya bahawa dia akan disaman oleh bekas majikannya. Itu sahaja. No details.


"Hei, are you okay?," tegur Hasrul bila dia mendapati Alyssa hanya berdiam diri sedari tadi.


Alyssa tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepala menandakan dia ok walaupun, hatinya berdebar-debar bagai hendak pecah kerana merasa khuatit dan gementar.


Pintu lif terbuka luas. Arash melangkah masuk. Jejaka itu mengenakan suit berwarna kelabu dan shirt lengan panjang berwarna putih. Dia datang seorang, tidak di temani sesiapa. Jejaka itu sedikitpun tidak menoleh kearahnya. Dia terus menuju kearah reception dan memberitahu penyambut tetamu tersebut bahawa dia ada membuat temujanji dengan Mr. Amirudin. Peguam peribadinya.


Arash menuju kearah sofa berdekatan lalu duduk. Masakan Arash tidak perasan bahawa dia ada duduk di sofa berdekatan dengannya. Bisik Alyssa di dalam hati. Dahulu dia begitu bencikan Arash. Kini giliran Arash pula kerana dia tidak memandang kearahnya kerana terlalu benci.


"Mr. Arash! Mr Amir is ready to see you now," ujar gadis bernama Sophia. Arash bangun dari sofa matanya sempat melirik kearah Alyssa.


"Shall we go," ujar Arash menoleh ke arah Alyssa dengan wajah serius.


Alyssa menelan air liur bila Arash berkata demikian nada suaranya serious. Arash back to his own self modeHasrul bangkit dari sofa lalu menoleh kearah Alyssa yang masih lagi tidak berganjak bangun. Lambat-lambat dia bangkit dari sofa.


Arash mendahului mereka berjalan menuju kearah bilik mesyuarat. Sebaik sahaja pintu bilik mesyuarat dibuka Arash duduk berdekatan dengan peguamnya yang sudah sedia menunggu kedatangan mereka.


Manakala Alyssa dan Hasrul duduk bertentangan dengan Arash dan peguamnya. Seram sejuk tangan Alyssa menghadapi situasi tensed sedemikian.


"Tujuan anak guam saya memanggil cik Alyssa kerana dia ingin menjelaskan ganti rugi kepada cik Alyssa," ujar Peguam Amir lalu memandang wajah Hasrul selaku peguam bagi pihak Alyssa.


Alyssa tersentak bila peguam Amir berkata demikian. Menjelaskan ganti rugi atau meminta ganti rugi? Kerana dia tidak faham apa yang cuba di sampaikan oleh peguam Amir. Hasrul menoleh kearah Alyssa turut terperanjat dengan kenyataan dari peguam Arash.


"Ganti rugi?," tanya Hasrul ingin kepastian.


"Ya ganti rugi, maaf sekiranya Encik Hasrul tidak berapa faham dengan apa yang saya katakan. Maksud saya kos perbelanjaan sepanjang Encik Arash tinggal di rumah cik Alyssa," terang peguam Amir kepada Hasrul kerana peguam Alyssa kelihatan keliru dan tidak faham akan maksudnya tadi.


Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now