Tugasan Bonda, Amanah Sang Puteri
Mentari pagi menyinar perlahan di ufuk langit, memancar indah ke tingkap kaca istana. Kicauan burung-burung tropika menggema dari taman diraja yang terletak menghadap kamar Tengku Puteri Hana Mikayla Shah. Suasana masih tenang… tapi di dalam kamar, satu demi satu pembantu peribadi sibuk menyiapkan sang puteri.
“Tuanku, busana biru firus ini dipilih Bonda Tuanku untuk majlis pagi ini,” ujar pembantu khasnya dengan sopan, sambil memegang sepasang baju kurung moden berlabuci halus.
Hana mengangguk perlahan. “Baik. Baginda titahkan untuk saya membaca ucapan juga, bukan?”
“Benar, Tuanku. Ucapan bagi pihak bonda Tuanku.”
Selesai bersiap, Hana melangkah keluar dari kamar dengan gaya yang elegan tapi masih sederhana. Auranya jelas… Puteri yang dilatih untuk membawa nama negara, bukan hanya bersandar pada gelaran.
Di luar, seseorang sedang menunggu sambil berdiri bersandar pada tiang marmar putih.
“Lambatnya Puteri Diraja kita,” usik Tengku Leon Mikail Iskandar Shah, kembar kesayangannya.
Hana menjeling. “Kalau kau yang ganti, habis nanti majlis jadi macam pentas drama. Aku tolong bonda, bukan nak buat persembahan.”
Leon ketawa kecil. “Tenanglah. Hari ni kau bintang utama. Aku sekadar pengiring… yang paling kacak.”
“Kalau kau cakap macam tu depan Han, dia boleh tarik gelaran kau jadi 'pengiring paling menyibuk'.”
Mereka sama-sama tergelak kecil sebelum menuruni anak tangga marmar dan masuk ke dalam kereta rasmi.
Di Lokasi Majlis Amal Kesihatan Diraja
Majlis pagi itu diadakan di sebuah hospital khas wanita dan kanak-kanak, sempena ulang tahun ke-10 penubuhannya. Turut hadir adalah barisan doktor pakar, pengarah hospital, serta ibu-ibu dari pelbagai negeri.
Hana melangkah naik ke pentas dengan tenang, wajah manisnya tersenyum penuh adab. Tangannya kemas menggenggam teks ucapan, tapi suaranya... lantang dan jelas.
“Bonda beta, Tengku Puteri Afzan Qaira Shah, menitipkan salam penuh kasih kepada seluruh petugas kesihatan… dan beta, dengan rendah hati, menyampaikan amanah ini...”
Ucapan itu berlangsung dalam keadaan tertib, penuh isi dan tepat pada waktunya. Leon berdiri sedikit ke sisi, tangan disilangkan, wajah bangga menyaksikan kembarnya memikul tanggungjawab dengan tenang.
Selesai sahaja ucapan, ramai tampil mendekati Hana, menzahirkan rasa bangga dan terharu. Seorang doktor wanita veteran sempat berkata sambil menggenggam tangan Hana,
“Patik bangga, Tuanku. Patik nampak bayangan Bonda Tuanku dalam keperibadian Tuanku.”
Hana senyum malu tapi tunduk hormat.
“Patik hanya berusaha mencontohi Baginda sebaik yang boleh.”
Di Dalam Kereta, Dalam Perjalanan Pulang
Leon bersandar pada tempat duduk sambil menoleh ke arah Hana.
“You did well, Hana.”
Hana hanya membalas dengan senyuman kecil. “First time nervous sangat sebab kena bawakan nama bonda.”
Leon angguk. “Dan kau lulus dengan cemerlang. Ayahanda dan bonda mesti bangga.”
“Thanks sebab teman.”
Leon sengih. “Of course. What are brothers for?”
Mereka diam seketika, melihat luar tingkap. Daun-daun berguguran perlahan. Hari terasa lebih damai.

ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantezieVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025