Sarapan Diraja, Tapi Sempoi
Cahaya pagi menyinar lembut melalui tingkap kaca besar di ruang makan istana. Bau kopi panas, roti bakar, dan telur rebus memenuhi udara. Meja panjang dihias ringkas — tidak seformal majlis, tapi tetap mengekalkan keanggunan suasana diraja.
Tengku Han Ryan Shah sudah pun duduk, lengkap ber-T-shirt polo biru gelap, rambut disikat rapi. Satu tangan pegang mug kopi, satu lagi menyelak surat khabar digital di tablet.
“Awal bangun,” Ahmad muncul sambil menepuk belakang kerusi dan terus duduk.
“Biasa. Kau yang luar biasa hari ni. Selalunya sarapan kau ‘brunch’,” Han berseloroh tanpa angkat muka.
Ahmad tersengih sambil menyenduk nasi goreng ke pinggan.
“Takkan semalam aku buat kerja elok, hari ni nak bangun lambat. Karang ayahanda nampak kat CCTV, habis aku.”
Tak lama lepas tu, Leon pula muncul, baju kelabu longgar, rambut tak sepenuhnya disisir, gaya macam orang baru bangun tapi muka tetap handsome, annoying.
“Assalamualaikum, wahai abangku.”
“Waalaikumussalam,” Han dan Ahmad jawab serentak, tak layan sarkas Leon.
Leon duduk, terus ambil roti dan sapu mentega kacang.
“Hana mana?”
“Kat dapur kecil, check susu kambing dia. Bonda pesan semalam suruh dia minum setiap pagi,” Ahmad jawab.
“Princess kambing kita tu,” Leon selamba.
Tiba-tiba, suara Hana kedengaran dari belakang, “I heard that.”
Mereka bertiga toleh — Hana berdiri dengan mug susu kambing dan muka “jangan cari pasal”.
“Pagi, Tuan Puteri,” Leon senyum sinis.
“Pagi, abang-abang yang suka kutuk adik sendiri,” Hana menjawab sambil duduk dan menyenduk buah-buahan ke dalam mangkuk.
Tiba-tiba telefon Han berbunyi. Dia jawab cepat — suara ayahanda.
“Ayahanda, ya?”
“Assalamualaikum, anakanda semua sihat?” Suara Tuanku kedengaran tenang di corong suara.
“Alhamdulillah, ayahanda. Kami semua bersarapan sekarang.”
Han tekan loudspeaker.
“Beta harap event semalam berjalan lancar, Ahmad?”
“Alhamdulillah, ayahanda. Semuanya berjalan baik.”
“Bagus. Leon, beta tengok kau bawa diri dengan penuh gaya. Tapi jangan lupa peranan sebenar bukan di pentas, tapi di lapangan.”
“Titah ayahanda sentiasa dalam ingatan,” Leon menjawab, kali ini serius.
“Han, hari ini beta nak kau siapkan laporan keselamatan untuk minggu ini. Ahmad bantu uruskan persiapan delegasi luar minggu hadapan. Hana, pastikan kebajikan penghuni rumah diraja terjaga. Bonda kamu titip amanah itu.”
“Baik, ayahanda,” mereka menjawab serentak.
Telefon tamat. Keheningan sekejap.
“Okay,” Leon bersuara. “Misi pagi ni: settle kerja cepat, petang boleh bawa Tariq, Jelita Diraja dan Bunny jalan-jalan.”
Ahmad gelak. “Tu yang paling kau rancang dari semalam ya?”
Han senyum tipis sambil hirup kopi.
“Kalau Tariq setuju.”
di pejabatnya,Antara Fail dan Tanggungjawab
Jam menunjukkan pukul 10:05 pagi. Ruang pejabat khas Tengku Han Ryan Shah di sayap kanan istana — tertutup rapi, sunyi namun berfungsi seperti pusat operasi kecil. Dinding kayu kemas, lampu meja rona hangat, dan rak penuh dengan fail-fail berlabel Diraja, Keselamatan, Urus Tadbir, dan Perwakilan.
Tengku Han duduk tegak di kerusi kerja, lengkap berkemeja putih dan seluar slack biru gelap. Smart casual, tapi aura dia tetap seperti seorang pemerintah muda.
Di hadapannya, tiga buah fail terbuka.
1. Laporan Keselamatan Mingguan Istana
2. Rangka Delegasi Luar Negara Bulan Hadapan
3. Jadual Kehadiran Tetamu Diraja
Dia menyelak satu persatu, menanda dengan pen merah.
“Sistem kamera baharu sudah siap pasang di laluan selatan,” katanya perlahan sambil mencatat nota.
Tiba-tiba pintu diketuk dua kali.
“Masuk.”
Pengiring khas beliau, seorang lelaki muda bernama Zaid, melangkah masuk dengan penuh hormat.
“Tengku, ini senarai pegawai keselamatan yang dijadualkan bertugas sepanjang minggu ini.”
“Letakkan di sini.” Han menuding ke sisi meja.
Zaid meletakkan fail dan berdiri menunggu arahan.
“Apa-apa isu dari unit perimeter?”
“Tiada, Tengku. Tapi unit pantauan udara mohon peruntukan tambahan untuk dron gantian.”
“Catatkan permohonan tu dalam senarai kelulusan bulanan. Saya akan semak bersama ayahanda bila baginda pulang.”
“Baik, Tengku.”
Zaid undur diri. Han kembali tunduk ke fail, tangannya ligat menandakan bahagian yang perlu dikaji semula.
Kemudian, dia buka komputer riba, buka perisian keselamatan dalam istana. Satu demi satu kamera dipantau. Kawasan pagar hadapan, dapur, tempat kuda, bahkan ruang tetamu luar. Semua dalam kawalannya buat masa ini.
Sambil menonton rakaman rutin semalam, dia berhenti sekejap melihat satu visual — Leon dan Ahmad di padang polo malam tadi, gelak besar sambil tarik kuda masing-masing ke arah kandang.
Han tersenyum nipis.
“Kadang-kadang, tanggungjawab ni berat... Tapi bila tengok mereka okay, hati aku tenang.”
Jam berdetik lagi. 10:50 pagi. Fail dilipat, meja dikemaskan. Dia bangun, tarik blazer dari penyangkut. Masanya untuk beralih ke bahagian pentadbiran utama — untuk mesyuarat ringkas bersama pegawai istana.
*bersambung*

ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasíaVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025