Selain perasaan..., kenangan juga ada yang pahit!
2006. Kuala Lumpur hujan lebat. Kelam suasana seakan tiada lagi matahari akan bersinar. Siang masih awal lagi. Baru jam 1 petang. Oleh kerana seberat-berat kumulonimbus itu melepaskan bebannya, kita yang kecil jika dilihat dari atas ini menyorok agar tidak basah.
Maria berpeluk tubuh sambil menghisap rokok. Merah putiknya bila disedut. Asap yang berkumpul di ruang nafas di hela ke udara. Sesekali dia akan melihat ke seberang jalan. Ke arah keretanya. Fuck! Walaupun hanya beberapa meter, dek kerana bajunya yang serba putih, dia matikan saja niatnya.
Setengah jam dia di sana. Masih belum ada tanda mahu reda. 1.40 petang. Diketuk-ketuk perlahan jam tangan dengan kukunya yang panjang. Ahhh... redah jelah! Baru saja dia mahu melangkah dengan menutup kepala dengan tote bag coklat gelapnya, lengan dia di tarik kasar.
Kedua mereka terlepas beg masing-masing. Jatuh terus ke dalam lopak air. Terkemam mereka. Mata berpaut. Dah macam dalam scene cerita Hindustan.
Masa seakan berhenti seketika. Hujan seakan berhenti. Senyap sunyi. Yang hanya ada cuma hela nafas mereka. Yang kedengaran hanya degup jantung mereka yang laju seakan hentakan kuda sedang berlumba. Pantas menghentak kaki di balapan lumba kuda yang lembab tanahnya.
"Sorry..sorry.." Dini melarikan pandangannya. Melihat kiri kanan tanpa punca. Dia malu sebenarnya. Sikit saja lagi hampir tercium bibir gadis depannya. Dia menepuk dadanya perlahan-lahan agar bertenang.
Dia tunduk melihat ke lopak air di sisi laluan pejalan kaki. Basah kedua-dua beg mereka. Dini tunduk dan terus mengangkat beg Maria dahulu. Basah! "Awak....Sorry sangat-sangat!" Dini memegang tinggi beg Maria. Air yang meresap dalam beg itu menitis laju. Dini menggoyang beg tote itu beberapa kali. "Mahal beg ni. Sorry awak." Dini mengetap bibir. Risau pula kalau kena ganti baru. Kalau aku kaya xpelah jugak! Gila!!!
Maria tidak tahu hendak cakap apa. Perlu ke dia marah? Mengamuk ke? Tapi hatinya sedikit sakit juga apabila melihat beg dia yang lencun itu. Dia merampas beg itu dari tangan Dini dan terus membuka zip dan memeriksa isi dalam. Dia mengetap bibir. "Basah barang I!" Dia menarik keluar buku notanya yang sedikit basah pada sisi-sisi muka surat. "Fuck!"
Waktu yang seakan terhenti tadi mula terasa berjalan. Cuaca makin sejuk. Masih hujan dan lebat. Mereka berdua masih disitu. Melihat isi dalam beg Maria yang basah.
Dini menolong Maria menyapu kering telefon bimbitnya. Mujur masih berfungsi dan tidak ada sebarang cacat cela. Begitu juga dengan beberapa buku nota. Basah tetapi tidak mengganggu coretan harian kelas yang ada. Setelah selesai membantu Maria, Dini menghela nafas panjang. "Lagi sekali saya minta maaf. Saya cuma tak nak awak redah hujan dengan pakai macam ni. Tak manis orang tengok. Bahaya juga nak melintas sebab hujan lebat sangat. Sorry."
Maria mengetap bibir. Nak marah ke tak...nak marah ke tak ek!? Dia mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya. Di tariknya sebatang dan dinyalakan. Dia menyedut dalam dan dilepaskan ke sisi. Di hulurnya ke Dini. "Want some?" Suanya dekat ke mulut Dini.
Dini tidak berfikir dua kali. Di dekatnya dan terus menyedut dalam. Dihembus sikit dan disedutnya asap di ronga mulutnya dalam -dalam lalu menghembusnya ke udara. Terasa lega. Macam sedikit rasa bersalah keluar sekali dari dadanya. "Thanks." Masa itu baru dia sedar yang begnya masih di lopak. Basah terus. "Beg saya....." Dia mengangkat begnya. Lencun!
Beg canvas murah berharga RM15.00 yang baru dia beli di Pasar Seni minggu lepas. Ada cetakkan hitam siluet gadis berambut panjang dengan kapsyen Tu es la plus belle fille que j'ai jamais vue. Di capai tali beg itu dan di angkatnya tinggi. Menitis laju air yang terserap. Dini mengeluh berat. "My notes...."
Mereka saling menatap, lalu tergelak.
Itulah pertemuan kali pertama mereka. Itulah saat bermulanya segala cerita akan cinta mereka. Cinta yang terlarang. Sebuah kisah yang sedikit sebanyak mengajar mereka tentang suatu perasaan yang tidak semua orang mampu merasainya. Tentang olahan rasa dari dua hati yang menyatu. Tentang bagaimana kisah Dini dan Maria ini mengubah persepsi orang tentang makna cinta itu sendiri.
Masalahnya sekarang ni hujan ni tak nak berhenti ke?
Setelah berbual seketika, Dini menghantar Maria ke keretanya dan kemudian berpatah balik ke keretanya selang dalam 10 biji kereta ke belakang. Badannya basah sedikit. Di hidupkan enjin kereta dan dihidupkan penghawa dingin. Sejuk gila! Dia mengeluarkan segala isi perut beg basahnya. Habis nota-notanya. Telefon bimbitnya juga basah. Di cabutnya bateri terus dan di bungkus dengan tisu. Janganlah rosak benda alah ni! Segala buku dan kertas yang berconteng entah apa itu di susun di tempat duduk belakang.
Tap! Tap! Tap!
Dini terkejut melihat Maria tidak berpayung mengetuk cermin tingkap keretanya. Dia unlock keretanya dan beri isyarat untuk Maria masuk. Lencun gadis itu. Maria termengah-mengah. "Tolong I!"
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...