Apalah nasib.....
Dini bercekak pinggang di pintu bilik air. Maria baring terlentang di lantai bilik air. "Macam ni rupanya orang mabuk tak ingat dunia. Aihhh Maria ni!" Dia sandarkan Maria di dinding bilik air. Di tamparnya perlahan pipi gadis itu kiri dan kanan beberapa kali. Dini menggeleng.
Dia menanggalkan pakaian Maria satu persatu. Mujurlah gadis itu hanya memakai dress pendek yg sekali turun zip terus terlucut. Sepasang stokin hitam jarang renda paras paha. Strapless bra dan lace thong berwarna hitam. Di campak pakaian Maria semua ke tepi. Bogel!
Di pusing kepala paip dan pancuran air yang sejuk itu terus di hala ke kaki Maria dahulu. Perlahan-lahan dari kaki terus naik ke atas kepala Maria. Beberapa saat seperti disiram air panas, Maria terkejut dari tidurnya dan mengusap-usap mukanya.
"It's cold fucker!" Dia memeluk kakinya. Melihat Dini yang berdiri tersengih-sengih sambil menghala pancuran air itu ke arahnya. "Babe!!!"
"HA! Apa fucker? Mabuklah lagi... mabuk!!!" Dia menyiram muka Maria pula. Geram! "Minum macam minum spritzer. Macam esok-esok tak boleh nak minum lagi kan. Lepas tu mabuk sampai nak kena papah! Eh nasib baik ada abang tegap boleh dukung awak sampai kat kereta. Kalau ikut i tadi, memang i seret je awak tu!"
Maria merengus geram. Dia berdiri dan terus menolak tangan Dini yang memegang pemancur air itu. Di tolaknya kasar teman wanitanya itu ke dinding. Belum sempat Dini bersuara, Maria terus menciumnya. Hangat. Sensual.
Bibir mereka bertaut lama. Lidah mereka rakus mengejar tarian yang terjadi separa sedar. Jari-jemari mereka ligat meneroka segala bukit dan denai yang indah.
Jika di bukit-bukit di luar sana, yang kita dengar hanyalah bunyi burung berkicau. Sekali-sekala kita berpeluk tubuh menahan sejuk dinginnya alam. Atau sejuk terkena tempiasnya hujan dari langit.
Malam itu, yang menderu hanyalah desahan mereka, pancuran air yang tidak ditutup. Sejuk yang bukan-bukan.
Mata mereka bertaut selepas Maria melepaskan bibir Dini yang basah. Dia tersengih sambil mengusap lembut pipi Dini. "You know what..."
"What?" Dini tersengih. Jauh merenung ke dalam anak mata Maria. "What!?" Tanyanya lagi apabila Maria seakan kelu. Dia merangkul pinggang Maria yang berada di atasnya.
Perlahan Maria meletakkan dahinya ke bibir Dini. Dia mengeluh dan bergumam. Ketawa sendiri. Lantas dia mencium kembali bibir gadis itu. Sekejap tapi penuh makna. "I think... Rindiani... I think...." Dia merenung mata Dini. "I Love You."
Dini telan liur.
Serius ke Maria ni? Ke dia mabuk je? Hmm... orang mabuk kan suka mengarut. Tapi orang mabuk pun kalau mengarut biasanya benda betul. Ishhh... Perempuan ni jangan nak memain pulak. Dini merenung mata Maria. Seakan ikhlas. Seakan jujur. Tapi.....
"You don't love me?" Tanya Maria apabila Dini seakan teragak-agak ingin membalas rasanya itu. Aku bertepuk sebelah tangan ke ni? Dia meluruskan kedua-dua tangannya. Macam nak push up. Jadi dia dapat melihat lebih jelas reaksi muka gadis yang sedang baring di bawahnya.
Dini cuba mengukir senyuman pada bibirnya. Dia menolak helaian rambut Maria yang basah ke belakang lekuk telinganya. Mula-mula yang kiri, kemudian yang kanan. Kemudian, diletakkan tangannya pada kedua-dua pipi Maria. "Silly, of course I love You." What the fuck i'm saying!!!! Laungnya di dalam hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...