Maria merenung kosong ke dada langit. Tiada bulan. Tiada bintang. Awan juga sama datar dengan kelamnya malam. Tidak bernyawa. Hanya kulitnya yang berasa dingin. Di tampar perlahan oleh angin malam. Dia berpeluk tubuh. Kuat dicengkam kedua belah lengannya.
Adam di bucu katil hanya memerhati saja isterinya di balkoni. Duduk berpeluk tubuh dengan kedua belah lutut wanita itu dekat pada dadanya. Adam tahu isterinya itu sedih, marah... kecewa. Namun, tiada apa yang dia boleh buat. Tangannya terikat. Ini bukan sebuah drama yang dia boleh tukar adengan sana sini. This is real life.
Sewaktu mereka bernikah dahulu, mereka tahu kesan akibat segala macam tindakan mereka. Malahan sebelum bernikah lagi mereka sudah merasa akibatnya. Mereka hadap dan mereka gagal. Lahir dengan ber-bin dan ber-binti kan orang tua yang berpengaruh itu bukan mudah. Mereka mewah namun kaki tangan mereka sentiasa diikat.
"Hmm..." Lelaki itu mengetap bibirnya. Dia berdiri dari duduknya lalu terus menghampiri Maria dan memeluknya dari belakang lantas mencium ubun-ubun isterinya. "You want anything?"
Maria menggeleng. Fikirannya kosong. Jiwanya terasa dihempap dengan satu beban yang sangat berat.
Adam mencium lagi ubun-ubun wanita itu lalu duduk bertentangan dengan dia. Dia mengeluh sambil memandang juga ke dada langit yang kelam.
Suasana sepi sekejap.
Tiba-tiba telefon lelaki itu berdering. Formal saja bunyinya. "Hold on." Jawabnya ringkas. Dia memandang Maria yang masih sugul. "I'll be right back." Katanya sambil memegang kepala lutut Maria.
Dia berjalan perlahan ala-ala seorang model sedang memperagakan boxer Calvin Klein sambil telefon bimbit model Iphone 14 Pro Max itu dikepit di antara telinga kanan dan bahunya. Berhenti di almari pakaian, di ambil dan di sarungnya sehelai tshirt hitam dan seluar slack hitam. Tamat saja panggilan dia berpaling ke balkoni. "I'm going out!" Jeritnya namun tidak pasti jika Maria mendengarnya atau tidak. Adam menggeleng.
Maria masih kaku di duduknya. Tersepit antara fantasi atau realiti. Fikirannya masih buntu. Dia antara sedar atau tidak yang Adam ada mencium ubun-ubunnya, ada memeluknya, ada duduk bertentangannya. Dia keliru. Dia tidak boleh fokus. Sebal sungguh rasanya. Tidak semena-mena air matanya jatuh menitis perlahan.
Saat itu, bertambah deras pula air matanya saat badannya dipeluk erat. Dia terasa tubuhnya mula sedikit suam. Dia membalas pelukkan itu. Tiba-tiba saja teringatkan Dini. Alangkah bagusnya jika Dini ada dengan dia saat seperti itu. Memeluknya, menciumnya. Memujuknya supaya sabar dan bertenang. Walaupun masalah mereka itu memang tiada jalan penyelesaiannya. "I wish she was here." Katanya perlahan namun jelas pada pendengaran mereka.
"Who?" Balasnya separa berbisik.
Maria menelan liur. "Dini." Dia menguatkan lagi pelukannya. "Dini...Adam. And now you smells and sound like her." Maria mengetap bibir. Dia rasa dia macam sudah sedikit gila. Mungkin kesan sampingan kena lempang dengan papanya tadi. Bibirnya juga terasa sakit. Bengkak.
"I'm here sayang." Begitu dekat bibirnya pada cuping telinga Maria.
Sepi...~
Saat itu seakan waktu sedang terhenti. Yang jelas terasa hanya kedinginan malam yang lembut menyapa kulit mereka.
Maria melepaskan erat genggamannya lalu menoleh ke belakang. "Dini!" Dia bangun lalu memeluk wanita itu. Rindunya bukan kepalang. "How?!" Tanyanya sambil menangis. Kuat tangisannya dan kuat juga dia memeluk wanita itu.
Ini bukan mimpi, bukan ilusi. She's here!
Dini mengusap belakang Maria perlahan. Di belai-belai rambut kekasihnya itu. "Adam call petang tadi. Suruh I datang A.S.A.P. Dia send location.. and here I am." dia mengeratkan lagi pelukannya. "Shh.. shhh.... don't cry." Pujuknya perlahan. "I brought your favorite ice cream." Pujuknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/332306625-288-k757175.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...