Harga Sebuah Kejujuran

165 6 0
                                    

Bang!
Bang!
Bang!

Mengalir sebutir permata di pipinya. Menitis jatuh ke dadanya pula.

Bergema bunyi tiga das tembakan masa itu dalam benak fikirannya. Yang pertama paling kuat. Bergegar rasa seluruh tubuhnya saat peluru itu mengenai bahunya. Rasa pedih dan sakit dan panas dapat dia rasakan saat itu. Lemah sekali Maria rasa waktu itu.

Saat das kedua mengenai dadanya, darah menyembur dari mulutnya. Darah merah pekat likat mengalir keluar dari hidungya juga. Waktu itu, dia tahu dia akan mati. Lenyap segala kekuatan yang ada. Malah pandangannya juga makin kabur. Tubuhnya menggeletik seakan malaikat maut sedang menyabut nwanya tanpa sebarang ihsan. Matanya terkebil-kebil melihat ke siling kabin tua tersebut.

Bang!!!

Das ketiga tembakan dilepaskan. Saat itu Maria sudah tidak sedar. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Dia tidak tahu di mana peluru itu mengenai badannya. Seingatnya, segalanya kabur sebelum semuanya gelap gelita.

Maria memegang tangan Dini erat. Air matanya deras mengalir. Memori yang dia cuba lupuskan bertahun lamanya kini muncul kembali. Sakitnya bukan kepalang. Tiada siapa yang faham sakit dia rasa. Tiada siapa mampu hadap apa dia hadap selama ini. Tiada siapa...~ Dia cuba berhenti menangis. Diseka air matanya. Dihembus hingusnya. Di tarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk bertenang.

"I sedar-sedar, I ada di ICU. I koma for few months. They had to do multiple surgeries on me. Plastic surgery juga." Maria mengetap bibir. Dia menanggalkan t-shirt putih yang dipakainya dan, membiarkan saja bra hitam itu di badan. Dia menarik tangan Dini dan meletakkan pada bekas parut  kesan tembakan pada dada kanannya yang tiada sebarang kesan.

"Bang..." Lemah nadanya. "This is the second shot." Kemudian dipimpin lagi tangan itu ke bahunya. "This it the first shot.... bang!" Maria menelan liur. Kelat. Ekspresi mukanya saat itu seakan tidak beremosi namun tetap sebutir demi sebutir mutiara matanya menitis perlahan. Dia menegakkan duduknya lalu menyengetkan sedikit lehernya dan terus menyelak rambutnya ke tepi. "This one almost killed me. The third one..... always the charm. Bang...."

Mata Dini membulat melihat parut bergeser panjang pada bahagian tepi kanan atas sedikit daripada cuping telinga Maria. Menggigil tangannya ingin merasa parut itu. Tidak seperti parut yang lain yang tiada kesan kerana Maria ada membuat pembedahan dan laser untuk menutup beberapa parut pada anggota badannya, parut di kepala itu benar-benar memukau. Patutlah Maria sering saja berada pada bahagian kanannya. Supaya tiada siapa perasan akan parut tersebut.

"The third one missed a bit..." Maria terus memeluk Dini. Erat! "The third one I heard also a shot from police to Leo." Saat nama Leo dibibirnya, terbayang wajah kekasih hatinya... Agnes. Apalah khabar gadis itu agaknya. "Leo mati kat situ juga. And sedar-sedar, I ada di hospital."

Dini masih kelu. Keliru! Macam-macam perasaan dan rasa yang menyesakkan segalanya. Terlalu macam banyak benda perlu di proses. Dia sendiri tidak tahu dari mana perlu dia mula. Dari Lyon? Dari Agnes iaitu cinta pertama Maria? Atau perlu mula dari keluarga Maria yang sebenarnya dari golongan bagsawan? Perlu mula dari mana sebenarnya ini?

Rasanya macam banyak ingin dia persoalkan. Banyak benda dia mahu bertanya. Tapi seakan macam bukan masa yang sesuai. Pada masa yang sama, dia juga rasa sesak pada dada. Sesak kerana terpaksa memendam segala macam rasa entah yang apa-apa.

Patut ke aku tanya sekarang? Sesuai ke? Atau esok? Petang sikit? Lusa? Minggu depan? Fuck la!!! Benci betul rasa macam ni. Apa aku rasa sekarang pon aku tak tahu.

Marah? Of course aku marah! 

Sedih? Yes! Gila tak sedih girlfriend aku punya experienced ni dah macam dalam drama hindustan. Jalan cerita orang-orang kaya berebut harta, bisnes juta-juta. Pastu sikit lagi nak mati pula. Ish! Memang dah macam dalam filem hindi!

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now