Janji Jari Kelingking

348 8 0
                                    

Mereka lepak di Starbuck Maju Junction setelah kenyang makan tengah hari di Sogo. Mereka memilih untuk duduk di luar. Mudah sebab hendak menghisap rokok. Ketiga-tiga mereka meminum Latte Ais berbawaan dengan cuaca di bandar Kuala Lumpur yang panas itu.

Adam tidak lepas memandang mereka berdua silih berganti. Bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman. "So.... spill the tea love birds!" Dia menyalakan rokoknya. "Come on lah, takyah nak sorok lagi dengan I."

Dini kelu. Maria sekadar menjungkit bahu. "Well... nothing to spill lah!" Dia menyedut airnya sekali nafas. Sesekali mata Maria akan mengerling ke arah Dini yang duduk di sebelahnya.

"Come on lah, babe. Cerita dengan I. Macam mana korang boleh couple ni?"

Couple? Maria dan Dini  merenung anak mata masing-masing. Cuba mencari jawapan jauh ke dalam anak mata mereka. Orang kata dari mata turun ke hati. Dari hati mungkin ada jawapannya. Mungkin ada..?

They are together but never declared themselves as a couple. Selama ini mereka sekadar go with the flow. Apa yang terjadi sekadar terjadi. Seperti kembangnya bunga mawar yang tumbuh liar di hutan. Kelu lidah kedua gadis itu. Mati kutu ingin memberi sebarang jawapan.

Dini mengetap bibir. We are not couple tapi dah macam couple. We kissed, we fuck.. even she treat me like someone special. Tapi kitorang tak pernah declare. Propose? Should we. Tapi siapa yang nak propose siapa? But wait,  this is not even legal kot. Alahai... peningnya. Mamat ni pulak boleh tanya macam ni. Apa nak jawab? 

Maria beralih pula merenung tajam ke anak mata Adam. Geram rasanya dengan perangai mamat tu. Macam manalah dia boleh tiba-tiba tanya macam ni. Ahhh kalau dia tak perasan love bite kat leher Dini tadi mesti benda tak kantoi. Salah aku jugak tak sedar pergi gigit leher dia. Adoiii mana nak sedar kalau tengah sedap! Tapi nak jawab apa ni? Aku pon tak terpikir nak propose si Dini. Kalau Adam tak mention memang aku tak sedar yang aku belum propose. Aku dengan Dini ni it just happen kot. Tak macam aku dengan ex yang dulu. Dia yang propose aku.

Kedua mereka mengeluh hampir serentak. Mata mereka bertaut kembali. Kemudian beralih pulak turun ke bibir masing-masing. Serentak pula tu mengetap bibir.

Adam berdehem. "Tahulah tengah angau, tengah in love. Tapi jawablah dulu soalan aku ni." Dia menyalakan lagi sebatang rokok. Kalini Maria dan Dini turut berasap sekali. 

"Look. Remember tak the night yang kita go clubbing dengan my friend, Kamal. That night si Maria ni mabuk and the she said.. " Adam menunjuk dengan jari telunjuknya ke arah Dini. "You! is her girlfriend. So start malam tu I dah syak something already happen with you guys. Tapi yang I tak tahunya, bila yang korang start suka sama suka?" Dia mengeluh kuat. "Come on lah guys! Jangan buat I tertanya-tanya boleh tak?" Luahnya geram.

Ha! Macam manalah mereka boleh lupa malam itu. Maria mabuk dan dia memang ada sebut pasal Dini adalah teman wanitanya. Kalaulah di dalam beg dia ada revolver, pasti Maria akan tembak tepat di tengah-tengah dahi di antara kedua kening lebat Adam. Jika ada machete pula, akan di penggal  kepala lelaki itu. Geram!!!

"Okaylah...okaylah... cerita dia macam ni." Maria menongkat dagu. Dia menyedut habis airnya. "Cerita ni panjang, air dah habis. Belanja lah satu lagi." Dia ketawa kecil.

Adam merengus. "Same one?" Kalau bukan sebab nak dengar cerita mereka ini memang tak kuasa dia hendak belanja. 

Maria sekadar mengangguk. "You want baby?" Dia memegang tangan Dini yang diam saja dari tadi. Entah apalah yang ada dalam fikirannya.

Dini menggeleng. Adam mengurut dada dan terus masuk ke dalam kafe. Order dua lagi latte ais. Dia duduk di dalam sambil menunggu order. Rasa nyaman tubuhnya terkena penghawa dingin yang sejuk di dalam Starbucks.

"You okay?"

Mata mereka bertaut. Tangan Maria masih menggenggam tangan Dini. Mengharapkan gadis itu faham yang semuanya okay. Mengharapkan agar Dini tahu yang Maria akan sentiasa dengannya, tidak kira dalam apa situasi sekali pun. Melalui genggamannya yang semakin erat itu, Maria berharap yang gadis itu tahu bahawa di serius dengan hubungan mereka. Yang dia sangat cintakan Dini.

Dini mengangguk. Dia menggenggam tangan Maria yang erat menggenggam tangannya. "I'm okay. Cuma..... speechless? Clueless?" Dia mengeluh. "Maybe we should talk about this later." Dini mengetap bibir. Dadanya berdebar kuat.

Gulp! Maria menelan liur. "You sounds serious babe." Ah dia paling takut kalau-kalau Dini tiba-tiba cakap dia tiada apa-apa perasaan. Dia takut kalau tiba-tiba Dini kata yang this is just a phase. Kalini jantungnya pula berdegup kencang. Mereka pun memang tidak pernah deep talk. Semuanya hanya pada permukaan saja.

"Now talk!" Sergah Adam sambil meletakkan cawan yang bermeluwap itu di hadapan Maria.

Maria membulatkan matanya dan membuat satu pusingan dengan mata hitamnya. "Fine!" Dia menyalakan lagi sebatang rokok dan mula bercerita dari saat pertama kali dia bertemu Dini. Dan bagaimana persahabatan mereka mula menjadi semakin rapat. Semakin lama semakin dalam perasaan sayang mereka. Hingga pada satu tahap ianya berubah menjadi cinta.

Adam pula sambil mendengar cerita Maria, dia cuba membayangkan kisah mereka dalam gambaran kepalanya. Persis filem hindustan dah gayanya. Tapi bab making love tak macam hindi lah!

"So, macam itulah ceritanya." Maria menepuk meja. "Cepat!" Dia menyua jari kelingkingnya depan muka Adam. "Janji jari kelingking. Promise us that you will keep it as a secret." Dia menarik tangan Dini. Sekarang dua-dua tangan gadis itu di depan muka Adam. Menunggu jari kelingking lelaki itu memaut pada jari kelingking mereka.

Kalini giliran Adam pula beliakkan matanya dan membuat satu pusingan dengan anak mata hitamnya. Dia mencebik lantas memaut kedua jari kelingking gadis itu yang halus. Kecil betul saiz mereka. "Te lo prometto stronza!" Tempiknya dalam bahasa Italian.

Maria terkejut sedikit. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar malah bercakap menggunakan  bahasa itali. Dia pun sudah lama tidak balik ke sana. Dia memaksa dirinya untuk senyum. "Grande!" Dia menelan kelat liurnya. Jauh di sudut hatinya tiba-tiba terasa seakan terhiris sembilu. Pedih.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now