Bab 30

30 2 0
                                    

Kedua anak mata mereka lama bertaut. Seakan sedang berbual. Seakan sedang berkongsi pelbagai rasa yang di pendam selama 15 tahun ini. Sekejap mata mereka berkaca. Sekejap menitis air mata. Bibir mereka bergumam seperti ingin meluah apa yang terbuku. Ah.. semuanya sungguh celaru. 

Hati Maria seakan dirobek-robek hancur. Sesaat kemudian ianya bercantum semula apabila melihat wajah yang dirindui itu. 

Dini juga sama. Pedih sekejap hatinya.., kemudian berbunga balik. Entah macam-macam rasa yang sedang berbolak. Tangan kirinya tidak putus-putus menekan kuat tapak tangan kanannya. Tiba-tiba terbit rasa bersalah.

"Maria..."

Sepi. Masih sepi seketika.

Aku..."I..." Aku minta maaf. "I.... I... " Aku menyesal. 

Tergagap-gagap dia ingin mengungkap kata-kata itu.

Maria menggeleng lalu terus memeluk Dini. "Shh... shhh... you tak salah sayang. I yang salah." Pelukannya semakin erat. "I minta maaf."

No! Aku yang salah. Aku yang salah Maria. Aku... yang... salah....

Tangisan Dini makin kuat. Di peluknya Maria kuat. Kalau boleh tidak mahu dia lepaskan tubuh wanita itu. Selama 15 tahun dia memendam rasa. Selama itu hatinya tidak pernah tenang, tidak pernah gembira. Apa yang terukir di bibirnya hanya palsu. Lontaran tawa di hadapan Puan Rohaya juga palsu. Apa di pamerkan pada dunia penuh dengan kepalsuan. Hakikatnya, dalam gelap kesepian dia hanya mampu menangis mengenang takdir hidupnya.

Di Rind Consultation, hanya tinggal mereka berdua. Pekerja-pekerjanya disuruh balik terus selepas makan tengah hari. Adam yang bersama mereka juga turut balik ke hotel selepas berbual sebentar bersama Dini. Pintu depan juga Dini kunci. Dia mahukan waktu tenang bersama Maria.

"Why....?"

Mulutnya seakan di gam. Hatinya penuh rasa bersalah. Oh... kalaulah dia hanya ikut saja kata Maria. Bercuti di Pulau Babi dengan mak memang bukan satu idea yang bagus.

"Stop... it. Not now... . Please?" Rayu Maria. "Not now sayang...." Maria menyeka air mata Dini.

Sangkanya tadi, Dini akan terus menempeleng mukanya. Menggasak rambut dan tubuhnya. Merobek bajunya terus mengamuk seperti orang gila. Sungguh meleset fikirannya. Ternyata wanita itu merindukannya. Adakah perasaan Dini sama seperti apa yang dia rasa? Masih sayang? Masih cinta? Mungkinkah ada lagi rasa itu? Sama seperti dulu?

Sayang.... Ahh betapa rindunya dia dengan panggilan itu. Sejak Maria pergi, Jiwanya mati. Segala macam panggilan seperti itu apabila di dengar dari mulut orang lain.., dia rasa geli. Jijik. Tidak seperti Maria. Tidak pernah dia jumpa seseorang yang sama seperti kekasih hatinya itu. Saat wanita itu menghilang selepas graduasi, jiwanya juga turut hilang bersama bayangannya. 

Maria mengusap pipi Dini. Sungguh banyak perubahan dia. Lebih matang. Lebih banyak garis halus. "Still party?" Tanyanya tiba-tiba.

Dini ketawa kecil. Dia menyeka air matanya. "Only in SG." Ketawanya lagi. "You pun tahu kan sini bukan seperti di JB."

Maria mengangguk perlahan. "Yeah..." Perlahan saja nadanya. Dia merenung bibir Dini. Rindu. Dia tenung pula mata Dini yang masih berkaca. Redup. Dia kembali menatap bibir wanita itu lalu mengucupnya perlahan.

Dini memejamkan matanya. Terasa lembutnya bibir Maria pada bibirnya. Rasa yang di rindui. Dia membalas kucupan itu. Menarik Maria lebih dekat dengannya. Mereka bercumbuan dengan penuh rasa yang tiada satu perkataan pun yang sesuai untuk menggambarkan perasan mereka.

Lipstik di bibir makin comot. Blazer putih Maria di tanggalkan. Sekejap duduk sekejap berdiri aksi mereka. Terserlah betapa rindunya di antara mereka. Akhir sekali mereka berdua berbaringan di atas karpet, Maria di atas Dini. Kedua-duanya sudah tanpa seurat benang. Tubuh Dini di pandangnya rakus. "God.. I miss you.." Suaranya sedikit mendesah lalu mencium leher Dini sehingga menggeliat kesedapan wanita itu.

Suara mereka bergema di ruang pejabat itu. Mendesah yang sekejap kuat.. sekejap perlahan. Yang akhirnya kedua-dua mereka mencapai klimaks pada waktu yang sama.

Maria baring di sebelah Dini. Dia tersenyum puas.

Dini juga tersenyum puas.

"Still smoking?" Tanya Maria.

Kedua mereka berpandangan lalu ketawa. Sama seperti dulu.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now