Bab 42

29 1 0
                                    

Sudah 3 tahun berlalu.

Itu adalah senja yang ke 1,095. Tanpa jemu, dia akan berdiri pada kaca tingkap pejabatnya dan melihat ke arah bukit yang mendatar dengan pokok-pokok yang sederhana tinggi yang kelihatan cantik disirami jingga senja. Ada hari hujan atau mendung, dia tetap akan disitu melihat ke luar dengan pandangan kosong dengan hati yang hiba.

Di pejabat itu lah, adalah terakhir kali dia bersama Maria. Berpelukkan, meluah kata yang berbentuk andaian sekiranya itu ini terjadi. Namun, tiada sebarang janji di buat. Tiada janji-janji seperti jari kelingking bakal di kotakan. Pejabat itu menjadi saksi ciuman terakhir mereka bersama.

Mereka sedar, mereka melawan takdir. Tidak guna melafazkan sebarang janji. Mereka bukan di usia remaja mereka yang mereka rasa mereka mampu untuk melawan semuanya. It is what it is. Mereka redha dan menyerahkan segalanya pada di atas sana. 

Pinky promise for kids. We are not kids anymore.

Dia duduk di kerusi lalu menggodeh facebook. Dia search nama Maria. Tiada sorotan terbaru. Dia mengeluh. Hari-hari dia akan menggodeh media sosialnya. Mencari kekasih hatinya. Namun hampa.

Mereka sepakat untuk tidak berhubung. Tidak mencari. Masing-masing menyuruh cinta hati mereka untuk mencari bahagia, untuk terus hidup dengan gembira. Andai suatu hari nanti mereka bertemu, biarlah berjumpa dengan keadaan diri masing-masing yang membaik.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia mengerling Promax 15 Pro itu. Dahinya berkerut. "Hello."

Mendengar suara dia hujung sana, Dini panik. Dia segera berdiri dan terus mencapai topi keledar dan jaketnya. Sewaktu berjalan keluar dari pejabat, sempat dia berpesan kepada Daud untuk cancel semua temujanjinya hari ini.

Tergopoh-gapah dia menghidupkan enjin motosikalnya. Jantungnya laju mengepam darah pada seluruh tubuhnya. Badannya mula berkeringat. Lencun!

Dia memulas tumbul pada motornya dan terus membelah jalanraya bandaraya Muar itu. Laju sungguh dia menunggang. Ingin menyelit tetapi itu bukan motor kapcai. Suka atau tidak, dia terpaksa juga berhenti di belakang kereta jika tiada ruang untuk dia menyelit. Lebih kurang 20 minit mencilok sana-sini, Dini tiba di perkarangan hospital. Di matikan enjin dan terus masuk ke dalam. Dia mencari-cari kelibat Kak Yati.

"Kak!" Jeritnya. Dia berlari laju memegang lengan wanita tua itu. Nafasnya tercungap-cungap. "Mak?"

Kak Yati mengesat air matanya. Dia terus memeluk Dini erat. Mulutnya seakan terkunci.

"Mak macam mana kak?" Dini mengetap bibir. Diamnya wanita itu itu seakan merobek hancur hatinya. Air matanya laju bercucuran. Mak.....

Pernahkah kita terfikir apakah sakit yang paling sakit pernah kita rasakan? Pernahkah kita merasa nikmat sakit itu? Sakit dan terpaling sakit. Pernah?

Kita kemalangan dan kita luka dan cedera di sana sini. Mungkin patah kaki atau tangan. Kerosakkan organ dalaman. Sakit tak? Cukup sakit?

Atau kita dikhianati oleh orang yang paling kita percaya? Keluarga, kekasih atau kawan baik kita sendiri? Cukup sakit?

Mungkin juga saat kita berpisah atau bercerai dengan orang yang paling kita cinta? Sakit?

Mungkin.... ketika kita terpaksa hidup dengan penyesalan di mana kita ego tidak mahu menyuarakan kata maaf hingga orang yang kita sayang itu pergi terus tanpa boleh kembali. Cukup sakit?

Sakit...
Sakit...
Sakit sekali....

Dini memeluk lututnya. Air matanya kering. Dia duduk dengan pandangan kosong melihat satu-persatu jiran-jirannya keluar dari perkarangan rumahnya. Tiap mereka menyuruhnya bersabar dan redha. Menitip kata-kata semangat. Mengajaknya ke rumah jika bosan atau perlukan apa-apa. Namun dia tidak mampu untuk memberi sebarang respon. Dia kaku. Dia buntu. Dini dapat rasakan yang seluruh hidupnya berantakkan. Dia kini tiada sesiapa. Orang yang dia sayang semuanya telah pergi meninggalkannya.

Ruang tamu rumahnya yang terang benderang di pandang sepi. Aroma daun pandan dan air mawar memenuhi ruang tersebut. Dia mahu menangis, mahu meraung namun tidak setitik pun air matanya jatuh. Dia mengetap bibir. 

"Dini..." Panggil suara itu. Perlahan. "Dini..." Kali ini dia memegang pula bahu wanita yang sedang duduk pada bingkai pintu yang masih memandang ruang tamunya. Dia duduk bersebelahan Dini. "Hey..." 

Tanpa banyak soal, dia terus memeluk Dini yang masih kaku. "Hey.. I'm here." Pujuknya.

Dia memeluk Dini erat. Diusapnya belakang badan wanita itu perlahan-lahan seakan memujuk. "I'm here." Ujarnya lembut. "I ada if you want to cry." Pelukannya makin erat.

Dini mengetap bibir. Entah mengapa tiba-tiba senang saja air matanya mengalir. Tiba-tiba saja hatinya makin sedih. Dia menangis semahu-mahunya. Menangis sambil meratap. Memanggil maknya beberapa kali.

"Dini minta maaf mak!" Itulah ayat dia berulang-ulang kali. 

Wanita di sebelahnya juga turut berasa sedih. Air matanya juga mengalir. Namun pelukannya pada Dini tidak dia lepaskan. Dia sekadar diam dan terus mengusap belakang badan Dini. "Shhh... I'm here... I'm here..."

Malam itu adalah hari ke-21 pemergian Puan Rohaya. Itu adalah malam terakhir kenduri tahlil yang Dini buat itu pun dengan bantuan jiran-jiran dan staff pejabatnya. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang di buatnya. Segala juadah dia hanya pesan saja. Ada juga yang di bawa jiran tetangga.

"Getting better?"

Dini memandang huluran tangan yang sedang memegang gelas berisi air kosong sejuk itu. Siapa? Baru dia tersedar. Dia tidak kenal siapa wanita di hadapannya itu. Dia cuba mengukir senyum sambil cuba mengingati siapa gerangan wanita tersebut. Klien ke? Ke cousin? Dia mencapai huluran air itu lalu meneguknya perlahan.

"Sorry I tak cam you."

Wanita itu duduk di sebelahnya pada sofa merah pekat yang berukir pada kayunya. "I tahu you tak cam I." Dia meletakkan tangannya pada atas kepala lutut Dini. "It's me lah. Aira."

Aira?

Dahinya berkerut. Aira mana pulak ni tiba-tiba muncul. Time macam ni lah segala macam drama mak nenek nak keluar.

Aira yang seakan mengerti yang Dini masih tidak ingat tentangnya ketawa kecil. "I dah agak dah you tak cam I. Maybe sebab i pakai tudung kot." Dia medekatkan mukanya pada muka Dini. "It's me.. your sugarbaby."

Dini sedikit menganga. Tidak percaya. "Mana you tahu I stay sini? How the heck you know all of this?!" Nadanya sedikit tinggi.

Aira menyuruhnya perlahankan sedikit suaranya lantas ketawa kecil. "Chill lah. I takde niat lain. I just want to comfort you. That's all." Dia menggenggam erat kedua belah tangan Dini. "Betul, I tiada niat lain. Kebetulan saja semua ni." Dia cuba untuk meyakinkan wanita itu.

Dini menelan liur. Sukar untuk percaya yang Aira akan muncul di hadapannya saat-saat sebegini. Selalunya, mereka akan berjumpa saja di tempat biasa mereka di Singapura. Berhibur dan membuang masa bersama di sana. Mereka tidak pernah bertukar nombor telefon atau pun akaun media sosial mereka. Jadi bagaimana Aira tahu tentang keadaannya sekarang?

"Look. I tahu you tengah confused. Kita borak esok? Boleh? Esok I datang lagi okay?"

Dini menggeleng. "No." Jawabya pendek. "Let's talk."

Aira mengangguk perlahan. "Okay. Boleh tak I nak salin baju dulu. Rimas!"

Dini mengeluh. Dia juga rimas. Dengan tudung dan jubah putihnya. Dia rasa panas. "Sure, I pon nak salin baju juga." Dia mengeluh berat. "You ada bawa baju spare ke?" Wanita di sebelahnya itu mengangguk. Lebar saja senyumannya. "Boleh guna bilik air di atas. Ambillah barang you. I tunjukkan."

Aira tersenyum lebar.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now