Maria mematikan panggilan tersebut. Wajahnya sebal.
"Siapa call?" Soal Dini.
Maria mengeluh. Dia duduk di sebelah Dini lalu terus meletakkan kepalanya pada pangku wanita itu. "Abang Rayqal. Dia bagitahu yang papa dah tahu pasal kita."
Dini telan liur. "Shit! How?!" Laju saja dia bangkit dari baringannya. Dia meneliti wajah Maria untuk pastikan yang wanita di hadapannya itu tidak main-main. "Serius?"
Dia mengangguk. "Private investigator. Or maybe one of her staff. Papa banyak mata-mata." Maria mengetap bibir. Gusar.
"Jadi sekarang kita kena buat apa?"
Maria menjungkit bahu. "I don't know."
Hari ini, Raja Alaudin Syah sudah tahu semuanya. Esok lusa, mungkin giliran Puan Rohaya pula. Bagi Maria, mujur ada Rayqal yang membantu. Andai Puan Rohaya yang tahu, Dini tidak ada sesiapa. Siapa yang akan bantu dia?
Dini memeluk erat bahu Maria. "I'm sure everything will be okay. If not, I rasa you dah kena balik KL today kan?"
"I guess so."
Maria menghela nafas panjang. Teringat pula kejadian dulu semasa mereka bercuti bertiga. Pedih rasanya. Dia menggigit bibir bawahnya. Tidak sesakit hati yang rasa. Dia menoleh ke kirinya dan merenung anak mata Dini dalam-dalam. "We should talk." Should we? Perlahan saja nadanya.
Dini sedikit berdebar. "About what?"
"Us." Maria mengambil tangan Dini di bahunya dan digenggam kuat. Sejuk rasa tangan wanita itu. "About what happened to us.. fifteen years ago."
Maria tidak tahu samada keputusannya untuk membuka cerita sebenar yang terjadi dahulu adalah tepat atau pun tidak. Tetapi dia rasa sudah cukup lama untuk dia bertahan. 15 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Sepanjang masa itu juga dia terseksa dengan perpisahannya dengan Dini. Mujur ada Adam yang memahami. Ah that guy should received an award for The Best Man Alive!
Keputusan yang dia ambil untuk berjumpa Dini kembali ini pun lama dia fikirkan. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia telah mungkir janji. Tetapi tidak sanggup lagi rasanya untuk memendam segala rasa yang ada. Selama ini Dini dekat saja dengannya melalui projek usahasama syarikat mereka namun, tidak sekali pun dia berjumpa dengan kekasih hatinya. For the fuckinh fifteen years!
Ruang bilik itu semakin sejuk. Dingin. Suhunya tidak lagi 25 darjah celcius... juga bukan 16 darjah celcius. Lagi rendah. Sejuk yang seakan di bumi Perancis di musim sejuk. Bezanya tiada salji sahaja.
Kenapa harus bercinta dengan cara yang salah....~

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kau Di Hati (GxG)
Roman d'amourBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...