Dini membelek mukanya pada cermin. Dekat betul mukanya pada cermin itu. Ditilik garis-garis halus pada wajanya. "Shit, i'm getting old!" Dia merengus geram.
"Haaa.... telek-telek muka tu. Dah tua dah... bila nak kahwinnya?" Puan Rohaya membebel. "Orang sana masuk meminang di tolak. Orang sini masuk merisik di rejek. Padan muka sekarang takde yang nak." Dia menggeleng. " Kawan-kawan dia yang lain dah beranak-pinak. Dia ni bujang jugak. Awak tu dah 40 tahun Dini oooiiiiii....!" Sambung bebelnya lagi.
Dini merengus. "Baru 38 mak. Rileklaaa...."
"Mak ni dah tua tau. Macam tak sempat je nak menimang cucu ni." Nadanya berbaur sayu. Dalam hatinya sedih mengenangkan Rindiani. Entah apa punca anak gadis tunggalnya itu tidak mahu berumahtangga.
Dini memeluk Puan Rohaya dari belakang. "Dini kan ada mak. Dini boleh jadi cucu yang gereni paling sayang." Dia mencium pipi maknya berkali-kali macam bayi yang seronok bermain dengan air liur sendiri sampai naik rimas orang tua itu.
"Dahhhh.. rimas!!" Dia menolak gadis itu. "Pergilah kerja cepat. Nanti bising pulak crush-crush awak kt office tu." Dia menghulurkan tangannya untuk di salam. "Kerja elok-elok!"
Dini ketawa kecil. Dia menyambut huluran salam Puan Rohaya lalu diciumnya lama. "Love you mak!" Terus dicium lagi pipi orang tua itu sebelum mengekek-ngekek lari keluar rumah.
Puan Rohaya menggeleng kepala melihat perangai Dini yang tidak pernah berubah. Cuma yang peliknya, anaknya itu tidak mahu berumahtangga.
*******************************************
Rindiani.
Pada usia 38 dia masih lagi cantik. Rambutnya masih panjang. Susuk tubuhnya juga sama seperti di universiti. Kulitnya saja sedikit gelap. Mungkin sebab dia menunggang motor ke tempat kerja.
Maria memegang dadanya.
Sakit.
Sakit yang bukan penyakit. Tetapi sakit yang tidak dia jelaskan dengan kata-kata.
Did she still hated me?
Maria mengetap bibir. Dia di tempat duduk pemandu kereta Mercedes CLS 200 merah gelap itu tidak lepas melihat gelagat Rindiani yang baru tiba di tempat parking pejabatnya dengan menaiki cafe racer model Royal Enfield Shotgun 650 warna hitam matte. Bergaya. Ada citarasa. Dini di kaca matanya itu seperti telah banyak berubah. But, did she still hated me?
![](https://img.wattpad.com/cover/332306625-288-k757175.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...